5/03/2010

PERKONGSIAN: ISTERI BEKERJA..KONSEPNYA BAGAIMANA??


Hah..kali ini, orang yang belum berkahwin [hoho..] mahu berbicara tentang salah satu isu dalam perkahwinan..


ISTERI BEKERJA..KONSEPNYA BAGAIMANA??


p/s: oleh kerana Bunga masih belum berkahwin, Bunga akan berbicara berdasarkan pembacaan, pemerhatian, dan pemahaman..bukan dari aspek PENGALAMAN ye!



=KENAPA TOPIK NI??=


Sekadar perkongsian..Bunga ada terbaca luahan hati seorang gadis..yang berkeras MAHU bekerja selepas berkahwin. Tak kira apapun, dia mahu bekerja, dan dia berkeras mahu suaminya itu nanti beri dia keizinan bekerja.


Bunga amat tertarik dengan isu ni..sebab suatu masa dulu, Bunga juga sepertinya. Bunga pernah punya impian tinggi..mahu belajar sehabis tinggi dan mahu punya kerjaya sehebat mungkin..sampai suatu tahap, Bunga buat tekad..


SUAMI YANG BAIK = SUAMI YANG MEMAHAMI DAN MEMENUHI KEHENDAK


...Bunga terlupa antara keperluan dan kehendak..Bunga mengabaikan yang itu..dan kini, sedikit kefahaman yang ada telah berjaya mengubah perspektif Bunga sendiri terhadap isu ini.



=BOLEH KE TAK SEBENARNYA??=


Isu ni selalu sangat dibicarakan. Lagi-lagi oleh pasangan yang mahu dan menuju ke arah pembinaan sebuah keluarga (perkahwinan). Yelah..perancangan awal tu amat penting..nak selarikan pemikiran berkaitan pengurusan rumahtangga dan masa depan..bukanlah sesuatu yang boleh dibuat dalam masa 10minit!


Sebelum terus berbicara dengan lebih dalam (uhuh..bicara orang cetek ilmu je ni..harap maklum), mari kita lihat secara ringkas sejarah wanita bekerjaya di zaman Rasullah dan para Sahabat.


Pertama: Ummu Sulaiman


Isteri kepada Abu Talhah ini turut menyumbang tenaga dalam Perang Uhud. Beliau bertugas bersama Aishah R.A mengisi bekas minuman dengan air dan memberi minum kepada para tentera yang cedera dan kehausan. Kalian tahu, sewaktu ini, Ummu Sulaiman mengandung tau! Hebat kan?


Juga sewaktu Perang Hunain, Ummu Sulaiman turut mengangkat lembing dan bersiap sedia. Bila mana suaminya lihat, terus diberitahu kepada Rasulullah SAW. Bila Rasullah tanya kepada Ummu Sulaiman, katanya:


“..akan aku belah perut tentera musuh!”


..dan Rasulullah tersenyum melihat semangat Ummu Sulaiman.


Kedua: Ummu Ammarah Naseebah


Sahabiyah yang ini..Bunga sangat-sangat kagum! Kamu tahu kah kisah Ummu Ammarah ini??


Inilah dia salah seorang daripada ahli Baiah Aqabah ke-2. Sejak awal Islam di Madinah lagi, Ummu Ammarah adalah yang antara wanita yan paling menyerlah kecintaannya pada Islam. Beliau antara insan yang bersungguh-sungguh dalam pendidikan dan latihan berlandaskan Islam kepada wanita-wanita di Madinah.


Jiwanya dipenuhi semangat jihad! Beliau begitu hebat di medan perang kerana beliau punya kepakaran dalam permainan pedang! Kepakarannya dalam pedang semasa Perang Uhud begitu mengkagumkan! Kata Rasulullah, Baginda dapat lihat Ummu Ammarah ini mempertahankan dan melindungi Rasulullah dari setiap arah!


Bukan hanya dalam Perang Uhud, Ummu Ammarah juga terlibat dalam Perang Hunain, Perang Yamamah dan juga terlibat dalam perjanjian Hudaibiyah! Hebatnya wanita bernama Ummu Ammarah ini!



=JADI, KIRA BOLEH LA WANITA BEKERJA EK??=


Bunga tidak arif dalam hal ini, apatah lagi untuk menjatuhkan hukum. Apa yang bakal Bunga katakan ini, lebih kepada fahaman dan pegangan Bunga masa ini..insyaAllah, berhajat untuk dikongsi dengan wanita-wanita lain.


Pada Bunga, ayat ini yang memberi impak pada Bunga!


“ Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”

[Al-Furqan:74]


Isteri itu..penyenang hati suami! Bagaimana mahu menyenangkan hati suami? Pada Bunga..pemahaman dengan konsep “PENGORBANAN” amat main peranan.



=PENGORBANAN KAMU..ADA NILAIANNYA DI SISI ALLAH=




Bagi suami yang tidak terlalu berkemampuan untuk menanggung keluarganya, isteri amat diperlukan. Dan saat ini, jika suami beri keizinan, isteri dibenarkan untuk bekerja.


..wahai wanita, kamu berkorban tenaga untuk suami dan anak-anak kamu, dan matlamatnya untuk cari redha Allah..insyaAllah, besar ganjarannya nnt...


Apapun, ada batasannya tetap ada. Aurat perlu dijaga..dan perlu sekali menjaga pergaulan lelaki dan perempuan!


“Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya"

[Al-Qasas:23]


Lihatlah pada anak Nabi Syuib ini. Pekerjaannya diberhentikan tatkala ada lelaki di kawasan air itu. Betapa beliau menjaga diri..dan ini yang para ISTERI perlu jaga dan ambil kira jika bekerja nanti! Pergaulan lelaki dan wanita! Kalau tak, sia-sia jela usaha anda nak membantu suami tu nanti!


Kenapa??Yela, kamu memudahkan si suami itu di dunia tapi kamu membebankan dia dia akhirat nanti dengan dosa-dosa kamu! Takkan itu yang kamu mahu?!


Namun, andai suami berkeupayaan menanggung kamu sekeluarga dan lebih jelas lagi jika suami kamu tidak memberi izin kamu untuk keluar bekerja, maka wajib untuk kamu taati perintah suami kamu!


Aha..mungkin ada yang me’respon’ sebegini pada si suami..


“APASAL PLAK U TAK BAGI I KERJA NI? I ADA KELAYAKAN.GAJI I LAGI BESAR DARI U.NANTI KITA SEKELUARGA YANG SENANG, BUKAN ORANG LAIN”


atau..


“SAYA DARI KECIL BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH, SAMPAI KE OVERSEA..SAYA ADA IMPIAN YANG NAK SAYA CAPAI. TAKKAN ITU PUN AWAK TAK BAGI?”


Di sinilah perlunya pemahaman tentang konsep “pengorbanan”. Bila mana sudah terlafaz akad dan termeterai ikatan pernikahan..kalian sudah mulai dituntut untuk berkorban..


Bagi si suami..dia perlu mengorbankan lebih tenaga untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Dia perlu mengorbankan masa rehatnya untuk membangunkan keluarganya..dia perlu mengorbankan harta dan wang yang ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya..


Bagi si isteri pula..dia perlu mengorbankan masa dan tenaganya untuk menjaga keperluan suami dan anak-anak..dia perlu mengorbankan masa rehatnya untuk mendidik anak-anak suapay membesar menjadi soleh dan solehah..dia juga perlu mengorbankan perasaannya untuk memastikan dia mampu memberi rasa bahagia pada suami dan anak-anaknya..


..dan ini jelas, bukan untuk siapa-siapa..tapi untuk kamu sekeluarga...untuk bina baitul Muslim yang mana Allah redha..yang Allah lindungi dan berkati..insyaAllah, ini yang kita mahu bina..kerana Allah, kita perlu lakukan itu..lakukan pengorbanan.



=TOLERANSI..SATU KEMESTIAN UNTUK RASA BAHAGIA DALAM RUMAHTANGGA=


Toleransi amat penting. Walaupun Bunga belum lagi masuk ke alam rumahtangga, tapi Bunga amat yakin hanya pasangan yang saling memahami dan faham untuk bertoleransi sahaja yang akan capai bahagia..


Lihat sahaja dua contoh kehidupan Sahabiyah di atas (Ummu Sulaiman dan Ummu Ammarah), bagaimana mereka mampu jadi hebat dalam kerjaya dan dalam rumahtangga? Kerana toleransi dan sikap saling memahami suami isteri itu ada!


Ummu Sualaiman..walaupun beliau mengandung saat di perang Uhud, dia masih lagi mahu menyumbang tenaga. Dan suaminya tidak menghalang..kerana suaminya juga mahu isterinya itu turut sama memperoleh ganjaran kerana menyumbang dalam menegakkan syiar Islam!


Ummu Ammarah sendiri..dia dizinkan suaminya untuk bersama-sama bertempur di medan perang! Malah suami dan anak-anaknya bersama-sama memegang pedang menumpaskan tentera-tentera kuffar! Kerana mereka punya sikap toleransi dan saling memahami!


..dan bagaimana dengan kalian yang sudah berumahtangga? Kalian ada itu?



=”TAPI, KALAU PERKAHWINAN ADA MASALAH, SUSAHLA KALAU KITA TAK KERJA”=


Inilah yang selalu wanita suarakan. Yelah, wanita-wanita ini risau, jika mereka tidak bekerja dan masalah rumahtangga terjadi, siapa yang nak tanggung makan minum mereka?


mm..selaku orang yang tak ada pengalaman, Bunga tak tahu respon bagaimana yang Bunga harus beri. Tapi Bunga punya pendapat sendiri..


Bunga amat yakin, andai perkahwinan itu punya asas dan matlamat yang benar dan jelas, insyaAllah apa pun masalah yang timbul selepas itu tidak akan melumpuhkan terus kehidupan yang ada.


Contoh: Jika isteri berhenti kerja untuk tumpukan sepenuhnya pada keluarga (dan ini diniatkan semata-mata kerana Allah), insyaAllah Allah pasti akan bantu bilamana masalah timbul selepas itu. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana bentuk bantuan yang Allah akan beri itu.


Allah itu sangat-sangat adil! Allah hanya beri ujian yang Dia tahu hambaNya mampu hadapi. Di sinilah terujinya keimanan..keimanan terhadap qada’ dan qadar Allah!


“Aku buat sebab Allah. Tapi kenapa ada masalah juga? Menyesal sungguh aku berhenti kerja dulu”


Hah! Jika sampai ada yang kata macam ni, ketahuilah...IMAN anda bermasalah! Dan bila direnung-renung balik..mana pergi keikhlasan anda? Kalau anda benar-benar ikhlas buat sesuatu kerana Allah, takkan ada nada penyesalan yang keluar dari mulut anda!



=NASIHAT BUNGA..SELAKU ORANG YANG BELUM BERKAHWIN DAN MAHU BERKAHWIN=


Buat kaum Hawa..yang merancang-rancang untuk mendirikan rumahtangga..


*Kita bakal memasuki satu alam..di mana akan ada seorang ketua di dalamnya..yang perlu diikuti setiap arahan dan bicaranya selagi mana tidak bertentangan dengan arahan Allah. Ya..Bunga tahu setiap kita punya impian dan cita. Jika ianya untuk kebaikan, Bunga yakin tidak salah untuk kita duduk dan suarakan pada si suami. Kita berhak untuk bernegosiasi dengan mereka..terangkanlah sebaiknya..katakan selembutnya..moga-moga diterima olehnya.


Namun, apalah sangat itu kepuasan dan kemewahan hasil kerjaya kita itu jika dibandingkan dengan ganjaran yang Allah tawarkan kepada isteri-isteri solehah..yang mampu beri rasa tenteram pada suami..yang menjadi tulang belakang suami dalam usaha dakwah dan tarbiyah..yang menjadi guru dalam mendidik akhlak syakhsiah anak-anak..yang menjaga peribadi diri dan nama baik suami. Subhanallah..besar sungguh ganjarannya..ganjaran berupa syurga menanti isteri-isteri solehah..insyaAllah!*


Tanggungjawab isteri itu pada suaminya. Kalau nak cerita bab tanggungjawab, rasanya akan lebih jelas kalau sertai kursus kahwin nanti (woohaaa)!


Laksanakan kewajipan dengan sesempurna mungkin..itu amat perlu! Apapun yang kita buat, pastikan ia menyenangkan hati si suami (dan pastikan ia parallel dengan garisan yang Allah tetapkan).

Sabda Rasulullah:

“Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.



Tinggi sungguh martabat suami..lihat itu sebagai motivasi diri..berusahalah untuk peroleh redha suami..insyaAllah, redha Allah juga kita akan perolehi.



..dan wahai para isteri yang bakal menjadi ibu..kasihanilah anak-anak yang lahir itu. Betapa mereka perlu kamu disisi..betapa mereka perlu kasih belai seorang ummi..tidak kasihankan kita pada mereka..?Aduhai..


Buat kaum Adam..yang bakal menjadi qudwah terhebat anak isterinya..


Allah telah beri kalian satu martabat yang amat tinggi..diberi jawatan ketua dalam rumahtangga. Besar pikulan kalian..dan pastinya amat berat. Kami amat perlukan kalian untuk bimbing dan bantu kami..kami mahu kamu iringi kami dan anak-anak ke syurga Allah nanti..insyaAllah..


Buat lelaki yang bakal bergelar suami..ketahuilah bahawa kamu mungkin akan punya perbezaan dari segi cara pemikiran dengan si isteri. Cubalah diselami..cubalah untuk memahami. Jika mereka silap, betulkanlah mereka dengan penuh hikmah, bukan dengan hamburan amarah..betapa mereka cuba untuk menjaga hati kamu, harap kamu juga begitu.


Bunga tahu, ada diantara kalian yang mengidamkan isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa..insyaAllah, andai anda bijak berkomunikasi dengan mereka, andai anda kreatif dalam memberi kefahaman atas hajat kamu itu, insyaAllah..ianya tidak sesukar mana. Hati wanita ni, sangat mudah disentuh. Apatah lagi jika dia isteri kamu..


Kamu menggunakan hak yang Allah beri, jadi sila jalankan tanggungjawab sepertimana yang Allah mahu!




=KONKLUSI=




Mungkin ada yang akan cakap “ala, ko cakap senang la. Ko belum kawin, ko mana tahu!”.


Sekali lagi Bunga tekankan..ini adalah apa yang Bunga faham dan yang Bunga pegang, bukan atas dasar pengalaman.

Bunga tak tahu jika Bunga masuk ke alam perkahwinan nanti, adakah Bunga mampu buat dan kotakan apa yang Bunga kata (seperti di atas).


Tapi yang pasti, Bunga akan usaha untuk ke arah itu.


Dan kalian sebagai teman, kena la bagi sokongan..tak gitu??


Jadi..apa tunggu lagi?? QUM FAANZIR!!!!!


p/s: kalau suami Bunga tanya.. “kalau awak nak saya redha awak..awak kasi saya kawin satu lagi boleh?” Dengan segera Bunga menjawab.. “ohh..tidak!!Sampai atimu..oHh..”

12 comments:

damanhuri said...

bagus artikel ni semoge ianya dpt dipraktikkan bunga kahwin nnti insyallah

Seri Bunga said...

insyaAllah..semoga bunga sndri dapat buat ape yg bunga ckp tu.. :-)

shameel Iskandar said...

menarik entry ni. ttg isteri yg bekerja. sebenarnya pelbagai perkara perlu dilihat dalam memutuskan hal ini. Keadaan smeasa juga perlu 'dibaca' sebab hari ini tak sama dgn semalam(maksud saya puluhan tahun dahulu). Secara ringkas, saya ada kemukakan isu ini dalam cerpen saya. sila ke sini utk mengetahuinya lebih lanjut.
http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/resah-seorang-isteri.html

Seri Bunga said...

kata2 shamel tu benar..sbb tu perlu ade sikap toleransi,sbb toleransi mmpu imbangi suasana..baik suami ataupun isteri. apepun, seerah zman Rasullah itulah contoh terhebat dan ia mmbuktikan mnusia lain juga bole bgitu,walaupun dgn kapasiti upya yg rendah.insyaAllah..ambil mnfaat kebaikan :-)

p/s:zman mgkin berubh situasi, tp hukum Allah itu takkan pernah berubah hatta sekelumit pun :-)

Aku Si Musafir~ said...

(Dengan segera Bunga menjawab.. “ohh..tidak!!Sampai atimu..oHh..”)
haha~

realitinya wanita sekarang, sememangnya susah untuk berkorban untuk suami. terutamanya dalam hal ini..

percayalah-lelaki apabila isterinya membenarkan untuk berkahwin lagi, hati suami akan terdetik bahawa itulah tanda isterinya menyayanginya bukan kerana nafsu, hanya kerana Allah. dan ketika inilah suami sukar untuk membuat pilihan utk berkahwin lagi, akhirnya tinggal kata-kata sahaja kerana mengetahui kasih sayang isterinya dan tidak sanggup untuk memadukan isterinya~

renung-renungkan~

Seri Bunga said...

wsalam wbt

andai itu yg si suami rasa dan fikir,alangkah beruntungnya wanita bergelar isteri itu..tp renungan realiti seringkali memaparkan yg sebaliknya..insyaAllah, si isteri hebat pasti shaja menerima dgn rela hati walaupun hatinya tercarik bersegi2.. :-)

p/s: ..Allah Maha Mengetahui kemampuan hmbaNya. wanita yg diuji begitu pasti sekali kuat jiwanya.

Aku Si Musafir~ said...

kerana wanita yang tidak menyintai suaminya hanya kerana nafsu, mengetahui kehidupan di dunia bukanlah segala-galanya~
mereka telah ditarbiah untuk memahami haqiqat kehidupan bahawa, setiap langkah dan gerak geri mereka hanya kerana Allah, untuk Allah dan akhirnya bersama Allah.
mereka membenarkan suami mereka beristeri lagi, bukan kerana sayangkan suami sahaja, akan tetapi, itulah jalan ibadat yang boleh mendekatkan diri isteri itu kepada Allah~

^_^
sama-sama memperbaiki diri dengan bimbangan guru-guru yang 'Arif

Seri Bunga said...

insyaAllah..btul ape kamu ckp!bunga setuju sgt!smoga suami itu trut mniatkan perkwinan dia tu sbg ubudiyyah pd Allah..secara total,tkde cmpur aduk,bkn berlndaskan nfsu n tanpa matlamat :-)

~semoga Allah redha dgn setiap lgkah kita..hatta bernafas itu biarlah kerana Allah:-)~

masyhinorddin said...

sungguh mantap and menyengat! sangat berguna untuk saya. jazakillah cik bunga! syg awakk! : )

Seri Bunga said...

masyi,amik mnfaat ye sygku!nnt da walimah,dgr ckp suami kamu tu.jgn dgil2 plak..hihihi..jeles la tgk masyi da nk walimah..bunga oun nak juga!

p/s:bunga juga sayang n kasih pd masyi..kerana Allah pastinya :-)

pencintaIlahi said...

mtak izin copy ye cik bunga!;)

Seri Bunga said...

silakan wahai pencintaIlahi :-)