Showing posts with label MODE SEWEL. Show all posts
Showing posts with label MODE SEWEL. Show all posts

3/18/2010

MODE SEWEL: MINGGU NI..


=NAK ‘CLARIFY’ =


Ada kawan-kawan Bunga bertanya..

‘Kenapa guna perkataan SEWEL? Isshh..tak elok la’


Bunga terpinga-pinga juga..mm..yeke tak elok? Sebab pada Bunga, ‘sewel’ tu bila fikiran dalam keadaan tak stabil dan diragui kewarasannya. Jadi, tang mana yang tak elok? Kalau sebut ‘gila’, ‘skizo’, ‘terencat’..kondisi perkataannya sama kan ? (walaupun maksudnya lain)..mm..


Macam mana tu ye??


=MINGGU YANG MEMENATKAN=


Minggu ni, memang letih..aduhai..letih dok melayan laptop ni hah..sakit plak dia. Dahla nak kena hantar ‘assignment’ esok..huhu..[ya Allah..hindarkanlah perasaan suka mengeluh dalam jiwaku..]


Waktu tengah taip entry ni pun..4kali dah terpadam! Agaknya, motherboard probs kot..tak pon dia nye hard disk..[ni yang terasa nak bodek ayahku..oh ayah,bapa tercinta..hulur-hulurkan laptop baru pada anakmu ini..]


Tapi..laptop ni baru dua tahun. Apakah faktor yang menyebabkan ianya rosak? Kerana panaskah ??[tapi kat sini sejuk dingin je, Bunga siap letak ‘cooler pad’ lagi..mm..]..atau mungkin banyak perkara tak patut Bunga dah buat dengan laptop ni kot..@ chatting@tengok drama@buang masa sesaja..[agaknya..sebab ni kot..aduhai...]


Selain laptop, memang minda Bunga juga terganggu! Oh..gara-gara ‘assignment’! Cuba kalian bayangkan..ada dua ‘assignment’..yang..mm..aaiiissshhh...


1) Kena wat educational website

-bagi budak-budak laki, depa pejam mata ja. Godek sana, godek sini..da siap! Bunga ni..aiiyyookk..nak pilih layout pon rasa cam da nk berjurai air mata. Ada satu part tu, dah macam ala-ala ‘engineer’ @ ‘architect’ plak.. ye la,kena design radio 3D!! Memang IT ini kelemahanku..ohh..


2) Literature

-Hah..ni lagi satu..Bunga dah syok-syok menulis..panjang berjela..sekali kena wat pendek je! Aiiyyookk..bagi Bunga, buat baru lagi mudah daripada cut sana sini! Pening kepala nak pilih yang mana penting, yang mana tak! Kenapa mesti ada word limit?? Ohh..


=PENGAJARANNYA..=


Aha..setiap apa yang terjadi, ada hikmah terbaik sedang menanti..[Allah Maha Penyanyang]

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan

[Asy-Syarh: 5-6]


Hah..kan Allah dah janji. Dua kali Allah ulang janjiNya dalam surah ni. Nampak tak??Janji Allah itu yang paling pasti! Tak macam janji ahli politik ka..janji ‘marka’ ka..janji Diana ka..wooohaaa!!



Sebab tu, Allah suruh kita menyerah diri pada Dia setiap masa dan ketika! Kena banyak-banyak sabar..sabar..[sambil menarik nafas..]


“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar”

[Al-Baqarah:153]


“Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

[Ali-Imran:200]


Setelah apa yang dah berlaku sepanjang minggu ni..Bunga belajar macam-macam perkara:


1) Kena sabar..serah sepenuhnya pada Allah disamping usaha tak henti-henti!

2) Jangan mudah cemek..hoho..

3) Kena wat assignment awal-awal! Kalau jadi camni lagi, kan susah! [so..blajar daripada kesilapan ye cik Bunga!]


p/s1: Ya Allah..lapangkan dada..mudahkan urusanku ya Allah..aku mengharap kekuatan daripadaMu..kuatkan jiwaku..untuk terus tetap di atas jalanMu..semoga segala apa yang aku buat ini Kau ambil kira sebagai amal soleh ya Rabb..


p/s2: To Lesley Woodhead: I’ve done all the tasks..so please..smile while marking my writing..hihi...[your head might literary damage after reading mine!hahah...]


p/s3: To Stuart Gold: Why should a teacher of English do the ‘Dolmen Radio’?? Why should we be like an electronic-factory engineer?? Why should we learn all those things?? We are teaching English..not Physic or IT! Ohh..


3/12/2010

MODE SEWEL: BILA TEKAK MERAGAM..

Aduhai..hari ni nafsu makan tiba-tiba melonjak! Ohh..di kepala Bunga terbayang pelbagai jenis makanan..huhu..[bunda..mahu pulang ke Mesia..]

Banyak benda yang Bunga terasa nak makan saat ni..antaranya:

IKAN KELI


Ni la makanan kegemaran Bunga!Sangat suka yang amat!


Masa kat IPBA dulu, ikan keli ni ada dijual kt kantin atau cafe Paklang, atau kedai Mak Jah..dan kalau kempunan sangat, sanggup pergi cari sampai ke kedai Amjal! Ohhh..sedapnya...


Ikan keli masak lemak cili padi ke..ikan keli masak sambal ke..ikan keli goreng..MEMANG TAK BOLEH TAHAN!! Sampai tahap makan ikan 4 atau 5 ekor sekali makan wooo!!! Yeayy!



Bunda Bunga selalu juga masak ikan keli kat rumah. Tapi disebabkan hanya Bunga dan ayah je yang makan ikan ni, maka bunda Bunga masak bila ada permintaan jela (adik-beradik lain tak makan ikan ni..bunda sendiri ‘geli’ nak makan ikan ni..hihi..)



Last sekali Bunga makan ikan keli ni masa pergi rumah kak Ain dan akhi Yusri di Dublin. Ohh..kak Ain sangat menyayangi Bunga (hihi..kan kak??) sampai sanggup susah payah cari ikan keli kat Dublin untuk Bunga! Ngee..Syokk!! (thank you kak!)


PARU


Hah..yang ni, Bunga hanya suka paru yang bunda Bunga masak je. Yang lain tu, makan la juga tapi selalunya liat lah. Tapi kalau bunda masak..memang tip top!! Selalunya, bunda akan wat rendang. Dalam keluarga Bunga, Bunga rasa Bunga dengan abang Bunga, Amir je yang gemar makan paru (lagi-lagi Bunga!hahah). Yang lain, tak sangat.



Aha..best..tapi Bunga tak jumpa lah pulak gambar rendang paru..maka Bunga letak gambar lain jela ye..yeayy! (yang penting..paru!)





CHICKEN CHOP


Hah..yang ni makanan ‘feveret’ Bunga juga ni! Masa kat KL dulu, Bunga dengan kawan-kawan sanggup ‘menapak’ naik LRT dan jalan jauh-jauh semata-mata nak pergi makan chicken chop kat Kg. Baru!! (nama kedai tu HR CHICKEN CHOP)


Sangat best, murah, dan kuantitinya banyak!!! Memang puas! Pernah satu masa ni, ‘time’ tu bulan puasa, kami semua keletihan..tapi disebabkan tekak Bunga meronta-ronta minta diisi dengan chicken chop Kg. Baru, Bunga gesa ‘housemate-housemate’ Bunga untuk teman Bunga pergi makan kat situ! Heheh...sepanjang jalan Bunga dibebel mereka kerana ‘kegedikan’ nak makan chicken chop. Tapi Bunga buat pekak je..lagipun Bunga tahu mereka mesti tak sanggup tengok Bunga kempunan di malam hari..hihi..



Kali terakhir makan, masa kat Jusco Melaka bersama teman Bunga. Tak sesedap Kg. Baru punya tapi lazat dan cukup puas hati!Hihi..

SATAY


Satay ni, Bunga selalu makan yang dekat Semabok, Melaka. Best la juga, tapi Bunga pernah rasa yang lagi best dekat R&R Sungai Buloh. Aha..sekali je pun, itu pun kawan Bunga belanja! Rasa daging sataynya ‘fresh’ tapi agak mahal (tak kisah la..dah orang belanja, telan jelah..hoho...)



Satay ni sangat la enak kalau dimakan lebih daripada 20 cucuk (hihi..pada Bunga, sikit je 20 cucuk ni..)! Dapat pula kalau ada kuah kacang dan nasi impit..aduhai..leleh air liur wooo!!


KEROPOK LEKOR


Wahhh..ni lah makanan ‘pasti beli’ kalau Bunga pergi pasar malam! Baik di rumah ataupun di KL (Pasar Malam Kampung Kerinchi)! Sekali beli, RM2. Bunga suka beli keropok lekor sebab puas dapat makan sambil buat kerja@assingment. Takla mengantuk biji mata..hihi..



Dulu masa Bunga duduk Kuantan, bunda dengan ayah selalu beli keropok lekor kat Tanjung Lumpur. Mmm..Bunga pun tak tahu ada lagi ke tempat tu. Kalau ada, nanti Bunga balik Mesia, Bunga nak kerah abang-abang Bunga bawa Bunga pergi sana..ngeee... (amir dan kerul..sila ambil perhatian akan perihal adikmu ini!)


DURIAN


Aha..Bunga tak ada lah ‘hantu’ durian tapi saat di England ni, memang berangan nak makan durian sangat-sangat! Kalau dapat yang isinya kuning dan manis..aduhaii..tak terkata..(huhu..mahu durian...)



Kali terakhir Bunga makan, dengan Kak Mira. Tapi kami beli yang dalam ‘packet’ kecil je. 4 ulas je pun..tapi harganya 5 pounds!!ohh..sebab teringin punya pasal, kami beli la juga..kang berjurai air mata dok kempunan punya pasal..huhu..

AIR TEBU


Ni lah air kegemaran Bunga selain air kelapa. Kalau ikutkan, banyak je air kegemaran lain. Tapi semua bole dapat kat sini. Kecuali air tebu..huuhuhuuhu..terbayang lagi saat muda remaja dulu..Bunga dengan ‘geng-geng’ Bunga selalu kumpul duit dan beli air tebu kat seorang pakcik ni masa ‘on the way’ balik daripada sekolah agama..hiihi..dapat sedut seteguk dua pun jadi lah..


Sebelum ‘fly’ ke sini, selalu je pergi pasar malam..dan mesti jumpa pakcik tu. Tapi tak beli pun, konon-konon taknak minum manis, nanti kena sakit kencing manis! Woohaaa...hah!sekarang ni Bunga pula terbayang-bayang air tebu sejuk mengalir di tekak..ohh...


p/s1: Buat tuan-tuan punya gambar, Bunga main ambik je gambar makanan korang ni..mintak halal ye..hihi..


p/s2: Buat bunda dan ayah..anakmu ini mahu makan macam-macam..nanti balik cuti ini..ehem-ehem..hihi..


p/s3: Buat kak ‘liberpool’, adikmu ini teringin mahu makan lepat pisang dengan satay..hahah...boleh kan kak?? Nanti kita tanya ‘pakcik Google’ pasal resipinya..yeaayyy!!!


p/s4: Sebenarnya banyak je lagi makanan lain..haha..senang cerita, Bunga rindu semua makanan kat Mesia..huhu..


..(bersyukurlah pada nikmat rezeki yang Allah beri..hargailah ia semasa masih ada..oh..)


2/28/2010

MODE SEWEL: AL-KISAHNYERR...

Kisah ini kisah benar namun pengubahsuaian sudah dilakukan untuk menjaga nama baik pihak terlibat.

p/s: bahasa rojak+rosak..harap maklum.


...................................



Di suatu petang yang hening..sorang pempuan duduk termenung menghadap laptop..tiba2 dia ternampak kawan dia on9 kat skype. Dia yang sedang kebosanan segera menekan butang ‘CALL’ dan..

Perempuan: Oii! Assalamualaikum!

Kawan: waalaikummussalam [lembut je intonasinya..poyos!]

Perempuan: Nasib baik ko on9. Bosan giler. Camne life ko? Lama tak story mory. [..dengan suara yang semangat..maklumlah, nak bergossip!]

Kawan: Hah, ko tahu tak, budak yang dok depan skolah agama tu, ala..si **** pregnant lagi!

Perempuan: Tu bukan budak yang satu kelas ngan aku dulu tu ke? Eh, bukan dia baru pas bersalin ke? [Muka tercengang kerana terkujat]

Kawan: Hah, tu tahun lepas! Ni tahun punya! [sambil tergelak terkekeh-kekeh..]

Perempuan: Mak oi! Gila produktif! [..sambung gelak sampai hingus meleleh..]

Kawan: Rezeki beb! Masuk ni, dah 3 dah! Ko tengok, sebaya kita da ade 3 anak! Ko tu, apesal slow sangat. Kat sana takde yang nak ko ke? Tula, aku da cakap, diet! Jangan makan je. Tengok, tak laku dah ko!

Perempuan: Amboii! Suka suki je ngutuk aku. Hah..ko tunggu la nanti, kalo aku kawin, kad lagu-lagu aku wat khas tok ko! Time tu, merasa la ko nak tengok majlis kawin ala2 puteri raja! Kat taman..siap ada bunga ros keliling khemah makan nnt! [..bercerita dengan penuh riak dan bangga..]

Kawan: haha..[tergelak sengal!]. Berangan ar ko! Esok2 makan pasir, baru ko tau!

Perempuan: elehh..cakap jela jeles! [..gelak jap, pastu berenti..] Bukan ke laki si *** keje kilang kt ***. Cam susah je idup camtu. Anak da ramai, dok umah mak mentua, pastu bini tak keje. [..mode serius ni..]. Ko ada tepon *** tak? Pegi r tanya kaba. Kan member tu! Kot2 la dia tgah susah. Tolong r!

Kawan: ada jumpa dia kat pasar malam aritu. Aku tengok dia sihat je. Sempat tegur2 camtu je. Dia bawa anak dia yang beso sorang. Yang len takde plak. Tapi sempat gak r dia cite kat aku.

Perempuan: cite pe?? [..ecited..da mula nk bergossip]

Kawan: laki dia buat perangai. Aku malas nak tanya banyak. Tapi sian dia, nmpak macam tak ckup makan je. Kurus dah.

Perempuan: laa..pulak! ni la leceh kawin awal, tak smpai 10 thn, da wat perangai. Sian plak kt dia ngn anak2 dia..[..dengan nada simpati..mmg betul2 simpati..]

Kawan: tu la... eh..aku nk smbung tgk movie r. Nnt lenkali gossip lg la ye.

Perempuan: yela..mati kutu r aku pasni.

Kawan: pegi r wat asgnmnt! Kata banyak!

Perempuan: Yelah. Kem salam mak ko. Kem salam *** juga kalo jmp dia.

Kawan: ok. Assalamualaikum.

Perempuan: waalaikummussalam.

........

p/s: Kenapa lelaki suka buat perangai bile anak dah ramai? Dulu miang nk kwin awal..pas kawin, buat perangai plak! SENGALL!!!