3/12/2010

MODE SEWEL: BILA TEKAK MERAGAM..

Aduhai..hari ni nafsu makan tiba-tiba melonjak! Ohh..di kepala Bunga terbayang pelbagai jenis makanan..huhu..[bunda..mahu pulang ke Mesia..]

Banyak benda yang Bunga terasa nak makan saat ni..antaranya:

IKAN KELI


Ni la makanan kegemaran Bunga!Sangat suka yang amat!


Masa kat IPBA dulu, ikan keli ni ada dijual kt kantin atau cafe Paklang, atau kedai Mak Jah..dan kalau kempunan sangat, sanggup pergi cari sampai ke kedai Amjal! Ohhh..sedapnya...


Ikan keli masak lemak cili padi ke..ikan keli masak sambal ke..ikan keli goreng..MEMANG TAK BOLEH TAHAN!! Sampai tahap makan ikan 4 atau 5 ekor sekali makan wooo!!! Yeayy!



Bunda Bunga selalu juga masak ikan keli kat rumah. Tapi disebabkan hanya Bunga dan ayah je yang makan ikan ni, maka bunda Bunga masak bila ada permintaan jela (adik-beradik lain tak makan ikan ni..bunda sendiri ‘geli’ nak makan ikan ni..hihi..)



Last sekali Bunga makan ikan keli ni masa pergi rumah kak Ain dan akhi Yusri di Dublin. Ohh..kak Ain sangat menyayangi Bunga (hihi..kan kak??) sampai sanggup susah payah cari ikan keli kat Dublin untuk Bunga! Ngee..Syokk!! (thank you kak!)


PARU


Hah..yang ni, Bunga hanya suka paru yang bunda Bunga masak je. Yang lain tu, makan la juga tapi selalunya liat lah. Tapi kalau bunda masak..memang tip top!! Selalunya, bunda akan wat rendang. Dalam keluarga Bunga, Bunga rasa Bunga dengan abang Bunga, Amir je yang gemar makan paru (lagi-lagi Bunga!hahah). Yang lain, tak sangat.



Aha..best..tapi Bunga tak jumpa lah pulak gambar rendang paru..maka Bunga letak gambar lain jela ye..yeayy! (yang penting..paru!)





CHICKEN CHOP


Hah..yang ni makanan ‘feveret’ Bunga juga ni! Masa kat KL dulu, Bunga dengan kawan-kawan sanggup ‘menapak’ naik LRT dan jalan jauh-jauh semata-mata nak pergi makan chicken chop kat Kg. Baru!! (nama kedai tu HR CHICKEN CHOP)


Sangat best, murah, dan kuantitinya banyak!!! Memang puas! Pernah satu masa ni, ‘time’ tu bulan puasa, kami semua keletihan..tapi disebabkan tekak Bunga meronta-ronta minta diisi dengan chicken chop Kg. Baru, Bunga gesa ‘housemate-housemate’ Bunga untuk teman Bunga pergi makan kat situ! Heheh...sepanjang jalan Bunga dibebel mereka kerana ‘kegedikan’ nak makan chicken chop. Tapi Bunga buat pekak je..lagipun Bunga tahu mereka mesti tak sanggup tengok Bunga kempunan di malam hari..hihi..



Kali terakhir makan, masa kat Jusco Melaka bersama teman Bunga. Tak sesedap Kg. Baru punya tapi lazat dan cukup puas hati!Hihi..

SATAY


Satay ni, Bunga selalu makan yang dekat Semabok, Melaka. Best la juga, tapi Bunga pernah rasa yang lagi best dekat R&R Sungai Buloh. Aha..sekali je pun, itu pun kawan Bunga belanja! Rasa daging sataynya ‘fresh’ tapi agak mahal (tak kisah la..dah orang belanja, telan jelah..hoho...)



Satay ni sangat la enak kalau dimakan lebih daripada 20 cucuk (hihi..pada Bunga, sikit je 20 cucuk ni..)! Dapat pula kalau ada kuah kacang dan nasi impit..aduhai..leleh air liur wooo!!


KEROPOK LEKOR


Wahhh..ni lah makanan ‘pasti beli’ kalau Bunga pergi pasar malam! Baik di rumah ataupun di KL (Pasar Malam Kampung Kerinchi)! Sekali beli, RM2. Bunga suka beli keropok lekor sebab puas dapat makan sambil buat kerja@assingment. Takla mengantuk biji mata..hihi..



Dulu masa Bunga duduk Kuantan, bunda dengan ayah selalu beli keropok lekor kat Tanjung Lumpur. Mmm..Bunga pun tak tahu ada lagi ke tempat tu. Kalau ada, nanti Bunga balik Mesia, Bunga nak kerah abang-abang Bunga bawa Bunga pergi sana..ngeee... (amir dan kerul..sila ambil perhatian akan perihal adikmu ini!)


DURIAN


Aha..Bunga tak ada lah ‘hantu’ durian tapi saat di England ni, memang berangan nak makan durian sangat-sangat! Kalau dapat yang isinya kuning dan manis..aduhaii..tak terkata..(huhu..mahu durian...)



Kali terakhir Bunga makan, dengan Kak Mira. Tapi kami beli yang dalam ‘packet’ kecil je. 4 ulas je pun..tapi harganya 5 pounds!!ohh..sebab teringin punya pasal, kami beli la juga..kang berjurai air mata dok kempunan punya pasal..huhu..

AIR TEBU


Ni lah air kegemaran Bunga selain air kelapa. Kalau ikutkan, banyak je air kegemaran lain. Tapi semua bole dapat kat sini. Kecuali air tebu..huuhuhuuhu..terbayang lagi saat muda remaja dulu..Bunga dengan ‘geng-geng’ Bunga selalu kumpul duit dan beli air tebu kat seorang pakcik ni masa ‘on the way’ balik daripada sekolah agama..hiihi..dapat sedut seteguk dua pun jadi lah..


Sebelum ‘fly’ ke sini, selalu je pergi pasar malam..dan mesti jumpa pakcik tu. Tapi tak beli pun, konon-konon taknak minum manis, nanti kena sakit kencing manis! Woohaaa...hah!sekarang ni Bunga pula terbayang-bayang air tebu sejuk mengalir di tekak..ohh...


p/s1: Buat tuan-tuan punya gambar, Bunga main ambik je gambar makanan korang ni..mintak halal ye..hihi..


p/s2: Buat bunda dan ayah..anakmu ini mahu makan macam-macam..nanti balik cuti ini..ehem-ehem..hihi..


p/s3: Buat kak ‘liberpool’, adikmu ini teringin mahu makan lepat pisang dengan satay..hahah...boleh kan kak?? Nanti kita tanya ‘pakcik Google’ pasal resipinya..yeaayyy!!!


p/s4: Sebenarnya banyak je lagi makanan lain..haha..senang cerita, Bunga rindu semua makanan kat Mesia..huhu..


..(bersyukurlah pada nikmat rezeki yang Allah beri..hargailah ia semasa masih ada..oh..)


3 comments:

aRe-lOnG said...

assalamualaikum...bile nengok makanan2 di atas tue...perut yang kenyang pun boleh lapar nie...

terbaik...

+akufobia+ said...

sebelum makan,dimulakan dengan nama DIA.

Seri Bunga said...

wsalam..

are-long: hihi..nnt ade pluang,mahu suro ibumu masak plak!she's one of the best cookers kan??!!yeaayy!!

+akufobia+ : iAllah..kalo tak sbut name Dia,kang mkn skali ngn syaitan..aiiyyookk..tkmo