3/21/2010

PERKONGSIAN: LEEDS DAY 3

Mengikut perancangan, Ainol nak bawa Bunga dan Cik Yam ke ‘park’ [apa tah nama dia..Bunga nak sebut pun susah]. Tapi perancangan manusia takkan pernah sehebat perancangan Allah. Allah izin, hari ini ada marathon kat ‘city centre’. Jadi, route bas berubah..jadi kami tak dapt cari bas nak ke ‘park’ tu..dan kami pun jalan-jalan kat ‘city centre’ jelah.




=ERATNYA MEREKA..=


Bunga sempat tengok acara marathon tu. Hoho..memang merapu sikit la! Pada Bunga, mereka bukanlah nak berlari sangat tapi sekadar suka-suka. Pakai pakaian pelik-pelik..ada juga yang..aaiisshhh..tak perlu cerita lah..pelik yang amat!


Tapi ada sesuatu yang menarik..Bunga nampak ada seorang ayah yang sungguh-sungguh bantu anak dia yang cacat kaki, berlari dalam marathon tu..Bunga juga nampak bagaimana beberapa keluarga yang berlari bersama anak-anak mereka..baik kecil mahupun yang remaja..dan ada juga pasangan-pasangan ‘atuk dan nenek’ yang berpimpin tangan berlari-lari kecil dalam marathon tu!


“Erat sungguh mereka..kat Malaysia, takda pula macam ni..”, hati Bunga terdetik..


Satu budaya bagi mereka..hujung minggu adalah waktu ‘kebersamaan’ mereka! Macam mana dengan keluarga di Malaysia? Sekadar perbandingan..


Hujung minggu..si kecil duduk menatap television

Yang remaja..bersama teman-teman di ‘shopping complex’..kononnya menenangkan minda

Yang dewasa pula..ada yang sibuk dengan kerja..ada yang sibuk dengan membeli-belah..


Lihat..lain kan?? Tiba-iba Bunga teringat keluarga di rumah..hujung minggu ialah hari ‘menatap wajah’! Ayah Bunga selalunya akan berkebun depan rumah..Cuma kadang-kadang akan ke pejabat, tapi tengahari dah balik dah. Bunda Bunga pula akan duduk di dapur..dan selalunya akan memberikan ‘ceramah’ percuma sepanjang hari..hihi.. abang-abang Bunga pula,kalau di rumah, selalunya menonton TV..begitu juga adik-adik..dan Bunga sendiri, kalau ada di rumah,akan lebih senang bersama bunda di dapur, memasak dan mengemas rumah..itulah cara kami ‘bersama’! dan itu yang mendidik Bunga makna keluarga! Akan bersama selalu..duduk berbual pelbagai perkara..makan bersama..aduhai..rindu pada mereka semua...


=AKHIRNYA..=


..sampai masa untuk pulang ke Plymouth..sedih rasa dihati..walaupun sekejap, tapi rasa macam dah lama kenal dengan adik-adik Leeds..terutama Ainol! insyaAllah..ada kesempatan, Bunga akan kembali ke sini lagi..bukan untuk berjalan-jalan lagi tapi untuk bersama-sama adik-adik ini. Sebab Bunga dah jatuh sayang dengan mereka..



..sewaktu menulis ni, Bunga dalam train..masih ade lagi dua jam untuk sampai ke Plymouth..mata mengantuk tapi tak dapat nak lenakan diri..masih teringat-ingat lagi adik-adik Leeds..aduhai jiwa..


2 comments:

+akufobia+ said...

huhu.bersamasama hanya masa kecil je.time da besar,semua nak sendirisendiri.sob.

Seri Bunga said...

lumrah yg kian jd fitrah..

p/s: pengajarn buat bkal ibu dan bakal ayah juga