Showing posts with label ANALISIS LAGU. Show all posts
Showing posts with label ANALISIS LAGU. Show all posts

4/18/2010

ANALISIS LAGU: IMAN


[Apa kaitan gambar ni dengan lagu ni? Aha...kalian rasa??]



-IMAN-

Kau umpama rembulan
menerangi kegelapan
Kau ibarat bintang
Menghiasi langit malam

Kau umpama pelangi
Mewarnai alam ini
Kau menerangi hatiku
Bak mentari terangi siang
Kau menghiasi hatiku
Yang dahulu kekosongan


Kau berikan kekuatan
Untuk kuterus berjuang
Hadapi segala cabaran
Atasi permasalahan


Kau curahkan kebahagiaan
Meleraikan kesedihan
Waktu ku terasa keseorangan
Ketika dalam berjuang


Ramai yang melupakanmu
Tak ramai yang mengecap nikmatmu
Tak ramai yang ditemanimu
Tak ramai merasa manismu


Inspirasi mukmin sejati
Tempatmu letaknya di hati
Sana kau berkurang dan bertambah
Kaulah penyelamat ummah


Ku merasa manismu
Dalam menyintai Allah dan Rasul
Dalam menyayangi Sahabat
Dalam membenci kekufuran


Kepada Allah kuberdoa
Hidup matiku bersamamu
Bersama dihidupkan semula
Melangkah ke syurga bersama


Kan kujagamu selalu
Dengan membaca Al-Quran
Jua mengingati ajal
Mekarlah kau di hatiku


Song by Yasin
Lyric by Yasin
Produced by Yasin


=LUAHAN RASA HATI SEORANG MUKMIN=


Itulah iman. Lagu ini mendefinisikan perihal iman dan fungsinya pada mata kaca seorang mukmin. Indah kan bait-bait nya?


Iman itu cahaya penerang..iman itu menghidupkan jiwa..iman itu beri rasa pada manusia..


Bila ada iman, segala tindakan kita akan termsuk dalam pertimbangan akal dan hati. Dan bila mana selarinya akal dan hati..iman akan berfungsi sebaiknya. Mm..agak ‘complicated’ pula ayat Bunga ni, tapi memang itu yang Bunga nak bagitahu..akal dan hati berfungsi dengan amat effektif bila ada keimanan kepada Allah.


Liriknya ringkas dan jelas..boleh hayati dan difahami dengan mudah.


Selamat menikmati lagu ini! Boleh dengar dan ‘download’ di sini.



2/27/2010

ANALISIS LAGU: KEKASIH HALAL


KEKASIH HALAL [Wali Band]

aku telah lelah
memilih memilah mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku


tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga

dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya

jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha



Aha..dekat Plymouth, kawan-kawan dok ‘promote’ lagu ni. Bunga pun ambil peluang dengar..waahhaaa..terasa nak bersuara pulak..yeayy!!




=AL-KISAHNYA=


Si lelaki ni dah penat cari pasangan [tu la..cari kat pasar malam..macam mana nak jumpa..hoho..]. Tetiba dia nampak seorang gadis cantik pakai tudung warna merah [pasni Bunga pun nak cari tudung ‘kaler’ merah MAK NGAH la..haha..]. Terpikatlah si lelaki ni pada gadis itu. Katanya, cantik+solehah! Wahh..pakej mahal tu! [harap-harap laki tu pun kacak+soleh..yeayy!].



=BUNGA TERTARIK..=


..tertarik dengan cara lelaki ni. Dia suka, terus tetap niat nak jadikan KEKASIH HALAL! Ohh..bagus yang amat..


..kebanyakan lelaki [bukan semua yee..] nak ‘try test’ dulu. Dok ngorat dulu, bila dah sangkut, bawa pegi ‘dating’ pula..ohh..sadisnya..


..tertarik dengan ‘mind set’ laki ni..

jadikan halal dulu, baru boleh peluk cium! [pahala woo..bukan dosa!]..



=JADI..=


Aha..Bunga nak ingatkan diri Bunga dan kawan-kawan juga.. yang mana dah kronik (kronik macam Bunga..ohh..), banyak-banyak doa dengan Allah..sebab Allah yang memegang hati kita ni. Kalau jumpa yang berkenan:


Bagitahu keluarga..ta’ruf..kalau dah setuju, kahwin segera!


Tetapi..


Pastikan persediaan itu ada [yang ni..kena tanya pada yang lebih arif..]..ingat, mahu bahagia bukan sehari je..tapi sampai nafas terakhir..



Jaga diri..jaga akal..jaga hati..semoga Allah redha!