2/28/2010

MODE SEWEL: AL-KISAHNYERR...

Kisah ini kisah benar namun pengubahsuaian sudah dilakukan untuk menjaga nama baik pihak terlibat.

p/s: bahasa rojak+rosak..harap maklum.


...................................



Di suatu petang yang hening..sorang pempuan duduk termenung menghadap laptop..tiba2 dia ternampak kawan dia on9 kat skype. Dia yang sedang kebosanan segera menekan butang ‘CALL’ dan..

Perempuan: Oii! Assalamualaikum!

Kawan: waalaikummussalam [lembut je intonasinya..poyos!]

Perempuan: Nasib baik ko on9. Bosan giler. Camne life ko? Lama tak story mory. [..dengan suara yang semangat..maklumlah, nak bergossip!]

Kawan: Hah, ko tahu tak, budak yang dok depan skolah agama tu, ala..si **** pregnant lagi!

Perempuan: Tu bukan budak yang satu kelas ngan aku dulu tu ke? Eh, bukan dia baru pas bersalin ke? [Muka tercengang kerana terkujat]

Kawan: Hah, tu tahun lepas! Ni tahun punya! [sambil tergelak terkekeh-kekeh..]

Perempuan: Mak oi! Gila produktif! [..sambung gelak sampai hingus meleleh..]

Kawan: Rezeki beb! Masuk ni, dah 3 dah! Ko tengok, sebaya kita da ade 3 anak! Ko tu, apesal slow sangat. Kat sana takde yang nak ko ke? Tula, aku da cakap, diet! Jangan makan je. Tengok, tak laku dah ko!

Perempuan: Amboii! Suka suki je ngutuk aku. Hah..ko tunggu la nanti, kalo aku kawin, kad lagu-lagu aku wat khas tok ko! Time tu, merasa la ko nak tengok majlis kawin ala2 puteri raja! Kat taman..siap ada bunga ros keliling khemah makan nnt! [..bercerita dengan penuh riak dan bangga..]

Kawan: haha..[tergelak sengal!]. Berangan ar ko! Esok2 makan pasir, baru ko tau!

Perempuan: elehh..cakap jela jeles! [..gelak jap, pastu berenti..] Bukan ke laki si *** keje kilang kt ***. Cam susah je idup camtu. Anak da ramai, dok umah mak mentua, pastu bini tak keje. [..mode serius ni..]. Ko ada tepon *** tak? Pegi r tanya kaba. Kan member tu! Kot2 la dia tgah susah. Tolong r!

Kawan: ada jumpa dia kat pasar malam aritu. Aku tengok dia sihat je. Sempat tegur2 camtu je. Dia bawa anak dia yang beso sorang. Yang len takde plak. Tapi sempat gak r dia cite kat aku.

Perempuan: cite pe?? [..ecited..da mula nk bergossip]

Kawan: laki dia buat perangai. Aku malas nak tanya banyak. Tapi sian dia, nmpak macam tak ckup makan je. Kurus dah.

Perempuan: laa..pulak! ni la leceh kawin awal, tak smpai 10 thn, da wat perangai. Sian plak kt dia ngn anak2 dia..[..dengan nada simpati..mmg betul2 simpati..]

Kawan: tu la... eh..aku nk smbung tgk movie r. Nnt lenkali gossip lg la ye.

Perempuan: yela..mati kutu r aku pasni.

Kawan: pegi r wat asgnmnt! Kata banyak!

Perempuan: Yelah. Kem salam mak ko. Kem salam *** juga kalo jmp dia.

Kawan: ok. Assalamualaikum.

Perempuan: waalaikummussalam.

........

p/s: Kenapa lelaki suka buat perangai bile anak dah ramai? Dulu miang nk kwin awal..pas kawin, buat perangai plak! SENGALL!!!

ISLAM..APA YA?? [Bhg 2]

Aha..macam mana kini? Sudah faham ta’rif Islam yang dua tu? [semoga pemahaman itu diterjemah dengan amal ye!]

Kali ini Bunga nak sambung lagi 2 ta’rif. ‘Simple’ je..Bunga harap kalian dapat manfaat!


=Ta’rif Islam=


3. Islam= satu sistem yang sempurna, lengkap dan menyeluruh. Ia termasuk sistem politik, sosial, ekonomi, dan akhlak.


Bunga berkata: Kalau kita laksanakan separuh je daripada hukum Islam dan yang lain kita abaikan, tu maknanya kita dah menyeleweng daripada Islam!!


“Apakah patut kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang amat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan”

[Al-Baqarah: 85]


Hah..mana boleh beriman separuh-separuh je! Kena sepenuhnya! Setiap apa kita buat, tak ada satu pun yang tak termasuk dalam Islam. Semua Allah dah tetapkan. Kita cuma buat sahaja. Kenapa?? Sebab itu yang terbaik!



Contoh 1: Perasaan cinta laki dan perempuan..ada Allah larang?? Tak! Siap Allah susun cara ter’best’ lagi tu= KAHWIN!! Dahla syok, siap dapat pahala beribadah lagi! Hoho..tak mau ke??


Contoh 2: Dalam ‘bisnes’, Allah kata berniaga secara jujur, jangan ambil riba’. Siapa kata tak untung?? Eh2..tengok ‘bisnes’ Rasullah, semakin hebat dan besar! Dapat untung, tak bebankan pembeli, dihormati kerana sikap jujur, dapat pahala lagi tu! Nampak tak??


Contoh 3: Dalam sukan pun, ada caranya. Pakaian kena menutup aurat. Akhlak waktu main sukan kena jaga. Mata penonton pun tak sakit! [tetiba teringat kaki-kaki seksi pemain bola sepak..ohh..tidak mahu ingat..] Hah! Dapat pahala riadah, badan sihat..semakin kacak dan cantik lah kalian! Susah kah??


Inilah yang dimaksudkan ‘ISLAM IS THE WAY OF LIFE’! Apa je kita buat, kalau ikut garis panduan Islam, DAPAT PAHALA! Kalian tak mahu ke??Aiisshh..rugi woo..dunia terasa nikmat, akhirat insyaAllah dijamin selamat!


4.Islam= kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada RasulNya. Meliputi peraturan berbentuk akhlak, ibadah, muamalah, dan sejarah yang terkandung di dalam Quran dan Sunnah RasulNya. Allah perintahkan Rasullah sampaikan kepada manusia..iaitu KITA!


Bunga berkata: Mula-mula Bunga keliru beza antara ta’rif 3 dan 4 ni. Tapi lepas bertanya pada yang lagi faqih, Bunga simpulkan yang:


Apa yang Allah sampaikan pada Rasullah, kita kena buat! Itu peraturan Allah!


“Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb (Tuhan) kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan RisalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir”

(Al-Ma’idah: 67)


Aha..apa risalah yang dimaksudkan?? Itulah Quran dan Sunnah! Apa yang ada dalam risalah tu??

Peraturan-peraturan yang meliputi pengertian Islam!


Maksudnya..kena taat Rasul dalam usaha mentaati Allah! Hah..jelas kah??


“Dan taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasulNya”

(Al-Maidah: 92)


Kalau nak dapat pimpinan Allah, kenalah ikut apa yang Allah mahu. Apa yang Allah mahu?? Hah..kena ‘refer’ Quran lah, yang Allah beri pada Nabi Muhammad untuk disampaikan pada kita!


“Dan jika kamu taat kepadanya (iaitu Rasullah), nescaya kamu mendapat petunjuk”

(An-Nur: 54)


Aisyah r.a bila ditanya tentang kehidupan Rasullah, beliau jawab:

‘Kehidupan Rasullah adalah kehidupan Quran’


Jadi, tunggu apa lagi..cari buku pasal SUNNAH RASULLAH..dan ikut SUNNAH!! [..Bunga rasa kena beli banyak cermin la pasni..huhu..]



=SAAT INI..=

Hah.. dah 4 ta’rifan dikongsi..macam mana kesannya pada kalian? Apa??tak ada kesan??Aiiyyookk..tak mengapa..baca dan baca..faham dan fahamkan..insyaAllah..kalau kalian mahu cari redha Allah dengan usaha ikut cara yang Allah mahu, Allah mesti tolong! (boleh rujuk surah al-Ankabut:69).


Chaiyokkk!!!!! Aja aja fighting!!! Ganbate!!! [rusak bahasa!!ohhh..]

2/27/2010

ANALISIS LAGU: KEKASIH HALAL


KEKASIH HALAL [Wali Band]

aku telah lelah
memilih memilah mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku


tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga

dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya

jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha



Aha..dekat Plymouth, kawan-kawan dok ‘promote’ lagu ni. Bunga pun ambil peluang dengar..waahhaaa..terasa nak bersuara pulak..yeayy!!




=AL-KISAHNYA=


Si lelaki ni dah penat cari pasangan [tu la..cari kat pasar malam..macam mana nak jumpa..hoho..]. Tetiba dia nampak seorang gadis cantik pakai tudung warna merah [pasni Bunga pun nak cari tudung ‘kaler’ merah MAK NGAH la..haha..]. Terpikatlah si lelaki ni pada gadis itu. Katanya, cantik+solehah! Wahh..pakej mahal tu! [harap-harap laki tu pun kacak+soleh..yeayy!].



=BUNGA TERTARIK..=


..tertarik dengan cara lelaki ni. Dia suka, terus tetap niat nak jadikan KEKASIH HALAL! Ohh..bagus yang amat..


..kebanyakan lelaki [bukan semua yee..] nak ‘try test’ dulu. Dok ngorat dulu, bila dah sangkut, bawa pegi ‘dating’ pula..ohh..sadisnya..


..tertarik dengan ‘mind set’ laki ni..

jadikan halal dulu, baru boleh peluk cium! [pahala woo..bukan dosa!]..



=JADI..=


Aha..Bunga nak ingatkan diri Bunga dan kawan-kawan juga.. yang mana dah kronik (kronik macam Bunga..ohh..), banyak-banyak doa dengan Allah..sebab Allah yang memegang hati kita ni. Kalau jumpa yang berkenan:


Bagitahu keluarga..ta’ruf..kalau dah setuju, kahwin segera!


Tetapi..


Pastikan persediaan itu ada [yang ni..kena tanya pada yang lebih arif..]..ingat, mahu bahagia bukan sehari je..tapi sampai nafas terakhir..



Jaga diri..jaga akal..jaga hati..semoga Allah redha!



ISLAM..APA YA?? [Bhg 1]

‘Adakah mereka yang mengetahui itu juga memahami apa yang mereka tahu?’

Itu yang terlintas dalam minda Bunga sepanjang petang tadi. Ramai yang tahu pelbagai jenis ilmu tapi tak semua yang faham apa yang mereka tahu. Aiisshh..apa yang TAHU..apa yang FAHAM ni??

Kali ini..fokus Bunga: ISLAM dan TA’RIFANnya.



=KENAPA KENA TAHU??=

Formula Bunga, mudah je:

TAHU+FAHAM+BUAT=ISLAM SEBENAR


Bila kita tahu, barulah boleh menghayati. Bila penuh penghayatan, akan timbul keinginan untuk melaksana. Bila kita melaksana, baru lah boleh faham! Aha..kalau ikut ‘learning theory’ (yeehaaa..!!), maksudnya LEARNING BY DOING!

Dalam konsep Islam ini sendiri, masalah dikalangan umat Islam ni timbul bila tidak faham. Bila kita buat sesuatu amalan/perkara yang kita tak faham, tindakan salah akan terhasil! Sebab?? Sebab buat benda yang kita tak faham tapi ‘budget faham’!

Jelas kan?? Jadi, kena +wajib+mesti faham apa itu Islam! Baru boleh bertindak seperti yang Islam gariskan, yakni apa yang Allah tetapkan!



Topik ni pernah dikongsi dan dibincangkan, jadi kali ini Bunga pula nk ‘share’ dengan kalian setakat yang mampu [kalau tulis panjang berjela..pengsan pula kalian! Ohh..]



=TA’RIF ISLAM=

Waktu perkongsian tu, ada 6 ta’rifan secara jelas telah dibincangkan. Tapi untuk entry ni, Bunga nak ‘share’ dua je dulu. Yang lain, akan menyusul.

1. Takrif pertama adalah berdasarkan hadith di bawah:

Malaikat Jibrail datang dalam bentuk jelmaan seorang Arab dan bertemu Rasullah (waktu tu Baginda bersama beberapa orang sahabat).


Jibril: Khabarkan padaku wahai Muhammad tentang Islam.

Rasullah: Islam itu bahawa kamu mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, keluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, naik haji ke Baitullah jika engkau mampu pada jalannya.


Hadith yang lain, tapi maksud yang sama:


“Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar (r.a) katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda “Dirikanlah Islam atas lima (rukun), syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad Rasul Allah, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]



Bunga berkata: Lihat..kalimah tauhid ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah’ menjadi perkara POKOK dalam Islam. Itu asas Tauhid Uluhhiyah [tauhid mengEsakan Allah @Allah sebagai Illah yang AHAD]! Itu juga asas dakwah para rasul!


“Dan tidak Kami utus sebelum engkau dari seorang Rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah kamu akan Daku”

[Al-Anbiya: 25]



Selepas ditekankan kepentingan mentauhidkan Allah, diterangkan juga cara pelaksanaan ke arah kalimah tauhid tu (mendirikan solat, puasa di bulan Ramadhan, keluar zakat,menunaikan haji). Jelaskah?? Jadi, jika kita betul-betul seorang Islam, pastikan KALIMAH TAUHID @ KALIMAH SHAHADAH kita berfungsi!



Tanya diri kita:


Islamkah kita bila kita lebih yakini sesuatu perkara melebihi kita yakin Allah??

Contoh: Ponteng kuliah Subuh sebab nak baca buku untuk ‘exam’! Sedangkan kuliah Subuh tu mampu buat kita tambah kenal Allah, Illah@Rabb@Tuhan yang menetapkan kita lulus cemerlang dalam exam atau tak!



Islamkah kita bila kita sembah Allah tapi dalam masa yang sama buat perkara yang Allah larang?

Contoh: Kita solat jemaah 5 waktu [well done!!] tapi lepas abis solat jemaah, kita ‘jemaah’ mengumpat tok imam dan kereta ‘lama’nya! [sengal!!]



Islamkah kita bila kita kata Nabi Muhammad Rasul kita, tapi beramal tak ikut Sunnah, malah beramal dengan amalan orang kuffar?

Contoh: [yang ni amat banyak..jadi pilih je mana-mana sebagai contoh!]


Ringkasan: Islam adalah apabila kita mengaku Allah sebagai Tuhan satu-satunya yang kita sembah, Muhammad sebagai Rasul Allah, melaksanakan perkara-perkara yang membuktikan kalimah shahadah kita iaitu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.


Nota: Bunga nak ‘explain’ banyak sebab hal ini luas. Tapi ruang terhad + tak mahu kawan- kawan ‘confuse’. Prinsip Bunga: BIAR SIKIT TAPI BERMAKNA!



2. Islam = tunduk serah diri dan taat Allah secara total! Serah dan taat ni mesti dalam keadaan sedar, bukan terpaksa! Kalau tunduk sebab terpaksa, tak timbul la dosa pahala.


Bunga berkata: Itulah beza manusia dengan yang lain.


Malaikat: Dicipta untuk taat Allah sepenuhnya. Jadi, tiada dosa pahala.


Binatang dan tumbuhan: tak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dengan dosa pahala. Mereka tak ada akal, mereka buat seperti yang dah ditetapkan Allah.


Manusia: Kita ada aqal, jasad, roh yang ditaklifkan dengan dosa pahala! Kenapa?? Sebab kita ada kesedaran untuk memilih!



“Apakah mereka mencari Deen (cara hidup) yang lain daripada Deen Allah swt padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi baik dengan suka mahupun secara terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”

[Ali-Imran: 83]



Nampak tak?? Kita diberi kesedaran untuk memilih! Kenapa nak pilih Deen lain sedang Allah dah cakap dengan jelas yang:


“Sesungguhnya Ad-Deen (yang diredhai) disisi Allah adalah Al-Islam”

[Ali-Imran: 19]



Satu lagi ayat Allah yang jelas:


“Pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamu Deen kamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmatKu dan telahKu redhai Islam itu menjadi Deen bagiMu”

[Al-Maidah: 3]




Jelas sekali yang Allah suruh kita pilih Deen sempurna Islam ini sebagai jalan hidup kita. Kita ada kesedaran untuk memilih! Jadi, kita pilih sebab sedar, bukan terpaksa!



Deen Islam yang penuh sedar dan rela inilah yang dikhususkan untuk ummat Muhammad saw. Nampak tak betapa istimewanya kita wahai Muslim dan Muslimah sekalian!? Jadi, sila jadi golongan bersyukur kerana terpilih!! [..bercakap dengan penuh semangat depan cermin...]



Ringkasan: Islam adalah tunduk dan patuh dengan Allah secara penuh sedar! Sebagai bukti kesedaran ialah dengan mematuhi segala peraturan yang Allah wahyukan kepada Rasullah yang tugasnya menyampaikan kepada umat manusia!



=SETAKAT KALI INI..=

Bunga harap, penjelasan ta’rif yang dua ini jelas dan dapat bantu kalian tahu,hayati dan faham Islam.

Dah hadam yang ini, nanti Bunga tulis lagi 4 ta’rifan ye..semoga manfaat dikongsi bersama!

p/s1: Bunga tulis ini berdasarkan perkongsian Bunga dengan kawan-kawan dan juga bahan yang diberikan semasa perkongsian online, disampaikan oleh akhi joe.

p/s2: Ta’rifan ini adalah berdasarkan ta’rifan Dr. Abdul Karim Zaidan.