Showing posts with label TARBAWI. Show all posts
Showing posts with label TARBAWI. Show all posts

3/13/2010

HATI OH HATI...




Setiap manusia punya hati. Ya..ada yang hatinya sihat, ada juga yang hatinya sakit..tak terkecuali juga buat mereka yang berhati mati..


Hati itu adalah segalanya..segalanya buat manusia..


Sabda Rasullah:

“Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati (jiwa)”

[Riwayat Abu Ya’la]


“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu

(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


=PERANAN HATI=


Hati ini pencetus kebaikan dan kejahatan! Hati yang mengendalikan tubuh badan kita. Dan jelas bahawa hati bertanggungjawabkan atas diri manusia itu lakukan..dan ini akan disoalkan di akhirat kelak! Sedarkah kalian? Kita akan ditanya bagaimana kita mengendalikan hati!


“Dan janganlah kamu menginguti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan

[Al-Isra’: 36]


Bunga tergerak untuk berbicara berkaitan hati kerana ayat ini. Allah izin, Bunga ‘come across’ ayat ni, buat Bunga terfikir, sejauh mana hati Bunga berfungsi..membumikan apa yang Bunga tahu (ilmu)..


Kalian setuju tak kalau Bunga katakana yang hati ini ibarat raja? Kerana hati mengatur gerak segala perbuatan kita..baik atau buruk..


Lihat keliling kita, atau mungkin sahaja diri kita sendiri..betapa banyak jiwa-jiwa yang gagal mengawal tingkah laku..kerana hati tak berfungsi seperti yang sepatutnya! Hati tidak mengawal malah dikawal oleh nafsu!


“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya hat itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati

[Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir]


Nampak tak?? Kalau hati jahat dan kotor, abis pincang akhlaq pemilik hati itu! Dan hati yang baik itu..dipenuhi sinar iman, dipancang kukuh..menjadi rebutan..menjadi tauladan..


=KAMU PUNYA YANG MANA SATU??=


Mengikut bacaan Bunga, ada 3 jenis hati (kenyataan ulama). Jadi, jom kita tengok, hati kita yang mana satu ye..


a) Qalbun Sahih


Hah..maksud qalbun sahih adalah hati suci! Atau dalam erti kata lain, hati ni sihat! Tak sakit! Pemilik hati jenis ni membuat SETIAP perkara kerana Allah! Cintanya kerana Allah..bencinya kerana Allah..marah juga kerana Allah!

Hatinya dipenuhi iman..bersemangat berubudiyyah kepada Allah! Bukan sahaja ibadah khusus, tapi ibadah umum juga dikejar bersungguh-sungguh! Menuntut ilmu..berkongsi harta..dan macam-macam lagi!


b) Qalbun Mayyit


Maksudnya hati yang mati! Yang tak ada kehidupan! Yang tak kenal pencipta dirinya! Yang ingkar akan perintah Allah! Hati seperti ini dikawal nafsu dan syaitan..tertabur luas benih-benih sikap mazmumah..mereka tak kisah segala apa yang mereka buat itu diredhai Allah atau tidak..mereka biar syaitan mengurus hati mereka..mereka biar nafsu memenuhi ruang hati mereka..



MasyaAllah..semakin lama,mereka menjauhi Allah..mereka memekakkan telinga apabila diseru kembali kepada Allah..mereka menolak apabila diberi ilmu mengenal Allah..alangkah ruginya pemilik hati mati ini..


c) Qalbun Maridh


Bunga pasti, banyak di antara kita merasakn yang hati mereka jenis ini. Bunga pun rasa macam tu.. Qalbun Maridh ni maknanya hati yang sakit. Ya..hati yang ada penyakit. Masih ada kehidupan tapi memerlukan rawatan (yup..perlu rawatan segera!). Ada tertabur benih takabbur, dengki, sikap terlalu cinta dunia, riya’! Jangan ingat hanya luaran badan kena bersih, malah hati juga perlu sentiasa dibersihkan!


Sangat perlu untuk dibersihkan kerana hati jenis ini berada di tengah-tengah antara hati yang suci dan hati yang mati! Jadi, kita kena kasi ‘polish’ supaya bersih dan suci! Kalau tak, macam mana nak hubungkan hati dengan Allah? Macam mana nak mencintai Allah kalau hati sakit lagi berpenyakit??


Dan sekarang kalian dah tahu hati kalian jenis mana kan? Jadi, tunggu apa lagi! Bersihkan hati!


=PERLU..=


Wahai teman kecintaan Bunga..amat berbeza hati seorang mukmin dengan hati seorang kafir..


“Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala hati seorang kafir itu hitam dan berpenyakit

[pesanan Saidina Ali]


Didiklah hati kalian dengan iman..berebutla untuk mengisi hati kalian dengan ilmu..Bunga kata ini bukan hanya kepada kawan-kawan Bunga tapi juga pada diri Bunga sendiri..


Yang pasti, jangan sesekali biar syaitan menang dan kawal hati kita! Jangan!


Contoh:


1) Kalau dah bangun awal Subuh, jangan dengar bisik syaitan yang suruh kita sambung tidur (walaupun 5 minit!!) Kata kat syaitan..”AHH!! AKU TAK TERGODA DENGAN KAU! P BERAMBUS! AKU NAK SOLAT!).


2) Kalau ada lebihan makanan dan kita tak habis dan masih dalam kondisi baik, jangan biar rasa tamak menang!! Berikan makanan itu pada kawan-kawan atau sesiapa yang tengah lapar. Kalau tak, kita mungkin akan membazir! Dan pastinya, jangan tempah tiket untuk jadi kawan syaitan!


3) Kalau ada kawan-kawan kita ajak kita pergi buat maksiat (tengok konsert ke, pergi join kelab mengumpat ke, pergi ‘ushar’ jejaka kacak dekat gym ke), sila bagitahu mereka.. “Eh, sejak bila korang jadi ‘partner’ syaitan ni?!” (memang la keras bahasanya tapi kalau ni je cara sedarkan mereka, kenapa tidak??)



=KONKLUSI=


Sekarang ni Bunga nak sambung buat assgingment. Bunga taknak nafsu malas dan bisik goda syaitan mengawal hati Bunga... yang menyebabkan Bunga tidur dan buat benda-benda tak befaedah..oh...

3/03/2010

..DAN KITA..BAGAIMANA?...

Entry kali ini, Bunga nak mulakan dengan bercerita. Semoga beri manfaat pada semua!


=KISAHNYA..=


Kisah 1

Ada sepasang sahabat sedang berjalan ke hulu sungai kecil. Tiba-tiba mereka terlihat seekor cicak naik atas badan seekor katak. Mereka terkaku melihat peristiwa itu. Katak itu membawa si cicak tadi menyeberangi sungai kecil. Dua sahabat tadi ikut sama menyeberangi sungai itu untuk melihat keadaan katak dan cicak tadi.

Kemudian, mereka ternampak seorang pemabuk yang tiba-tiba pengsan. Saat itu juga, keluar seekor ular dari celah-celah semak. Ular itu pantas membelit si pemabuk tadi. Tanpa diduga, cicak tadi melompat ke atas badan si ular..dan..PERGELUTAN berlaku! Mengkagumkan! Tindakan cicak tadi mnyebabkan ular tadi menyusup laju melarikan diri ke arah celah semak. Dan cicak kemudian naik semula ke atas badan katak tadi..dan mnyeberangi sungai itu semula. Kedua sahabat tadi lantas pergi ke arah pemabuk tadi dan cuba menyedarkan pemabuk tadi. Bila pemabuk dah sedar, mereka menceritakan apa yang telah terjadi.

Lelaki pemabuk itu menangis.. “Ya Allah, itu caranya Kau berurusan dengan orang yang mengingkari Engkau...agaknya bagaimana pula perlindungan Engkau pada mereka yang mentaati Engkau..”..Lelaki pemabuk itu memilih untuk bertaubat..


Kisah 2

Ada seorang nelayan yang hidup susah bersama keluarganya. Satu hari, si nelayan dapat tangkap ikan yang luar biasa saiznya...amat besar! Dengan senang hati, si nelayan bawa ikan tu ke pasar untuk dijual. Dalam perjalanannya, ada seorang lelaki sasa cuba merampas ikan si nelayan. Bila si nelayan melawan, si lelaki tadi mengetuk kepala si nelayan dengan sebatang kayu. Terjatuh si nelayan dengan kepala yang berdarah.

Ya Allah..Kau yang menjadikan aku lemah dan dia kuat. Jadi berikanlah balasan kepadanya dengan segera. Aku tak mampu menunggu sampai dia dibalas di akhirat nanti ya Allah. Pastinya balasan di sana amat berat”, berdoa si nelayan tulus.

Lelaki gagah tadi suruh isterinya bakar ikan itu untuk dimakan. Waktu si lelaki nak mencubit ikan itu, tiba-tiba ikan itu melompat daripada pinggan dan menggigit jari si lelaki itu. Dek kerana sakit yang amat, dia pun pergi berjumpa doktor.

“Cara terbaik adalah dengan memotong jari kamu ini, kalau tak, akan merebak ke seluruh tangan” kata doktor.

Namun, setelah jari dipotong, lelaki tadi masih rasa sakit yang amat, tapi kali ini dilengannya pula. Dan sekali lagi..doktor terpaksa memotong lengan lelaki tadi. Kesakitan yang teramat itu dah merebak ke tangan sebelah lagi. Akhirnya..kudunglah kedua-dua tangan si lelaki itu. Lelaki itu berdoa memohon pertolongan Allah.



Suatu malam, lelaki ini bermimpi. Dalam mimpi itu, dia bertemu seseorang yang berpesan.. “sampai bila kamu mahu anggota badan kamu menanggung sakit. Pergilah bertemu pada orang yang kamu dah berbuat salah padanya. Minta maaf padanya”.

Bangun sahaja daripada tidur, segera si lelaki ini bertemu dengan nelayan tadi. Lelaki ini meminta maaf bersungguh-sungguh pada si nelayan dan menyesal atas perbuatannya. Dan akhirnya si nelayan memaafkan si lelaki itu dengan sepenuh kemaafan. Alhamdulliah..Allah izin si lelaki itu sembuh daripada kesakitan walaupun kini dia telah kudung.


=ITULAH MANUSIA..=

Fitrah kejadian manusia..nasia..yakni lupa. Namun, bila kesedaran itu ada..bertaubat itu sesuatu yang wajib bagi seorang mukmin!

Lihat sahaja contoh di atas..betapa kasih, betapa cinta Allah pada hambaNya. Walaupun lelaki itu melupakan Allah, Allah tak pernah lupakan hambaNya. Ujian diberi, sebagai tanda kasih dan peringatan..betapa Allah mengambil berat perihal hambaNya..betapa cinta Allah pada kita. Tapi..bagaimana dengan kita? Adakah kita cinta Allah?


Setiap hari, ada sahaja dosa yang kita lakukan..sama ada kita sedar atau tidak..itulah hakikat.


Sabda Rasullah:

“Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu bintik hitam, sekiranya dia bertaubat, maka akan terkikislah bintik hitam itu. Sekiranya dia tidak bertaubat, maka akan merebaklah binitik hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

[Riwayat Ibn Majah]


Sedangkan Rasullah yang bersifat maksum pun bertaubat 100 kali setiap hari..apatah lagi kita??!


Amat berbeza orang beriman yang berdosa dengan orang tak beriman yang berdosa. Orang beriman merasa dosa itu seakan gunung yang menghempap, manakala mereka yang tak beriman menganggap dosa itu semudah menguis lalat yang hinggap di wajah. Nampak tak bezanya?


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

[Surah Al-Anfal: 2]

Lihat pula bagaimana seorang saudara seagama (Kisah 2) mendoakan untuk saudaranya yang lain. Walaupun disakiti, yang meniti di bibir adalah doa kebaikan untuk saudaranya! Bukan dikuasai amarah..tapi diutus doa penuh kerisauan..khuatir balasan azab untuk saudaranya di akhirat kelak! Renung pada diri..bagaimana kita dengan saudara atau sahabat kita? Bgitu juga kah?



=LEMBUTLAH WAHAI HATI-HATI..=

Apa pun..tunjangnya adalah diri kita..


Wahai manusia yang tak lekang berbuat dosa..mohonlah keampunan Allah..sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.


Dosa lama tak patut dilupa..diingat bukan untuk diungkit tetapi untuk dijadikan peringatan..itu yang Bunga selalu beritahu diri Bunga..


Sahabat-sahabat yang Bunga kasihi kerana Allah..jangan pernah berputus asa..mohonlah keampunan Allah..bertaubatlah atas dosa-dosa yang dah kita lakukan..sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas..keampunan Allah itu pada hamba-hambaNya yang ikhlas bertaubat..


Teringat Bunga pada suatu hadith yang pernah dikongsi oleh teman Bunga..yang mana memberi kesan yang teramat pada diri Bunga..Bunga tak ingat hadith penuhnya tapi maksudnya begini..


‘Ada manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga, ibarat syurga disebelahnya sahaja.Tetapi di pengakhiran hidup, dia beramal dengan amalan ahli neraka. Akhirnya tercampaklah dia ke dalam neraka. Ada pula manusia yang beramal dengana amalan neraka, ibarat neraka hanya selangkah daripadanya, tetapi di pengakhiran hidupnya, dia beramal dengan amalan ahli syurga. Akhirnya dia dimasukkan ke syurga’


Hati orang beriman itu insyaAllah lembut dan bisa dibentuk..yakinlah itu..


=SEMENTARA MASIH ADA..=


..Sementara masih ada nafas terhembus..bertaubatlah..mohonlah keampunan Allah..


..Sementara hati masih ‘hidup’..mohonlah taufiq dan hidayah Allah..agar Allah beri pimpinanNya pada kita..


..Sementara masih ada air mata..menangislah sebanyak..tanda kamu benar-benar menyesal dan insaf..tanda masih ada sinar iman dalam jiwa kamu..



..Sementara kamu masih hidup di bumi Allah ini..gunakanlah peluang yang ada ini..sebelum ajal datang menjemput kamu pulang..saat itu, terhenti segala usaha..hanya menanti pembalasan atas segala amal..


p/s1: kematian itu motivasi terbaik seorang mukmin..bersedialah untuk itu.

p/s2: Kisah di atas Bunga petik daripada buku ‘The Stories of Repentance’..oleh Muhammad Abduh Mughawiri.




3/01/2010

ISLAM..APA YA?? [Bhg Akhir]

Yuhuu..bersemangat mahu menyambung pasal lagi 2 ta’rifan Islam. Kalian jangan jemu tau! Hoho..chaiyok2!! Semoga manfaat dikongsi bersama!



=TA’RIF ISLAM=


5. Islam= Jawapan kepada TIGA persoalan yang sering menjadi pemikiran kepada manusia:


-Dari mana kita datang?

-Untuk apa kita di dunia?

-Ke mana kita akan pergi (selepas mati)?


Bunga berkata: Huraian untuk setiap persoalan ni panjang..tapi ringkasannya..


-Dari mana kita datang?-


..orang Islam beriman yakin bahawa Allah yakni Rabb kita yang menciptakan kita!..

Allahlah yang mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baik kejadian dan memulakan kejadian manusia itu dengan tanah dan selepas itu dengan air yang hina, kemudian Dia menyempurnakannya dan meniup ke dalamnya roh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, hanya sedikit yang bersyukur kepada Allah”

[As-Sajadah: 7 – 9]



..kita kena beriman yang Allah al-Khaliq yang mencipta setiap isi bumi: haiwan, tumbuhan, bintang, gas, laut, etc..Allah Maha Hebat! Allah al-Muttakabbir!



-Untuk apa kita di dunia?-


..suka untuk Bunga tekankan yang tujuan manusia di dunia

ini adalah:

1. Sebagai a’bid [menyembah Allah]

2. Sebagai khalifah [pelaksana hukum Allah di Bumi]

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu”

(Adz-Dzariyah: 56)



..kita perlu jadi hamba yang benar-benar berjiwa hamba! Bukan suka suki buat apa kita suka! Kena ikut apa yang Allah dah tetapkan..berubudiyah dengah Allah sepenuh jiwa..hidup dan tadbir muka bumi ni ikut seperti yang Allah mahu..faham kah?..



..mengabdi diri kepada Allah secara total maksudnya..kenal Allah..kasih Allah..patuh Allah..ikut sistem Allah!



..ingat! Ibadah bukan sahaja solat, puasa..tapi seluruh hidup perlu dijadikan sebagai IBADAH!



...tidur, makan, mandi, baca, bermesra dengan keluarga..semua sekali!..



..yang pasti, semua perlu dalam batasan syara’! yang tu, jangan abaikan ye! Barulah boleh bahagia dunia dan akhirat!



“Orang yang paling bijak adalah orang yang mengutamakan kebahagian di akhirat dari kebahagian di sini, tetapi orang yang paling malang itu ialah orang-orang yang mengutamakan kebahagian di sini dari di akhirat.”

[kata-kata Ibnu Qayyim]



-Ke mana kita akan pergi (selepas mati)-


..datang kita daripada Allah..kembalinya kita juga pasti kepada Allah..

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya.”

(Al-Insyiqaq: 6)



Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)Nya. Kemudian kepadaNyalah dikembalikan

(Ar-Rum: 11)



..aha..nak berjumpa Allah, kenalah bersedia. Bersedia dengan apa?? Meh Bunga jawab..bersedia dengan BEKALAN ISLAM dan TAQWA!



“Hendaklah kamu siapkan bekalan kamu, dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa

(Al-Baqarah: 197)



Kenapa perlu bekalan??


“..sepuak masuk Syurga dan sepuak masuk Neraka…”

(As-Syura: 42)



Lihat..kita tak ada pilihan! Kalau tak cukup bekalan, neraka lah tempatnya! Nauzubillahi minzalik..


p/s: Sila ambil peringatan sebelum nafas akhir terhembus..



6. Islam= panduan dan pedoman hidup sebenar-benarnya. Ia menjadi petunjuk dalam semua aspek, menjadi ubat mujarab kepada semua penyakit masyarakat dan menjadi cahaya kepada kegelapan hidup!



..sebab itu kita perlu berpegang kukuh pada Quran dan Sunnah. Itu panduan yang Allah bagi kepada kita umat Islam.


Qaraa – baca

Quran – bahan untuk dibaca!



..tadarus dan tadabbur: PERLU!!



“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengerti apakah Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan lurus, (iaitu) jalan Allah yang kesemuanya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan”

(Asy-Syura: 52 – 53)



“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”

(Al-Isra: 52)



“Katakanlah! Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang beriman.”

(Fushilat: 44)



..kalian tahu tak yang Islam itu agama fitrah..jalan yang mudah bagi sesiapa yang bersedia untuk mengikutinya..



“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah) (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Ar-Rum: 30)



=KONKLUSI..SETELAH JELAS..=

Banyak lagi ta’rifan lain yang boleh diguna pakai selagi ia sesuai dengan pengertian Islam dan sifat-sifatnya, terang dan jelas..yang pastinya tidak meragukan dan mengelirukan.


Bunga juga menulis berdasarkan perbincangan dan bahan yang dikongsi semasa perbincangan. Mungkin mereka-mereka dalam bidang deeniyah lagi hebat dalam menta’rif Islam ini.


Tapi pada Bunga, yang penting..kita ni! Kena selalu dan sentiasa pastikan kehidupan kita ini selari dengan apa yang Islam nak..apa yang Allah dah gariskan.


Kalau terlupa, jangan melenting bila ada yang mengingatkan. Ucapkan ‘trimas’ kepada mereka..sebab mereka sayang lah mereka mengingatkan..kan kita sama-sama nak masuk syurga Allah..?


Kalian bagaimana? Mahu masuk syurga tak?? Jom usaha sama-sama!