3/20/2010

PERKONGSIAN: LEEDS DAY 1


=BERMULA=


Jaulah 3 hari 2 malam ke Leeds bermula. Mengikut perancangan asal, mahu bertolak jam 1 pm tapi akibat sikap ‘berlengah-lengah’ Bunga dan Cik Yam, jadi kami pun gerak jam 2 pm menuju ke ‘train station’.


Aduhaiii...bas lambat yang amat daripada jadual..dah la hujan mencurah-curah (maklumlah..dah ‘start’ spring season)..sejuk dan basah..dipendekkan cerita..kami kelewatan dan terlepas train !! (tiket kami kul 3.23pm tapi kami smpi 3.49pm)


Cik Yam: Alamak..ticket kita ni fix la. Memang kena naik ikut waktu. Kita dah terlambat ni..

Bunga: Hah?? Kata boleh naik train after tu, apasal boleh jadi fix time plak?? Maknanya kena beli tiket baru ke?? Ya Allah..

Cik Yam: Tak pe, kita tawakal pada Allah. Semoga lepas la kita naik next train tu..huhu..


*Masa ni Bunga da berangan nak beli ‘prawn pasta’ kat kedai depan entrance masuk train line tu tapi sebab cuak nye pasal..terus kuabaikan..ohh...


=ALLAH SAYANG KAMI=


Masa tunggu train Leeds tu..masing-masing muka cemburut (kelat). Huhu..lagi-lagi Bunga..dok fikir, ni lah akibatnya berlengah..silap-silap kena beli tiket baru..mahu cecah 100pounds tu! Aduhai...ya Allah..ampunkan kami atas kelalaian kami..kami tidak menghargai masa yang Kau beri..(masa ni air mata dah menitis sikit tapi sebab nak cover ‘macho’ depan Cik Yam, cepat-cepat kesat..)


Bila nampak je train ke Leeds tiba, kami bergegas naik. Dipendekkan cerita, kakak cantik yang ‘check’ tiket kami tu senyum je! Subhanallah!!!! Allah memang sayang kami! Allah beri kami peluang sekali lagi..Allah dah permudahkan urusan kami..


..Alhamdulliah wa syukrillah..

..Allahumma yassir wa la tua’ssir..


=..JIWA SEORANG MUSAFIR..=


Memang Bunga lega yang amat! Senyum sokmo la lepas tu..dalam hati, terdetik..

“Allah dah izin aku ke Leeds..jadi kena ambil manfaat sebaiknya!”


Tapi kan, memang Bunga rasa bersemangat sungguh! Serius ni! Tak sabar nak dengar pengisian pasal isu Palestin ni! Leeds..wait for me!!!


Hah..buat kawan-kawan yang suka bermusafir ni, amik la peluang bermusafir ni untuk berdoa. InsyaAllah doa seorang musafir di jalan Allah ni (insyaAllah) mustajab. Jadi, doa banyak-banyak..minta Allah mudahkan urusan..minta Allah lapangkan dada..minta Allah beri kejayaan dunia yang mampu bawa kita semua ke arah kejayaan akhirat!


(..dan juga ya Allah..kurniakan aku jodoh terbaik untuk diriku..yang melengkapi kekuranganku..yang mahu membantuku dan bersama dengaKu dalam mencari redhaMu..ameenn ya Rabb..ya Mutakabbir..)


Hah..mula-mula Bunga dok leka baca buku, pastu terlintas nak tegur Cik Yam..

‘Cik Yam, macam mana sahabat yang accident aritu? Dah sedar dari koma ke??’


Cik Yam pun mula bercerita...dan ini ceritanya..


=UJIAN HEBAT UNTUK INSAN BERJIWA HEBAT=


Kawan Cik Yam ni eksiden. Boleh klik sini kalau nak tahu kisah ‘detail’.


Allah izin, sahabat ni masih koma..mukanya cedera teruk..dan nikmat penglihatan sebelah matanya telah ditarik Allah..dan pembedahan perlu dilakukan untuk betulkan struktur wajahnya..dan amat berisiko kerana terlalu dekat dengan otak..apa pun oleh terjadi jika Allah izin..


Subhanallah..hebat ujian yang Allah bagi..dan Bunga pasti, begitu hebat juga jiwa insan yang diuji ni..


Jujurnya, Bunga tak kenal langsung siapa sahabat ni. Tapi berdasarkan perkongsian Cik Yam, sahabat ni insyaAllah seorang pemuda yang soleh..yang taat kepada ibu bapanya..yang bersungguh dalam usaha berda’wah..yang menjaga peribadinya..


Jiwa orang hebat..maka ujiannya juga hebat..itu yang Bunga lihat! Bunga tak dapat bayangkan jika perkara yang sama berlaku atas Bunga..


..Adakah Bunga mampu hadapi..? Adakah Bunga boleh menerima hakikat ditarik nikmat lihat..? Adakah masih kukuh nikmat iman yang Bunga pegang sehingga hari ini..? Ya Allah..Kau mengetahui keupayaan hambaMu..Kau mengetahui apa yang terbaik untuk setiap isi ciptaanMu..


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

[Al-Baqarah:286]


Si ayah dan ibu sahabat itu..sangat tabah! Ya..sangat tabah..si ibu masih mampu mengukir senyuman walaupun hatinya pasti pilu memandang si anak yang terlantar..si ayah,walaupun sedikit resah tapi memapar wajah tenang..supaya keluarga dibawah pimpinannya juga berasa tenang..subhanallah..Allah beri ujian hebat, tapi mereka jadikan ujian itu sebagai sumber kekuatan..memperkuat keimanan..menambah kuat tahap pergantungan!


“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman

[Ali-Imran:139]


Mm..sama-sama kita doakan agar Allah memberikan yang terbaik kepada sahabat ini..doakan juga agar keluarga sahabat ni tabah dan terus kuat untuk hadapi ujian ini..Bunga yakin, mereka yang diuji ini adalah mereka yang terpilih..dan insyaAllah semoga mereka berjaya..kerana pastinya,kejayaan itu nanti ini akan menjadi saham untuk ke syurga!


“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan pelbagai cobaan) sehingga rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya berkata ‘Bilakah datang pertolongan Allah?’. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”

[Al-Baqarah:214]


Sepanjang dalam train, rasa terisi jiwa walaupun hanya berdua masa tu..dok leka berkongsi pelbagai cerita, sedar tak sedar, kami dah sampai Leeds!




=HUDHUD=


Kami naik teksi dan..jeng3!!!


Sampai juga rumah HUDHUD! Aha..rumah ni dipanggil Hudhud. Signifikannya? Meh nak cerita sikit! Burung hudhud ni kecil je tapi peranannya amat besar!Nak lagi ‘detail’ kena la ‘check’ Surah An-Naml!


Syok sangat-sangat dapat jumpa adik-adik ni! Hah..terima kasih kat adik Ainol Suraya, kami dok di Hudhud ni pun atas jemputan adik Ainol. Aduhai, ni kali pertama bersua muka, tapi rasa macam dah kenal lama! Rasa dekat..insyaAllah hati tertaut diikat iman..dan semoga Allah memperkuat ikatan hati kami..


Mmm..banyak lagi nak bebel tapi cukup sampai sini dulu. Tak sabar tunggu esok!!

2 comments:

Ameen Muslim said...

salam.
pertama, alhamdulillah. ALLAH SWT telah mmpermudahkan urusan cik bunga walaupun menghadapi masalah pada mulanya.
kedua, semoga ALLAH SWT meringankan beban penderitaan kpd pemuda soleh itu dan menggantikannya dgn ganjaran yg lebih besar di akhirat kelak.

Seri Bunga said...

wsalam..doakan pemuda td diberi ganjaran..diberi kekuatan..insyaAllah smoga ujian itu menambah iman