
=SEJARAH YANG BERULANG=
Menyelak lembaran seerah, saat mula-mula Islam baru melebar tapak di Mekah, terlalu banyak cercaan dan cemuhan yang diterima oleh orang-orang Islam daripada manusia-manusia jahiliyyah. Islam itu asing bagi mereka. Maklum sahaja lah, Islam pada waktu itu adalah sesuatu yang baru..jadi pasti ada manusia yang tidak mampu menerima dan memusatkan perubahan dalam kehidupan mereka.
Akan tetapi, sedarkah kalian bahawa situasi itu adalah apa yang terjadi hari ini? Buat manusia-manusia yang memilih untuk mnegambil Islam sebagai sistem kehidupan mereka, ada sahaja cemuhan dan kata-kata yang merendahkan keluar daripada mulut manusia disekelilingnya.
=SUARA SUMBANG=
Melihat mereka yang berketayap, ada yang berkata:
“Jadi ustaz la konon tu”
..dan yang memandang perempuan berjilbab labuh, terdengar bunyi sumbang:
“ Alah, bajet alim solehah la tu”
Yang ‘kartunnya’, suara-suara sumbang ini datangnya dari manusia yang dinamakan dengan nama Islam, dan mengaku diri mereka menganut Islam!aha..jadi,adakah wajar untuk kita merasa tersindir dengan bicara mereka? Wajarkah kita berkecil hati dengan mereka?
Jujur Bunga katakan.. Bunga berdepan dengan segolongan manusia begini. Ya..dan ia berlaku sehingga kini. Masa awal-awal dahulu, perasaan sedih, kecil hati atau apa yang manusia hari ini definisikan sebagai ‘feeling down’, semua tu berbaur dalam hati Bunga. Tapi perlahan-lahan, ia berubah menjadi perasaan simpati,kasihan pada mereka. Sungguh kasihan sebenarnya pada manusia begini..
=MEREKA ITU MANUSIA JAHIL=
Kerana mereka sudah ada Islam itu, tapi mereka gagal merasa manisnya Islam..mereka sudah ada Deen terbaik tapi hati mereka masih belum mampu merasa nikmat Islam itu…kasihan mereka..mereka ini manusia jahil..kejahilan menyelubungi jiwa mereka.
Firman Allah:
“Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka (orang-orang yang beriman) mengucapkan kesejahteraan”
[Al-Furqan:63]
Jelas bukan.. Allah menggelar mereka-mereka yang menyelar,mencemuh,menghina manusia lain yang mengambil Islam sebagai cara hidup mereka sebagai MANUSIA JAHIL. ..mereka jahil pada agama mereka sendiri!
Islam itu..aplikasinya secara menyeluruh. Bukan sekadar pada NAMA, bukan sekadar di pentas IBADAH atau setakat secara TRADISI, malah ia istimewa dan lebih dari itu! Kewujudan manusia-manusia yang tak berhenti ‘mengomel’ melihat penonjolan Islam dari variasi aspek sebenarnya menyebabkan system Islam yang sebenar seolah-olah SALAH BESAR dan mereka lah yang benar-benar BENAR.
“Dan barangsiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, maka dia tidak akan diterima, dan dia di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi”
[Ali Imran ayat 85]
Kerugian yang jelas andai kita menolak Islam dan pengamalannya dalam kehidupan hidup kita. Mengata dan merendahkan lelaki yang berkopiah atau perempuan yang bertudung litup sama seperti anda merendahkan Islam itu sendiri. Mereka berusaha menjaga diri tapi masih ada yang yang menyimpan rasa benci..bukankah itu indikator bahawa Islam dalam jiwa mereka tidak berfungsi dengan sempurna?
“Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk, dan agama yang benar untuk diunggulkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”
[At-Taubah:33]
Lihat sendiri..Allah dah kata Islam itu agama yang benar, agama yang sempurna..tapi mengapa manusia masih menolak Islam sebagai system kehidupan mereka?
Kerana nafsu..ya,kerana nafsu. Kerana system Islam itu yang mengawal nafsu, bukan sebaliknya. Jiwa kita dididik bahawa bukan SEMUA keseronokan dunia itu boleh digunakan..dan jika boleh diguna pun,ada cara dan limitasinya. Semuanya sudah disusun cantik sebenarnya. Akan tetapi, manusia yang jiwanya dikuasai dengan semangat cinta pada dunia akan berusaha sedaya upaya menolak dari menggunapakai Islam sebagai sitem hidup mereka. Jadi, tidak hairan jika tegar untuk merendahkan dan menyindir manusia lain yang cuba mengaplikasi Islam dalam hidup mereka.
=KONKLUSI=
Sebab itu Bunga katakan..kasihan pada mereka. Mereka dikurniakan Islam tapi gagal merasa kemanisannya. Bunga sudah lali mendengar suara begini..kadang-kadang mahu sahaja Bunga bisikkan pada manusia-manusia ini..
“Kasihan kalian..deria ‘rasa’ kalian cacat!”
Jadi..buat manusia-manusia lain yang sering rasa ‘down’ bila dikutuk dan dicaci saat cuba mengubah diri menjadi pengamal Islam yang sebenar, Bunga cadangkan..
ABAIKAN SAHAJA SUARA SI JAHIL ITU..
..teruskan usaha menunjukkan qudwah yang baik pada mereka..mana tahu hati-hati mereka ‘tersentuh’ oleh itu. Jangan lupa terus-menerus berdoa..Allah tahu kemampuan kita.
Jangan rasa rendah bila mengamal Islam, malah gantikanlah denga rasa izzah!