11/22/2010

NOTA JIWA: CORAT CORET RASA

Pertama dan selamanya, segala puji bagi Allah, Illah dan Rabb yang Maha Tinggi, Pengasih dan Pengampun..tanpa belas kasih serta limpahan rahmatNya, mana mungkin kita tersenyum gembira hari ini. Buat yg sedang bersedih, ketahuilah olehmu bahawa Allah sedang membuka ruang untuk peningkatan darjat kamu. Dan teruskanlah berusaha..teruskanlah meminta padaNya..dan pasti,lipat gandakanlah ubudiyyah menyembah sujud padaNya..tanda syukur, tanda kerendahan diri kita padaNya.

Alhamdulillah,setelah hampir 4 bulan menghadap ‘dissertation’, akhirnya sempurna tertulis segala isi minda Bunga berkaitan dengannya. Semoga najah wahai Bunga (sama-sama ameenkan ya kawan-kawan). Semoga najah wahai sahabat-sahabat Marjonians! Semoga kejayaan kita bukan hanya beri ‘cahaya’ pada diri kita malah pada masyarakat, pada ummah! InsyaAllah.

Dan ini menandakan..hanya tinggal sebulan lagi Bunga di bumi permaisuri UK ini..aduhai, rasa cinta pada keindahannya..rasa cinta pada penduduknya..dan yang terasa sekali,rasa cinta pada simbahan tarbiyah Islami yang Bunga peroleh disini..longgokan cinta ini menambah rasa cinta Bunga pada Robbul Jalil..Maha Suci Allah yang meminjamkan keindahan pada manusia, melontarkan keceriaan pada jiwa-jiwa penghuni dunia. Tapi pertemuan pasti akan bertemu perpisahan..

Sedih rasanya nak pulang ke Malaysia..kerana perpisahan dengan adik-adik kecintaan Bunga, dengan sahabat sahibah, dengan suasana Plymouth yang permai damai sentosa. Juga tercalit rasa bimbang untuk berdepan dengan situasi di Malaysia. Dengan politiknya (huhu), dengan sosialnya, dengan masyarakat. Ya..saya gementar. Gementar kerana tanggungjawab di bahu menuntut pelaksanaan ke atasnya. Keluarga memerlukan Bunga, jiran-jiran memerlukan Bunga, masyarakat perlukan Bunga. Itu yang Bunga rasa..dan saya..layakkah bersama membantu dan membangunkan mereka? Apakah kualiti yang saya ada? Cukupkah jiwa saya melalui proses yang sepatutnya? [banyak lagi persoalan..tapi biarlah tanpa terjemahannya)

Dan pasti, rasa gembira yang berganda-ganda. Kerana akan bersama keluarga..akan terus berada di tanah air tercinta..dan bakal membina keluarga *wink2* (insyaAllah). Berdebar-debar..tapi seronok. Berdebar-debar untuk menjadi cikgu..ya, Bunga berdebar berbaur seronok sebenarnya (dan sambil menaip ni,tersenyum amat lebar!). Semoga Allah permudahkan. Ini semua hanya perancangan..semoga Allah izinkan ia berjalan lancar.

Kalau kalian perasan, segalanya Bunga kaitkan dengan perasaan. Ya..perasaan pinjaman Allah. Perasaan ‘excited’, seronok, perasaan sedih, perasaan cinta, perasaan rindu. Allah izin, semua bauran perasaan ni Bunga sedang rasa (saat menaip ni pun, rasa jantung berdegup amat laju..). Tapi adakah ianya tiada apa-apa?Adakah ianya sia-sia?

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka [Ali-Imran:191]

Perasaan pinjaman Allah ini bukan diberi saja-saja. Alllah mahu menguji manusia, sejauh mana kita manfaatkan perasaan yang dipinjamkan olehnya. Kalau bersedih, apakah kita menambah jarak denganNya..atau kita mengensot pulang mendekatiNYa? Andai kata gembira, adakah hati, lidah dan amal memapar syukur? Bila mana kita merasa cinta, adakah kita menghalakannya ke arah jalan syurga, atau membina jalan ke neraka? Tepuk dada, tanya jiwa..biarkan IMAN yang melontar suara!

Indahnya jiwa mu’min ini..segala apa yang dia lakukan, semuanya ibadah. Mengawal perasaannya sendiri juga adalah ubudiyyah dia pada Penciptanya. Kerana jiwa mu’min dan muttaqin ini sentiasa mahu memastikan segalanya parallel dengan apa yang Allah mahu. Segalnya tanpa ada sebarang pengecualian! Adakah jiwa kita begitu? [wahai Bunga...sila rasa cemas!].

Baikla..sekadar coretan pencetus semangat untuk kembali menulis..insyaAllah,lepas ni boleh ‘update’ blog sentiasa.

Mohon doa dari kalian..doakan Bunga berjaya mempergunakan dunia untuk menggapai akhirat.

Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka KEBAHAGIAN dan tempat kembali yang baik [Ar-Ra’d:29]

~sama-sama pimpin tangan ke syurga Allah~

0 comments: