10/19/2010

PERKONGSIAN: KAHWIN OH KAHWIN...






Artikel ni..dah lama dah Bunga tulis. Cuma atas sebab-sebab tertentu, Bunga sengaja tangguhkan hajat untuk ‘post’ ke blog...semoga beroleh manfaat!

PERINGATAN!! INI HANYA PENDAPAT BUNGA, JANGAN ADA PLAK YANG ‘TEMBAK’ BUNGA LEPAS BACA YE..


-------------------------------------------------------------------------------------


Satu hari, Bunga ditanya oleh seorang teman, lebih kurang macam ni soalannya:


“Apa pendapat awak tentang pasangan yang berlainan jemaah?”


Dan jawab Bunga ringkas:


“Tak ada masalah, ok je”


Tapi si teman pula berkata:


“Kalau saya, saya mahu pasangan saya sama-sama satu jemaah dengan saya”


..dan Bunga sedikit tersentak..


Satu persoalan timbul :


“Dalam soal jodoh, isu jemaah pun dijadikan pertimbangan kah?”


=DA’WAH DAN JEMAAH=


Buat mereka-mereka yang dah lama menjalankan usaha-usaha da’wah secara serius dan khusus ni, Bunga amat yakin mereka sudah arif dengan istilah jemaah. Dan buat Bunga yang masih dalam fasa ‘bertatih’ ni, Bunga melihat jemaah itu sebagai satu ikatan..satu wasilah..wasilah untuk berada dalam suasana tarbiyah yg lebih tersusun, sistematik, terancang, secara bersama..[sila betulkan andai tanggapan Bunga salah]


Kali pertama hati Bunga tersentuh dengan da’wah, itu yg Bunga alami. Bunga dipertemukan dengan sahabat sahibah UK yang begitu menjaga perilaku dan akhlaq, mengamalkan Islam dalam kehidupan berkeluarga..segalanya secara beramai-ramai..dalam kumpulan yang besar..dan Bunga rasa terdidik dan diberi bantuan dalam proses tarbiyah itu..bukankah itu yang dipanggil ‘aplikasi jemaah’??


..dan pastinya, bila duduk dalam satu kumpulan atau jemaah yang besar ini, kekuatan akan dapat dibina..kerana apa? Kerana ukhwah yang terbina terikat kuat, adanya yang menyokong saat jatuh..kesalingan itu berfungsi..kelemahan itu dibaiki..


Dalam erti kata lain..ada ‘tangan-tangan’ yang disalut ‘rasa kasih dan cinta’ yang sentiasa memegang kita disaat berkecamuk dengan ujian ataupun fitnah dunia!


"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada

kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegab dari yang mungkar;

merekalah orang-orangyang beruntung."


(Ali Imran: 104)


Dan apa matlamat asas dan utamanya?? Membantu kita bergerak mendekati Allah..bergerak ke arah jalan menuju syurga Allah.


Bagi seorang dai’e (dan kitalah dai’e-dai’e itu insyaAllah)..jemaah ini beri kemudahan dalam urgensi kita menjalankan tugasan da’wah. Ya..jemaah itu memudahkan..memudahkan kita dalam rangka ubudiyyah pada Allah..memudahkan proses da’wah dan tarbiyah..memudahkan proses membentuk jiwa-jiwa manusia.


Jadi, untuk istiqomah dalam melaksanakan kebaikan juga akan lebih mudah bukan?


Itu konsep jemaah yang Bunga pegang dan yang Bunga faham.


=JEMAAH DAN PERKAHWINAN??=


Jadi..apa bezanya jemaah-jemaah yang wujud sekarang ni?


Jalan dan strategi! Ya..itu yang beza. Matlamat dan objektif pasti dan perlu la sama kan?


Jadi, perlukah isu ‘sama jemaah’ ini dijadikan pertimbangan dalam membina baitul muslim? Di manakah relevannya?


Setiap individu punya pendirian sendiri. Dan ini pula pendirian Bunga.


=PERKAHWINAN=




Definisi perkahwinan ni, Bunga tak mahu nak hurai panjang, sebab Bunga hanya faham secara teori dan belum lagi di medan ‘pembumiannya’.


Ringkasnya, perkahwinan in ubudiyyah pada Allah. Yang itu sangat jelas.


Sesetengah jamaah menggalakkan perkahwinan dalam jamaah yang sama. Kerana ia memudahkan proses da’wah itu kerana pasangan itu memahami tanggungjawab dan tugasan masing-masing.


Tapi ANDAI kata pasangan itu berlainan jamaah, perkahwinan tak boleh berlangsung kah??


Pastilah BOLEH! Kerana siapa pun Muslim atau Muslimah itu, perkahwinan itu dibenarkan syara’. Dan bila mana syara’ membenarkan, tak kisahlah berbeza jamaah sekalipun, perkahwinan itu andaikata berlaku adalah SAH!


=..TAPI KENAPA??=


Kata teman Bunga ni ..(analogy yang dia beri pada Bunga):


“Cuba bayangkan..suami isteri ni nak balik kampung. Katakanlah daripada Melaka ke Johor. Si suami nak ikut jalan A, si isteri pula jalan B. Padahal destinasi sama. Tak ke GILER namanya?”


Jelas pada mata Bunga..bagaimana ada individu-individu yang begitu ‘memandang’ isu ‘jamaah’ ini sebagai isu ‘pokok’ dalam membina bait Muslim.


Hey..tak boleh la macam tu. Kalau pasangan yang kamu temui itu seorang yang soleh/solehah dan istiqomah dalam da’wah, cuma berbeza jamaah..adakah anda akan terus memilihnya atau mengetepikan dia dengan alas an ‘AHH..TAK SAMA JAMAAH..MANE BOLE..SUSAH NANTI!’


Apa yang susah nya?? Entah..Bunga pun tak tau sebab Bunga tak nampak sebarang kesusahan.


Memang Bunga tak nafikan, kahwin dalam satu jemaah itu akan menambah mudah usaha da’wah..tapi kalau la lain jamaah, bukanlah bermakna ianya akan menyusahkan!


Lain orang, lain pandangan..tapi itulah pandangan Bunga.


=KONKLUSI=


Bak kata murabbi Bunga ‘


'Jamaah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya dapat diraih untuk kemenangan Islam dengan berjamaah, tetapi syarak utamanya mestilah syarak didahulukan dalam sikap, pemikiran, keimanan dan perbuatan kita'


..renung-renungkan..selamat ber’kahwin’! woohaa!


p/s: masa murabbi Bunga ‘share’ pasal kawin jamaah ni dengan Bunga, dia tak kawin lagi. tapi sekarang dah senyum lebar dah..hihi..maklumla,dah ada zaujah di sebelah..tahniah Bunga ucapkan!


PERKONGSIAN: 40 HARI YANG BERMAKNA

=SETELAH SEKIAN LAMA..=


..dan akhirnya kini Bunga kembali menulis untuk blog Bunga. Sepanjang tempoh masa ini, banyak yang Bunga belajar, banyak yang Bunga lalui, banyak perkara yang Bunga perhati..dan tempoh ini Bunga panggil ‘tempoh pertapaan’



=SUNGGUH BERMAKNA=


Dalam banyak-banyak perkara, percutian musim panas Bunga ke MALAYSIA adalah yang paling memberi makna pada Bunga. Dapat bertemu keluarga setelah sekian lama adalah sesuatu yang sanagt ni’mat. Alhamdulillah wa syukrillah..ni’mat pinjaman Allah yang sangat-sangat bernilai pada Bunga.



Sepanjang percutian selama 40 hari itu, banyak perkara yang Bunga sempat buat. Antaranya ialah:


-duduk ‘bertapa’ dengan senior-senior kecintaan di IPBA. Sempat ‘menimba’ ilmu dan tips serta mengisi jiwa Bunga dengan peringatan-peringatan penuh kasih sayang.


-bertemu Ruqayyah, gadis comel yang Bunga kenal di FB. Pertama kali bertemu, jatuh cinta dan kasih pada ruqayyah..berbuka puasa dengannya dan makan durian setelah sekian lama bersama-samanya!


-bertemu sahibah-sahibah baru..kak niza, kak nina, kak khairiah, kak nusaibah, kak azah (yg baru dapat baby!), kak husna, kak Fatimah, err..ada lagi sorang tapi terlupa plak namanya..yang ‘best’ skali, dapat berbuka puasa sama-sama, berbual-bual perlbagai perkara..alhamdulillah! [terima kasih sebab meraikan kepulangan Bunga ke Malaysia, datang beraya ke rumah..semoga Allah redho dengan ukhwah yang terbina!]


-bersua muka dengan kak maidah..kakak yang sangat ‘sweet’ dan sempoi! Sempat ‘shoping’ raya bersama dan berbual segala benda! Seronok!! [..dan juga, kami sempat berkongsi pelbagai ‘rahsia jiwa’..hihi]


-bertemu kawan-kawan sekolah rendah yang pelbagai ragam! Perubahan yg positif..dan Bunga semakin kasih pada mereka..


-menghadiri perkahwinan kakak kecintaan Bunga, kak nabilah dan zaujnya ustaz husni Mubarak. Kakak saya sangat cantik dan ceria wajahnya..dan Bunga tumpang gembira (dan juga cemburu..hihi..).


-Singgah ke rumah teman kesayangan Bunga, nadiah yang melangsungkan pernikahan. Walaupun tak sempat nak tengok akad nikahnya, tapi wajahnya yang jelas nampak berdebar pasti tersenyum lega bila selesai akad nikah (kan nad??hehe..)


-pergi beraya ke Johor. Pertama kali bersua dengan keluarga bakal kakak ipar..dan hidangan makanan yang mereka sediakan memang lazat! Terima kasih kak yuhana!


-pergi ke UMP Gambang untuk menghantar adik. Dan Allah izin, Bunga dan keluarga pergi beraya ke rumah jiran lama yang Bunga dah tak jumpa selama 14 tahun! Subhanallah!!sangat-sangat menggembirakan hati!


=..UJIAN PASTI ADA..=


Dalam kegembiraan itu, tercalit juga kedukaan...yang sampai hari ini masih terasa dan terkesan. Benarlah.. manusia merancang tetapi kita tidak beriman dengan perancangan..kerana sehebat-hebat Perancang adalah Allah..


Peristiwa yang berlaku memang diluar jangkaan. Bunga rasa tak perlulah Bunga ceritakan, mungkin juga nanti ada pihak yang terasa aib. Apapun, Bunga mohon doa kalian yang membaca..doakan Bunga semoga dipermudahkan dalam setiap urusan..


Sungguh, ujian itu menguatkan..ujian itu medan melipat gandakan kesabaran.


=SYUKRAN ALAIKUM=


Terima kasih pada kalian yang dah mencampak benih-benih kegembiraan pada Bunga..Terima kasih pada mak yang dah bersusah payah memenuhi segala hajat Bunga (terutama bab makanan..huhu..terharunya..) terima kasih pada ayah yang begitu sabar membawa Bunga ke sana ke mari..Terima kasih pada sahibah-sahibah yang ramah menghulur tangan untuk membina ukhwah..terima kasih pada kawan-kawan yang berkongsi pelbagai manfaat dengan Bunga..


Dan Bunga pasti akan merindui kalian..seperti saat ini..


p/s: tak sabar nak balik lagi! ya Allah, izinkanlah aku bertemu dengan mereka-mereka ini..tambahkanlah cinta-cinta antara kami agar cinta-cinta kami bersatu demi mencintaiMu..

7/14/2010

PERKONGSIAN: BILA SEBUT PASAL SABAR..



Ada saatnya, kita merasa seolah-olah dunia menghimpit..kita rasa tersepit..ada juga saat,kita merasakan seolah-olah ujian bertali arus..terlalu banyak masalah..bertimpa-timpa barangkali..

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..”

[Al-Baqarah:45]



‘Highlight’ Bunga kali ini..SABAR.


Sabar dalam kesusahan..juga sabar dalam kesenangan



=DI SEBALIK SABAR ITU..=


Ibnu Qayyim melihat SABAR itu sebagai berHENTI daripada berputus asa dan cemas, mengHENTIkan lidah daripada keluh kesah dan mengHENTIkan segala tindakan sia-sia di saat tertekan atau bersedih.


Kata kuncinya.. HENTI. Ya..simpulan ringkas, sabar itu mengHENTIkan!


Amr ibn Uthman al-Makki pula memandang sabar itu sebagai usaha mendekatkan diri pada Allah dan menerima segala ujianNya tanpa sebarang keluhan atau kesedihan..seperti mutiara kata Saidina Ali..


“Kesabaran itu bermakna memohon pertolongan Allah”




=DI MANA PERLUNYA SABAR ITU?=


Tiga ‘area’ yang memerlukan sabar..


1) Sabar dalam mentaati Allah


Pada Bunga..inilah bahagian yang paling menguji kesabaran. Mentaati Allah..maksudnya kita melakukan segala apa yang Allah mahu kita lakukan secara konsisten atau istiqomah, ikhlas dalam berubudiyyah padaNya, dan melakukan segala itu berdasarkan ilmu yang sohih.


Tanpa istiqomah, ubudiyyah kita itu TIADA MAKNA!


Hatta istiqomah sekalipun, kadang-kadang keikhlasan kita goyah..adakah apa yang kita lakukan ini semata-mata kerana arahan atau benar-benar kerana Allah dan dalam rangka mentaatiNya? Dan adakah ibadah yang kita lakukan itu parallel@selari dengan Sunnah Rasullah?


Pada Bunga, inilah yang perlu kita persoalkan pada diri..dan perlu SABAR dalam rangka memastikan ibadah yang kita lakukan itu punya nilai disisi Allah dan ianya tidak sia-sia!


‘Dan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan,sungguh mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik orang yang berbuat kebajikan. Iaitu orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.

[Al-Ankaboot:58-59]


Lihat..Allah janji syurga! Pada siapa?pada orang-oarang beriman yang punya sabar dalam jiwa mereka..dan kita? Tak mahu menggapai syurga Allah itukah??


2) Sabar dalam menjauhi ma’siat


Mm..satu bahagian yang acapkali dilalui bukan sahaja yang muda malah yang berusia juga. Ma’siat! Ya..ma’siat sana sini..yang mana nafsu amat menyukainya,dan syaitan beria meraikannya!


Bersabar dalam menahan gelojak nafsu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Ketakutan pada hukuman Allah pada pembuat-pembuat dosa dan perasaan malu pada Allah kerana menyalahguna ni’mat pemberiannya adalah kunci dalam proses pembinaan sabar ini!


Namun, ibarat kata Ibnu Qayyim,

“Mereka yang menjauhi ma’siat kerana malu dengan Allah adalah jauh lebih baik daripada mereka yang menjauhi ma’siat kerana takut pada hukuman Allah


Kenapa?? Kerana mereka yang malu pada Allah ini meletak Allah dalam hati,dalam pemikiran dan setiasa meletakkan Allah sebagai yang teratas. Mereka sentiasa mahu memastikan Allah redho dengan mereka, dan perasaan malu itu yang menjadikan mereka begitu.


Dan kita pula..ada rasa malukah?


3) Sabar dalam ujian


Sehebat mana pun ujian, Allah menjanjikan kemudahan untuknya..


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu, pasti ada kemudahan. Sesunggunya bersama kesulitan itu ada kemudahan”

[Asy-Syarh:5-6]


Fitrah si mu’min..yakin pada janji Allah secara padu,tanpa goyah dan ragu.


Mereka berusaha membina rasa sabar tatkala diuji kesusahan. Mereka bergerak usaha untuk keluar daripada kesusahan itu dengan jalan-jalan yang Allah mahu.


Dan bila diuji dengan ujian kesenangan, mereka bersabar menahan diri daripada dikuasai nafsu.


Bagaimana caranya? Dengan mengingati,menghargai dan mensyukuri segala ni’mat yang Allah dah beri pada kita!


Teringat pada kata-kata lembut Kak Zu (kakak yang sangat-sangat Bunga sayang):


“Ujian tu terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan segala ni’mat yang Allah dah beri selama ni. Takkan hanya kerana ujian kecil itu, kita lupa pada pemberian Allah yang banyak tu?”


Memang..pasti akan ada yang bersuara..

“Cakap memang ar mudah. Tapi nak buat, susah!!”


Hah..pernah ke Bunga kata..

NAK SABAR NI,MUDAH JE. SEBUT JE SABAR 40 KALI, MESTI BOLEH SABAR PUNYA AR!”


?? Tak pernah kan?


Semua itu perlu dibina. Dan masanya bergantung pada diri dan usaha seseorang. Dan pastinya, atas keizinan Allah juga.



Jom..kita tengok seerah manusia yang punya tahap sabar yang tinggi!


=SEERAH MEREKA-MEREKA YANG SABAR INI=


*Nabi Muhammad S.A.W*


Sejak awal kerasulan Baginda, pelbagai tohmahan, caci maki, kekasaran diterima Baginda. Lebih daripada itu, saudaranya sendiri, yakni Abu Jahal dan Abu Lahab adalah antara mereka-mereka yang tak henti-henti menyakiti Rasulullah. Dan kesabaran Baginda menjadi kunci kekuatan Baginda. Kerana keyakinan, keimanan Baginda tak pernah goyah pada Allah hatta seinci pun!


Refleksi diri: Agak-agak kalian, kalian mampu bersabar kah andai kata seorang kanak-kanak kecil berusia 5 tahun datang dekat dan tiba-tiba cucuk jari anda dengan pensel? Atau terhambur kata-kata amarah dari bibir kalian?


*Nabi Ayyub A.S.*


Masih ingatkah kalian akan kisah Nabi Ayyub? Seorang lelaki yang kaya raya..banyak kambing, biri-biri, tanah, dan ramai orang suruhan..punya anak-anak dan isteri. Namun segalanya hilang setelah Nabi Ayyub ditimpa penyakit..sehingga yang tinggal sihat hanyalah lidah dan hatinya. Lidah dan hati yang tak henti-henti mengingati Rabb yang berkuasa..Allah SWT!


Teringat Bunga pada sabda Rasulullah:

“...seseorang itu diuji mengikut keteguhannya pada agamanya (Islam). Semakin kuat pegangannya pada agamanya itu, semakin kuat dia diuji”

[At-Tirmidhi dan Ibnu Majah]


Kesabaran yang teruji..namun itulah ruang peningkatan tahap keimanan!


Refleksi diri: Teringat pada kisah teman kepada teman Bunga..yang mana ni’mat sebelah penglihatannya Allah ambil semula..dia begitu sabar, malah mampu tersenyum dan tenang dalam biacaranya. Katanya, ini ujian kecil Allah padanya. Subhanallah..sabarnya mengkagumkan Bunga..dan Bunga malu dengan diri sendiri, sakit yang sedikit pun kadang-kadang menitik air mata..mm..



=IBU..LIHATLAH SABAR YANG MEREKA ADA=


Jujur Bunga katakan..ibu/ummi/mak itulah contoh manusia sabar yang paling dekat dengan kita. Mak Bunga sendiri..seorang surirumah sepenuh masa. Insan tua yang begitu Bunga cinta inilah yang Bunga selalu pandang sebagai manusia yang sangat-sangat sabar...kalian tahu kenapa? Meh Bunga nak cerita..dan Bunga yakin, hampir semua ibu juga sabar seperti mak Bunga ini.


Rutin mak setiap hari..bangun sejurus masuk waktu solat Subuh..menyiapkan sarapan anak-anak dan ayah..mengemop lantai rumah..siram pokok bunga..sapu sampah keliling rumah. Mak juga ambil upah jaga anak-anak jiran..yang masih kecil,perlu dimandi dan disuap makan. Lepas tu kena memasak, tak boleh nak lengah-lengah sebab nanti ayah, adik-adik dan anak –anak jiran pulang,semua kelaparan nak makan..


..tapi kerja mak bukan setakat tu je. Kalau yang lain tidur dan berehat setelah makan, mak tak rehat lagi. Kadang-kadang mak jahit baju. Adakala, mak letih sangat, hampir terlena bila duduk-duduk melayan anak-anak kecil jiran. Baru nak lena,si kecil nak terbuang air pula..terus mak tak jadi tidur. Kesian mak..


Menjelang petang, mak buat minum petang..lepas tu mak kemaskan kebun di depan rumah. Bila malam, mak panaskan lauk pauk, mak siapkan hidangan untuk ayah, kemudian lipat baju..dan bila selesai segalanya, baru mak berehat sambil menonton TV..tapi badan mak sangat-sangat letih..mak terlena...


...itulah rutin mak Bunga..seorang mak yang dah tua tapi dikuatkan dirinya seolah-olah masih muda..


...mak memang sangat sabar. Setiap hari buat rutin sama. Kalau kalian, kalian rasa macam mana?


..dulu Bunga tak faham, kenapa mak selalu berleter bila kami adik beradik malas nak tolong mak lipat baju ke, tolong potong sayur ke..


..tapi sekarang Bunga faham..mak kepenatan. Mak tak harap pertolongan anak-anak, mak cuma harap anak-anak mak faham kepenatan mak..dan menghargai pengorbanan mak..


Teringat Bunga pada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab terkait isterinya..


“..isteriku yang menyiapkan makananku, pakaianku, mendidik anak-anak, mengerjakan segala tugas yang sebenarnya bukan diperintahkan oleh Allah baginya. Kenapa aku tidak mampu, kalau hanya mendengar leteran isteriku?”


..melihat mak, Bunga jadi sayu..Bunga jadi kagum..betapa sabar dan mulianya jiwa seorang mak. Sabar dalam buat rutin yang sama setiap hari..


..suami kalau bercuti, memang bercuti sungguh..tapi mak tak cuti..malah bertambah lagi kerja kerana mahu melayan keperluan suami..


..anak-anak kalau cuti sekolah, memang bercuti sungguh juga. Tapi mak tak cuti..malah kerja berganda..maklumlah,anak-anak nak makan itu ini..kena disiapkan..


..kasihnya mak pada suami dan anak-anak..


..sabarnya mak melayan kerenah kami..


..mak..mak..mak..manusia sabar yang paling dekat dengan Bunga..



=KONKLUSI=


“..dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”

[Al-Baqarah:177]


Ketaqwaan perlu dibina. Dan menjadi manusia bertaqwa itu memerlukan kita mendidik sabar dalam jiwa kita!


Bunga teringat pada bicara Ibn al-Jawzi..


‘Sesuatu membuatkan aku berdepan kesedihan dan tekanan yang hebat..dan aku sedar, hanya taqwa yang mampu membawa kepada segala kebaikan dan kesenangan..dan kesusahan yang terjadi akibat dosa-dosa hanya boleh diatasi dengan taubat dan permohonan ampun kepada Allah..’


Dua kata kunci..TAQWA dan TAUBAT..yang mana dua kata kunci ni jelas nyata saling terkait.


Manusia bertaqwa (muttaqin) sentiasa merasa dirinya berdosa..dan sentiasa bertaubat memohon ampun daripada Allah..bukan hanya sekali dua atau ikut musim, seperti musim Piala Dunia ni. Ianya proses berterusan..dan SABAR dalam rangka usaha mentaati Allah,itulah sesuatu yang amat memerlukan kita untuk bermujahadah!


Dan ingatlah, bilamana kita diuji..


“Dan sungguh, Kami akan benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami akan uji perihal kamu”

[Muhammad:31]



Allah mahu kita bersabar..kerana kesabaran itu cirri-ciri orang yang berjaya.


Bukan sekadar berjaya di dunia..tapi juga di akhirat!


Bunga mahu itu..kalian juga pasti mahu kejayaan kan?


p/s: Mak..kaklang sangat rindu mak..