4/14/2010

NOTA JIWA: IANYA AMAT PASTI BUAT SETIAP MANUSIA..



“Hari ini, seorang teman kita telah dipanggil pulang oleh Allah..”

..dan respon yang bakal diberi ‘innalillah hi wa inna ilaihirojiu’n’. Ucapan takziah dan kata-kata semangat akan diberi pada ahli keluarga si mati..dan jika yang mati itu adalah ahli keluarga kita sendiri, kesedihan pasti terbit di hati..dan mungkin sahaja terlahir dengan air mata..

Agak-agak, pernah terlintas di hati.. “kalau lah aku mati dan jadi mayat, macam mana la agaknya?”


=KEMATIAN ITU PASTI=


“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian…”

[Surah Al-Ankabut: 57]


Itu janji Allah. Kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap yang bernyawa. Ada Bunga perasan, satu drama Melayu (baru-baru ni) yang berkisar tentang seorang raja yang nak hidup kekal abadi..jadi bersekutu dengan syaitan! Aduhai..bagaimana mereka boleh terfikir itu?? Sedangkan Pencipta yang Maha Agung sendiri dah bagitahu dengan jelas..


“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian…”

[Surah Al-Ankabut: 57]



Maksudnya, siapa pun kita..tinggi mana pun pun darjat kekayaan kita...kita akan mati!Ulang suara..kita pasti mati!!


"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan(serta membalasnya)"

[Al-Jumuah:8]


"Di mana jua kamu berada, nescaya kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), meskipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tertinggi"

[An-Nisa:78]


Jadi, jauh mana pun kalian lari, macam mana usaha pun..sampai masanya, maut akan ‘menziarahi’ kita..itulah yang pertama dan itu jugalah yang terakhir kali!



=RESPON KITA TERHADAP KEMATIAN=


“Isshh..apa pula cakap pasal mati..tak baik la sebut-sebut pasal mati ni”


Itu respon normal yang Bunga terima bila sebut perihal kematian. Manusia sering menganggap kematian itu adalah pengakhiran segala-galanya..sedangkan hakikatnya, kematian itu beri peluang untuk kita memasuki satu alam yang kekal abadi...iaitu alam akhirat! Dan waktu itu, kita akan berpeluang jumpa dengan Kekasih abadi kita!


Hadiah bagi seorang mukmin ialah kematian

[Riwayat oleh Ibnu Abi Dunya Thabrani]


Bukankah ianya satu kegembiraan bagi orang-orang mukmin?? (dan insyaAllah, itulah yang sepatutnya kita rasa!)


..kecuali bagi mereka-mereka yang terlalu tebal sikap ‘wahan’ dalam diri, yakni TERLALU CINTA DUNIA! Ketaksuban terhadap kesenangan dunia buat mereka tak senang duduk bila berbicara tentang mati. Dan bagi manusia-manusia ini..AWAS!!!


“Barangsiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah membenci pertemuan dengannya”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Sebab tu, mukmin hebat menjadikan kematian sebagai motivasi kehidupan! Mukmin hebat bersungguh-sungguh dalam kehidupan sebagai persediaan untuk alam selepas kematian@ akhirat! Jelaskah??


Sabda Rasulullah:


“Orang yang cerdas adalah orang yang mengintrospeksi dirinya (bermuhasabah) dan beramal untuk (kehidupan) setelah kematian

[Riwayat oleh At-Tirmidzi]


Itulah ciri-ciri mukmin hebat! Beramal untuk kehidupan selpas mati! Dan kita juga perlu ada ciri itu untuk jadi mukmin hebat! Kenapa?? Sebab nak masuk syurga Allah yang hebat, kita perlu jadi mukmin hebat!



=BAGAIMANA PENGAKHIRANNYA?=


Satu perkara yang jelas..maut sifatnya mengejut. Takkan ada yang boleh pilih cara nak mati, kat mana nak mati atau keadaan sewaktu mati! Dan yang pasti, takkan ada yang tahu bila tarikh nak mati!!


"...Seseorang tidak mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan seseorang tidak mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."

[Surah Luqman: 34]




Tapi hikmahnya jelas..kenapa Allah memberi maut sifat ‘tidak diketahui’..


“ Yang menciptakan kehidupan dan kematian, untuk menguji kamu, mana di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”

[Al-Mulk:2]


Inilah medan pengujian..Allah tak beritahu bila dan bagaimana kita akan mati kerana Allah nak uji keikhlasan kita dalam berubidyyah pada Dia..adakah kita beribadah ikhlas kerana Allah atau beribadah kerana takutkan mati? Hah..tanya pada diri..anda lebih tahu jawapannya..


Bagaimana pula keadaan kita setelah kematian?


Apabila mati,tanah akan jadi tempat pembaringan terbaik..ulat tanah akan jadi peneman setia..dan pasti kita akan dilawat Munkar dan Nakir..sementara menunggu hari akhirat untuk timbangan amal..dan saat itu, kita akan diputuskan,sama ada untuk dibenar masuk ke syurga atau tercampak humban ke dalam neraka..semuanya bergantung pada amalan semasa hayat kita!!


Ada satu hadith yang dikongsi oleh seorang teman dengan Bunga..


“...ada manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga, ibarat syurga sehasta di sebelahnya, tetapi di akhir hayatnya, dia beramal dengan amalan ahli neraka..dan akhirnya terhumban masuk ke dalam neraka. Ada manusia yang beramal dengan amalan ahli neraka, ibarat neraka sehasta disebelahnya, tetapi di akhir kehidupannya, dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Kita tak tahu bila kita mati..dan kita tak tahu amalan apa yang akan kita buat ketika maut datang menjemput..dalam erti kata lain, kita akan lebih berjaga-jaga kerana kita tak tahu bila saat ajal akan tiba! Dan perlu kalian tahu, bila mana ajal kita tiba, pintu taubat akan tertutup..peluang untuk buat amal soleh akan tamat..takkan ada apa yang boleh kita buat..takkan ada apa yang bole kita buat..takkan ada apa yang boleh kita buat!!


Persoalkan pada diri kalian..


“Bagaimana dengan dosa-dosa aku yang berlambakan tu?” “Macam mana dengan amalan tak ikhlas yang aku buat selama ni?”


Kenapa perlu dipersoalkan sekarang?? Kerana kalau kematian kita sudah tiba, tak guna dah persoalkan semua tu..takkan ada pilihan untuk “ HIDUP LAGI SEMINGGU UNTUK BERTAUBAT PASTU BARU MATI”!! Yang ada hanya MATI! Hanya MATI!!


Dengan tidak mengetahui akan ketibaan saat kematian..orang-orang bertaqwa akan lebih menghargai masa.. akan lebih memanfaatkan setiap saat yang ada dengan amalan-amalan soleh..supaya bila mana nyawa ditarik daripada jasad, penutup kehidupan adalah dengan amalan soleh. Dan itu matlamat kita..dan wajib lah itu menjadi sasaran usaha kehidupan kita!




=KEMATIAN SEBAGAI MOTIVASI TERHEBAT MUKMIN=

Mukmin hebat akan sedar bahawa dunia ini singgah sekejap je..dan destinasi abadi adalah alam akhirat! Jadi, sisa kehidupan yang ada ini sepatutnya dijadikan peluang untuk kumpul bekalan ke alam kekal itu nanti! Bak kata sahabat-sahabat jiwa Bunga..

“Kita ni ibarat petani..yang bercucuk tanam dengan amalan soleh untuk dijadikan bekal di akhirat nanti”

Sebab itu, kita perlu mengenal kematian..bukan untuk ditakuti tetapi untuk dijadikan sumber inspirasi!

Sebab itu..sesiapa yang mengenal kematian, maka segala penderitaan dan kesusahan dunia akan menjadi ringan baginya!



“Biar penat dan susah di dunia..asal senang dan tenang di akhirat..biar menangis sakit di dunia..asal tersenyum manis di akhirat”


..insyaAllah..sama-sama kita usaha untuk itu..



=RENUNGAN=


..semoga kalian lebih ‘merasa’ dan ‘bersedia’..


“Dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w pernah ditanya, ‘Siapakah orang yang paling bijak wahai Muhammad?’, maka Nabi menjawab, ‘Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyak bersedia untuk menghadapinya’

[Riwayat oleh Ibnu Majah]




....................................................................................................................................................


..Sedikit perkongsian..lihat dan renungkan..semoga ia beri kesan pada anda..





Bunga teringat..kisah kematian seorang sahabat..yang Bunga tidak pernah kenal secara bersua muka..yang Bunga hanya kenal melalui blog, itupun setelah kematiannya..yang Bunga kagumi peribadinya..yang dibentuk hebat oleh ummi dan keluarganya..

Arwah Muhammad Ammar Zulkifli..kematiannya cukup memberi kesan pada keluarga, teman-teman..dari serata tempat..kematiannya ibarat kematian seorang yang syahid..dilawati ribuan manusia..disolatkan berkali-kali..cukup terkesan dihati..

..Bunga dapat rasa, itu mungkin kerana peribadi dan akhlaknya..yang cukup menjaga segala hukum Allah yang ada..dan ia diakui oleh umminya dan teman-temannya..

Dia insan biasa,sama seperti kita..tapi peribadi akhlaknya luar biasa..perginya dia telah menyentuh jiwa ramai manusia..termasuk Bunga..

Semoga..perkongsian video ini membuka mata semua..kita mengimpikan pengakhiran hidup yang baik..tetapi ia takkan diperoleh jika kesilapan sewaktu permulaan hidup terus-terusan berpanjangan..

Wahai Ammar si mujahid muda..damailah kau di sana..perjuanganmu akan terus disambung..oleh kami yang masih bernyawa..insyaAllah..

p/s: kredit untuk Saudara Ehsan atas perkongsian video pengebumian arwah Ammar di Youtube..

2 comments:

Anonymous said...

salam...ye..saudara yg ni belaja mesir...ikhwah kami di sini...

Seri Bunga said...

wsalam..ohh,kamu mgkin lebey mengenali arwah..smoga saat bersama arwah beri mnfaat berganda pd kamu..insyaAllah..