4/09/2010

DEDIKASI: WARKAH BUAT MAK


Coretan hari ini, Bunga tulis khas untuk mak..Mak, ini isi hati anak mak di rantau..harap mak baca..

.....................................................................................................................

.....WARKAH BUAT MAK.....




Mak,kaklang tak pernah tulis surat kat mak kan..sebab kaklang segan tulis-tulis surat ni. Nak cakap dalam telefon pun, kaklang tak tahu nak cakap macam mana. Tapi hari ini, kaklang rindu mak sangat..berganda-ganda rindunya daripada biasa..Mak rindu kaklang tak?

Masa kaklang tulis entry ni, kaklang tengah dengar lagu Sami Yusuf, tajuknya ‘Ummi’..masa ni, dalam kepala kaklang, hanya nampak mak..ya Allah..kaklang sangat-sangat rindu mak..mak, kaklang mintak maaf atas apa yang dah jadi..andai kata kaklang dah lukakan hati mak, kaklang mohon ampun pada mak..maafkan kaklang mak..banyak dosa kaklang kat mak..kaklang dah buat mak sedih hati, kaklang dah buat mak tak tenang mengenangkan sikap kaklang..mak, ampunkan kaklang mak..ampunkan kaklang..


Mak..sejak kecil, kaklang dah buat macam-macam perangai yang memeningkan kepala mak..mak selalu marah kaklang, tapi kaklang tak pernah dengar nasihat mak..maafkan kaklang sebab degil dan tak ikut nasihat mak..


Mak ingat tak, masa mak belikan basikal untuk kakcik dan anwar, kaklang betul-betul cemburu. Ye lah, abg kerul dan amir ada basikal sendiri, kakcik dan anwar pun ada basikal sendiri..kaklang pelik,kenapa kaklang tak dapat? Bila kaklang tanya mak, mak cakap kaklang dah besar, pakai je basikal yang dah ada. Mesti mak tak ingat peristiwa tu kan? Tapi kaklang ingat mak..betul apa cakap mak, kaklang memang tak perlukan basikal tu pun, sebab lepas abis sekolah rendah, kaklang dah masuk asrama..basikal tu tak penting pun..benarlah kata-kata mak, tak penting pun untuk kaklang ada basikal tu..


Kaklang ingat lagi, waktu kaklang nak masuk asrama SHARODZ, orang lain semua datang dengan mak ayah, datang dengan kereta..tapi kaklang datang dengan ayah je, naik motor..susah-susah ayah bawa motor dengan beg besar dan baldi...sampai terpaksa tolak motor sebab tak dapat naik bukit dengan barang yang banyak tu. Dalam asrama, kaklang tengok je mak-mak kawan-kawan kaklang kemaskan ‘locker’ diorang, pasangkan cadar..dan ayah pula,pasangkan cadar dan terus pulang, kaklang faham je, yelah ayah kan kerja..mestilah sibuk. Masa tu kan mak, kaklang menangis juga..yelah, masa tu kecil lagi, bila tengok ibu-ibu lain dengan anak-anak diorang, kaklang cemburu..tapi sekejap je! Sebab petang tu mak dengan ayah datang sekejap lawat kaklang kat asrama! Seronok sangat masa tu! Kaklang takkan lupa semua tu mak..setiap minggu, ayah datang ambil baju sekolah..dan mak yang basuhkan..mak yang gosokkan..terima kasih mak. Kaklang tak mampu nak balas jasa mak..sampai mati pun kaklang takkan mampu balas jasa mak..


Tapi 4 bulan lepas tu, mak seronok sangat bila dapat tahu kaklang masuk MRSM. Mula-mula kaklang tak mahu juga, yelah..jauh sangatlah mak MRSM tu..4jam lebih perjalanan daripada rumah. Tapi mak bagi semangat, mak cakap kalau nak pandai, kena la masuk sekolah bagus. Nanti boleh jadi doctor. Dan akhirnya kaklang pergi juga..walaupun terpaksa menumpang kereta orang dan pergi berdua dengan ayah je..mak tak dapat tengok sekolah kaklang kan mak..kesian mak..takpelah mak,nanti ada peluang, kita pergi ye mak.


Masa ambil anugerah PMR pun, mak dengan ayah datang juga..walaupun terpaksa menumpang kereta jiran. Kesian mak ayah, sanggup tebalkan muka untuk menumpang orang semata-mata untuk penuhi keinginan kaklang yang nak juga mak ayah datang..aduhai,kaklang dah susahkan mak ayah dah..maafkan kaklang mak..dan terima kasih mak..terima kasih ayah..


Mak ingat lagi tak masa kaklang bagi tahu yang kaklang nak ke Sarawak untuk wakil PKBM negeri Melaka? Masa tu mak larang kaklang pergi, yelah dah nak SPM. Tapi kaklang tak dengar cakap mak..kaklang berkeras juga, dan akhirnya mak mengalah juga..mak izinkan juga kaklang pergi. Dan kat sana juga, kaklang patah pergelangan kaki..dan mak risau masa kaklang bagi tahu tu..Allah balas kedegilan kaklang dengan segera..maafkan kaklang mak..kaklang melawan kata-kata mak..kaklang ikut kehendak sendiri je..ampunkan kaklang mak..


Bila keputusan SPM keluar, kaklang takut nak bagi tahu mak..sebab kaklang tahu mak mesti kecewa dengan kaklang. Dengan keputusan macam tu,macam mana kaklang nak tunaikan hajat mak yang nak tengok kaklang jadi doktor..kaklang tahu yang kaklang dah kecewakan mak..lagi-lagi bila mak cakap “kalau boleh ambil periksa sekali lagi, mak nak kau amik”..kaklang nampak jelas betapa kecewa mak dengan kaklang..walaupun kaklang sedih masa tu, tapi kaklang tahu mak lagi sedih, mak kecewa dengan kaklang kan mak? Kaklang tak dapat tunaikan permintaan mak..maafkan kaklang mak..


Bila dapat tawaran ke England ni, mak la aorang yang paling gembira. Dan kaklang ikut kehendak mak, sebab kaklang tahu mak pilih yang terbaik untuk kaklang. Dan benar mak..apa yang mak pilih memang terbaik..dekat sini, kaklang semakin kenal Allah..kaklang dipertemu dengan kawan-kawan yang sangat-sangat membantu..dan pelajaran kaklang juga Alhamdulillah, semakin meningkat. Terima kasih mak..terima kasih sebab doakan kaklang mak..terima kasih mak..




Mak, kaklang nak mak tahu..kaklang sayang sangat kat mak..dulu kaklang sangat jahil mak..dan kini juga masih ada sisa jahil tu..tapi mak, kaklang nak berubah mak..dan kaklang akan terus berubah mak..kaklang takkan putus asa, mak..mak, banyak perkara dah terjadi sepanjang kaklang di rantau..dan kaklang tahu,sedikit sebanyak kaklang dah lukakan hati mak..tapi mak, kaklang buat semua itu sebab nak cari redha Allah mak..inilah masanya untuk kaklang betulkan kesalahan kaklang, tebus balik dosa-dosa yang dah terlalu banyak kaklang buat, mak..mak, redhailah tindakan kaklang ni mak..sebab redha mak akan jadi redha Allah pada kaklang, mak..mak, kaklang betul-betul harap sokongan mak. Dan kaklang tahu, mak sokong kaklang walaupun tak secara ‘direct’ kan mak? Mak, selepas Allah dan Rasul, mak lah idola kaklang..mak lah kecintaan kaklang..mak, kaklang hormat segala pendapat mak, cuma kaklang minta ruang, mak cubalah terima dan pertimbangkan hajat kaklang buat kali ini mak..kaklang nak sangat buat setiap perkara berlandaskan hukum-hukum Allah dan sunnah Rasullah, mak..itu sahaja..tak terlintas langsung nak mengenepikan pendapat mak atau mengguris perasaan mak..tapi kalau mak betul-betul rasa apa yang kaklang beritahu mak itu salah fahaman dan faktanya, dan tak rasional, kaklang akan terima dan ikut apa yang mak mahu..kaklang yakin, mak lagi mengetahui daripada kaklang, mak buat semuanya untuk kebahagian anak-anak mak..sebab mak ibu yang terbaik, takkan ada ganti yang lain..


Mak, kaklang teringin nak berkongsi semua perkara dengan mak, macam kawan-kawan kaklang yang lain buat..boleh tak mak? Kaklang nak bual macam dengan bual dengan kawan baik..mesti seronok kan mak? Kaklang pun silap, dari dulu tak pernah nak buat macam tu, sebab kaklang ni segan pulak. Pelik juga, dengan mak sendiri pun nak segan. Tak pe mak, nanti kaklang balik Malaysia, kaklang akan layan mak macam puteri raja..kaklang takkan biar mak kepenatan lagi, kaklang takkan biar mak dalam kesusahan lagi, tak kira la susah hati atau susah apa-apa je..kaklang akan jadi tulang belakang mak..insyaAllah mak, itu salah satu matlamat kaklang sekarang ni..


Mak, sekali lagi, kaklang minta maaf sangat-sangat..kaklang tak tahu nak cakap macam mana..kalau telefon, tak sampai makna..nak bersua muka,kita beribu batu jauhnya..dan di ruang ni, kaklang coretkan apa yang terbuku dihati..mak, ampunkan kaklang, mak..kaklang sayang mak..


4/08/2010

PERKONGSIAN: JAULAH KE CONSTANTINOPLE 2

..sambungan daripada entry lepas..


=HARI KETIGA=


*Hagia Sofya*


Kali ini, Bunga bersama-sama Kak Zu, Cik Yam dan Cik Salimah pergi melawat Haigia Sofya (sebutannya Ayyasofia).




Hagia Sofya ni sebenarnya sebuah gereja, tapi kini dah jadi tempat lawatan.




Berdasarkan penerangan Cik Yam pada Bunga, sebaik sahaja Sultan Muhammad Fateh berjaya menakluk Constantinople, beliau masuk ke dalam ‘church’ ni dan solat di sini. Ia menjadi symbol Islam dah berjaya bertapak masuk dalam suatu tempat yang dulunye dikuasai Kristian.




Lagi satu, Hagia Sofya ni terkenal sejak dahulu lagi sebab kubahnya adalah kubah pertama yang dihasilkan! . Kalian akan nampak, betapa umat Islam pada masa tu, melihat potensi Sinan dalam bidang senibina. Tanpa kira perbezaan agama, Sinan diberi didikan sebaiknya..dan akhirnya menjadi salah seoramg pakar senibina! Masjid Fateh pun, Sinan lah yang bina! Bukan tu sahaja, malah kebanyakan binaan sejarah Turki adalah hasil ciptaan Sinan! Hebat kan??



Besar Hagia Sofya ni! Sebaik je masuk, Bunga agak tersentak juga sebab terus nampak tulisan ‘Allah’, ‘Muhammad’, ‘Abu Bakar As- Siddiq’, ‘Umar Al-Farouq’, ‘Usman Affan’, ‘Ali’, ‘Hussin’, dan ‘Hassan’. Pelik juga mula-mula, macam mana dalam gereja ada termatri kalimah Allah, Rasullah, dan khulafa’ ar-Rasyidin. Lagi pelik, apa kaitan dan kepentingan ‘cucu-cucu Rasullah (Hussin dan Hassan) sampai nama mereka tertulis bersama yang lain.mm..



Rupa-rupanya, semasa Islam dah masuk ke Constantinople, kalimah-kalimah itu ditulis tanda kemenangan Islam dan keagungan Islam. Tapi, Muhammad Fateh tak pernah memaksa orang-orang Kristian untuk peluk Islam! Mereka bebas untuk amalkan agama mereka..lihat, betapa Islam itu lembut dan penuh hikmah...Manakala, perihal Hassan dan Hussin tu, menunjukkan ‘stand’ orang Islam disana pada waktu itu. Kalau kalian masih ingat, ada pergolakan di mana selepas kematian Saidina Usman, ada separuh yang mengiktiraf Saidina Ali sebagai Khalifah dan sebahagian lagi mengiktiraf Muawiyah (..dan bermulanya ‘syiah’..). Kerajaan Muhammad Fateh pula mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya (Hussin dan Hassan) sebagai pemimpin selepas itu. Itu sebabnya..(ini pun diterangkan oleh Kak Zu dan CIk Yam..Bunga??Ohh..nampak sangat malas nak buat ‘background reading’!aiisshh..teruk betul..)





Tapi, banyak pula kerja-kerja ‘renovation’, tu yang ganggu gugat ziarah kami. Allah izin, hari ini ramai orang pula. Agak berpusu-pusu juga...





..dan kamu tahu ape yang kami lihat dalam tu??Mihrab!




..dan ada tercatat firman Allah..




“..setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadah)..”

[Ali-Imran:37]


Hah..Al-Quran dah jelas catat kisah Maryam dan Nabi Isa dalam Quran. Pada Bunga, jelas sungguh kesempurnaan Al-Quran. Lengkap dan ‘detail’! Allah ‘explain’ dah peristiwa ni, yang mana orang Kristian punya fahaman berbeza.. dan pada mereka-mereka yang berakal dan berfikir, mereka akan nampak Islam itu agama yang satu..dan yang terbaik!






Masa dok tegak tengok mihrab tu, ada sepasang ‘couple’ mat saleh ni dok diri sebelah kami. Hihi..memandang ‘soulmate’ Bunga a.k.a Cik Yam ni suka berkongsi dengan semua orang, dia pun terus menoleh pada ‘couple’ ni dan terus bercerita! ‘Excited’ mat saleh tu bila tahu makna ayat Quran tu dan cerita disebaliknya. Walaupun ringkas, nampaknya macam berkesan! Muka mereka nampak ‘impress’! Comel kan??Hehe..tu la ‘soulmate’ Bunga! Tak pernah lokek nak berkongsi..Semakin bertambah kecintaan Bunga pada Cik Yam!



Hihi..dah masuk dalam ni, mula la sesi ‘posing’ kiri kanan la kami..dan ini hasilnya.







*Masjid dan Makam Ayyub Al-Ansoori*





Siapa tahu siapakah Ayyub Al-Ansoori?? Hah..tak mengapa, biar Bunga bagitahu (dah ni blog Bunga, mestilah Bunga yang kena cerita lebih kan? Hihi..) Mengikut perkongsian Cik Salimah (teman kesayangan Bunga), Ayyub Al-Ansoori ni berasal daripada Madinah. Beliau salah seorang daripada kaum Ansar (dan itu sebabnya di hujung nama itu ada al-Ansoori). Ayyub Al-Ansoori ni hebat! Sebab Rasullah pilih rumah beliau untuk dijadikan tempat penginapan semasa peristiwa hijrah! Hidupnya bergelumang dengan jihad!Ayyob al-Ansoori juga merupakan salah seorang yang cuba untuk menakluk Constantinople sejak kerajaan Bani Umaiyah lagi (insyaAllah, itu apa yang Bunga ingat berdasarkan perkongsian cik Salimah). Sangat berani dan bersemangat! (untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh rujuk kitab-kitab seerah ye kawan-kawan..jangan MALAS!)


Dalam masjid Ayyub tu, kami sempat solat di sana dan berdoa..jujurnya, Bunga rasa tenang dan tenteram je..susahla nak gambarkan perasaan..tapi memang rasa lain..






..ada juga sebatang pokok yang bersejarah tau! Mengikut kata seorang warga Turki yang kami jumpa kat masjid tu, Ayyub al-Ansoori pernah berehat di situ..dan sebagai penghormatan, Muhammad al-Fateh tanam pokok tu. Kiranya, pokok ni dah beratus tahun la usianya! Woohaaa!!!





Unik la masjid tu, lagi-lagi bahagian tangganya. Berpusing-pusing, kalau tak kena cara, boleh jatuh tergolek..hihi...




..dan kami juga sempat la membeli sedikit cenderamata kat ‘area’ tu..agak mahal tapi puas hati!



*Masjid Sultan Sulaiman*


Huhu..sedih sebenarnya,sebab kami tak dapat nak masuk dalam masjid ni kerana kerja-kerja ubah suai sedang dibuat. Masjid sempena pemerintahan Sultan Sulaiman, salah seorang sultan di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kalau dah siap, sangat la cantik! Sebab Bunga pernah tengok dalam gambar betapa cantiknya masjid Sulaiman ni! Banyak benar kubahnya!


Oleh kerana tak dapat masuk ke dalam, kami hanya ziarah sekejap dan solat di satu bahagian solat yang disediakan. Tapi ok la tu, sekurang-kurangnya, kami dah jejak kaki..ngee..



=KONKLUSI KALI INI=


Hari ketiga ini, banyak tempat sejarah yang kami lawati, dan banyak memberi kesedaran dan pengetahuan pada Bunga dan kawan-kawan. Melihat ini semua, Bunga semakin kagum dan merasai kebesaran kuasa Allah..dan pastinya, Bunga bertambah bersemangat! Kenapa bersemangat?? Sebab Bunga nak sejarah hebat Islam ini berulang lagi. Biar Islam terus gemilang, seperti suatu ketika dulu, yang mana kegemilangannya tercatat gah dalam sejarah! InsyaAllah!


Kitalah yang harus mendayung ke arah itu, siapa lagi!!??!



4/06/2010

PERKONGSIAN: JEJAK KAKI KE CONSTANTINOPLE 1

6 hari 5 malam di bumi Istanbul benar-benar memberi impak pada diri Bunga...banyak yang Bunga dan teman-teman lalui..pengalaman yang menjadi pengajaran..dan apa yang Bunga mampu katakan, Allah terlalu banyak membantu memudahkan kami!


-KAMI-



=SEBELUM..=


Sehari sebelum terbang ke Istanbul, Bunga bersama dua teman sempat berjalan ke White Chapel di London. White Chapel ni sangat terkenal dengan tempat jualan barangan Muslim (eg: pakaian, makanan, kitab-kitab). Bunga tak beli apa, sekadar meneman mereka.



Sebenarnya, masa tu hati tengah berbunga-bunga nak jumpa Makcik Siti @ Ummu Ammar..Bunga dah lama kepingin nak jumpa ibu hebat ni, dan akhirnya Allah izin Bunga dan Maryam jumpa ummi untuk 4jam.


Memang seronok yang amat! Hey, mestilah seronok! Nak jadi ibu berjiwa hebat, kena la ambil tips daripada ibu hebat! Macam-macam ummi kongsi dengan kami..yang pastinya memberi kesan pada Bunga..ummi cakap,setiap apa yang jadi, pasti ada hikmah terbaik yang menanti..ummi cakap lagi, kena serah dan yakin pada Allah..ummi cakap lagi, nak mendidik anak,perlu bermula daripada si ibu dan ayah lagi!hah..sila ambil PERHATIAN WAHAI BAKAL IBU DAN AYAH!


=HARI 1=


Kami naik ‘flight’ awal pagi, jadi tengahari tu kami dah sampai ke bumi Istanbul. Perasaan Bunga?? Tah..masa tu agak ‘blur’ dan penat..jadi perasaan agak tak stabil..huhu..tapi sampai je di Paris Hotel Hostel di Sultanahmet, terus segar!! Ye lah, orang hotel tu baik sangat! Betul-betul Muslim yang bersifat seorang Muslim! (cnth: tak ambil deposit untuk booking hotel pun!oh..bagusnya mereka..) Kedatangan kami disambut mesra..diberi ‘warm welcoming’ (cnth: dijamu dengan ‘apple tea’)..alhamdulillah..Allah beri kami hotel terbaik!


Malam tu, kami bersemangat ke Masjid Biru (Sultan Ahmet Mosque). Dekat je dengan hotel kami, dalam 10 minit jalan kaki.



SubhanaAllah!!! Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan masa tu. Yang pasti..air mata menitis laju saat jejak kaki dalam masjid..terbayang betapa besar pengorbanan Rasullah dan sahabat sebarkan Islam..sampai kita dengan mudah mendakap Islam tanpa perlu berjuang dan bersusah payah seperti mereka..mereka menggadai nyawa dalam menyebarkan dakwah..tapi kita..seringkali lupa pengorbanan mereka dengan mensia-siakan Islam yang ada..


“Ya Allah..ampunkan kami ya Allah..kami seringkali terlupa untuk mensyukuri nikmat Islam dan iman yang Kau beri..”



=Hari 2=


Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Rumelli Fortress. Sepanjang perjalanan ke sana, Allah menguji kami..dan yang pastinya Allah bantu kami sebanyaknya dalam hadapi ujian itu!



*Sesat dalam usaha nak cari stesen bas


Kami berjalan kaki ke Emononi, 40 minit juga perjalanan kami. Tapi tak penat sangat sebab sejuk dingin. Bila dah sampai, kami agak terpinga-pinga sebab tak jumpa stesen bas! Ohh..pusing kiri kanan, tanya sana sini..tapi tak jumpa gak..huhu..


Nasib baik ‘soulmate’ Bunga a.k.a. Cik Yam ada. Yelah, kami tak tahu berbahasa Turki, mujur ada Cik Yam yang boleh berbahasa Arab. Alhamdulillah..Allah mudahkan perjalanan kami..akhirnya lepas sejam lebih dok pening-pening cari tempat bas, akhirnya kami dapat juga naik bas, dan destinasi seterusnya adalah Kabastas untuk ambil bas ke Rumelli Fortress.


*Bas ke Rumelli?? Aduhai..pening!


Selaku orang yang tak berapa nak tahu nak ‘survive’ sendiri semasa jaulah (ohh cik Bunga..teruknya kamu), Bunga ikut je mereka-mereka yang lebih arif a.k.a Cik Yam dan Kak Zu. Dan sekali lagi, Allah beri bantuan ‘direct’ pada kami! Ada seorang lelaki Turki Muslim yang boleh berbahasa Inggeris, menolong kami dengan mencarikan bas yang betul untuk ke Rumelli Fortress. Terima kasih ya akhi..dalam kesuntukan masa nak ke solat Jumaat, msih sudi lagi menolong kami si musafir ini..semoga Allah memberkati dirimu.


Dalam bas tu, kami berjumpa seorang makcik yang sangat baik hati..makcik tu tunjuk kat kami kat mana kami patut berhenti nanti..memandangkan Bunga hanya faham bahasa Arab tapi tak boleh bertutur, Bunga dengar jelah celoteh cik Yam dengan makcik tu. Menarik..dan pastinya banyak input pasal Istanbul...


Akhirnya..yeaayy!! Sampi juga ke tempat destinasi!


-RUMELLI FORTRESS-


Subhanallah!! Sangat-sangat mengkagumkan Bunga! Apa yang terdetik dalam hati..


“Hebat sungguh jiwamu Al- Fateh..terserlah jelas kebijaksanaan akal dan dan strategic bernasmu!”



Itulah bukti kesungguhan dalam memperjuangkan Islam..itulah bukti kesungguhan jihad tentera-tentera Islam pada waktu itu! Kubu pertahanan tu sangat hebat! Besar! Sangat rapi binaannya! Dalam kepala Bunga, terlintas..


“Macam mana la mereka bina kubu besar dan tinggi macam ni pakai tangan?? Mereka angkat batu-batu tu semua pakai tangan ke??Hebat!”


Bukan tu je, kami juga berkesempatan ke Masjid Fateh dan menziarahi Makam Muhammad Fateh.



Kamu tahu apa yang Bunga dapat? Meh nak ‘share’...




SubhanaAllah..Bunga nampak kelibat seorang lelaki berserban putih sedang solat..kalian nampak tak? Ya Allah..kebesaranMu tiada tandingan ya Allah..


Jika kalian selusuri kisah penaklukan Constantinople (Turki) oleh Muhammad Al- Fateh, kalian akan lebih jelas bagaimana peribadi Mukmin hebat! Antaranya:


-Ada matlamat jelas dalam hidup (mahu menakluk Constantinopale dan sebar Deen Islam).


-Kuasa dalaman yakni semangat dan keinginan yang kuat (berusaha bersungguh-sungguh..yakin dengan kata-kata Rasullah..berjiwa kental)


-Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (hafaz Quran, kuasai 6 atau 7 bahasa, arif dalam ilmu perundangan Islam,Maths, dan macam-macam lagi).


-Mendapatkan bantuan daripada pakar (Beliau tak malu menuntut ilmu..siap ‘import’ orang-orang Hungary untuk buat meriam)



=KONKLUSI UNTUK KALI INI=


Lihat..sejarah dah menunjukkan..jiwa mukmin hebat dipenuhi ujian dan kejayaan! Bersemangat dan utuh kukuh berteras iman! Keyakinan yang total dengan janji Allah dan kata-kata Rasullah!


Sebab itu, WAJIB untuk kita ambil iktibar daripada kisah/seerah ni! Keyakinan yang sepenuhnya pada Allah..total! Kita pula bagaimana??


p/s: bersambung pada entry akan datang.