4/06/2010

PERKONGSIAN: JEJAK KAKI KE CONSTANTINOPLE 1

6 hari 5 malam di bumi Istanbul benar-benar memberi impak pada diri Bunga...banyak yang Bunga dan teman-teman lalui..pengalaman yang menjadi pengajaran..dan apa yang Bunga mampu katakan, Allah terlalu banyak membantu memudahkan kami!


-KAMI-



=SEBELUM..=


Sehari sebelum terbang ke Istanbul, Bunga bersama dua teman sempat berjalan ke White Chapel di London. White Chapel ni sangat terkenal dengan tempat jualan barangan Muslim (eg: pakaian, makanan, kitab-kitab). Bunga tak beli apa, sekadar meneman mereka.



Sebenarnya, masa tu hati tengah berbunga-bunga nak jumpa Makcik Siti @ Ummu Ammar..Bunga dah lama kepingin nak jumpa ibu hebat ni, dan akhirnya Allah izin Bunga dan Maryam jumpa ummi untuk 4jam.


Memang seronok yang amat! Hey, mestilah seronok! Nak jadi ibu berjiwa hebat, kena la ambil tips daripada ibu hebat! Macam-macam ummi kongsi dengan kami..yang pastinya memberi kesan pada Bunga..ummi cakap,setiap apa yang jadi, pasti ada hikmah terbaik yang menanti..ummi cakap lagi, kena serah dan yakin pada Allah..ummi cakap lagi, nak mendidik anak,perlu bermula daripada si ibu dan ayah lagi!hah..sila ambil PERHATIAN WAHAI BAKAL IBU DAN AYAH!


=HARI 1=


Kami naik ‘flight’ awal pagi, jadi tengahari tu kami dah sampai ke bumi Istanbul. Perasaan Bunga?? Tah..masa tu agak ‘blur’ dan penat..jadi perasaan agak tak stabil..huhu..tapi sampai je di Paris Hotel Hostel di Sultanahmet, terus segar!! Ye lah, orang hotel tu baik sangat! Betul-betul Muslim yang bersifat seorang Muslim! (cnth: tak ambil deposit untuk booking hotel pun!oh..bagusnya mereka..) Kedatangan kami disambut mesra..diberi ‘warm welcoming’ (cnth: dijamu dengan ‘apple tea’)..alhamdulillah..Allah beri kami hotel terbaik!


Malam tu, kami bersemangat ke Masjid Biru (Sultan Ahmet Mosque). Dekat je dengan hotel kami, dalam 10 minit jalan kaki.



SubhanaAllah!!! Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan masa tu. Yang pasti..air mata menitis laju saat jejak kaki dalam masjid..terbayang betapa besar pengorbanan Rasullah dan sahabat sebarkan Islam..sampai kita dengan mudah mendakap Islam tanpa perlu berjuang dan bersusah payah seperti mereka..mereka menggadai nyawa dalam menyebarkan dakwah..tapi kita..seringkali lupa pengorbanan mereka dengan mensia-siakan Islam yang ada..


“Ya Allah..ampunkan kami ya Allah..kami seringkali terlupa untuk mensyukuri nikmat Islam dan iman yang Kau beri..”



=Hari 2=


Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Rumelli Fortress. Sepanjang perjalanan ke sana, Allah menguji kami..dan yang pastinya Allah bantu kami sebanyaknya dalam hadapi ujian itu!



*Sesat dalam usaha nak cari stesen bas


Kami berjalan kaki ke Emononi, 40 minit juga perjalanan kami. Tapi tak penat sangat sebab sejuk dingin. Bila dah sampai, kami agak terpinga-pinga sebab tak jumpa stesen bas! Ohh..pusing kiri kanan, tanya sana sini..tapi tak jumpa gak..huhu..


Nasib baik ‘soulmate’ Bunga a.k.a. Cik Yam ada. Yelah, kami tak tahu berbahasa Turki, mujur ada Cik Yam yang boleh berbahasa Arab. Alhamdulillah..Allah mudahkan perjalanan kami..akhirnya lepas sejam lebih dok pening-pening cari tempat bas, akhirnya kami dapat juga naik bas, dan destinasi seterusnya adalah Kabastas untuk ambil bas ke Rumelli Fortress.


*Bas ke Rumelli?? Aduhai..pening!


Selaku orang yang tak berapa nak tahu nak ‘survive’ sendiri semasa jaulah (ohh cik Bunga..teruknya kamu), Bunga ikut je mereka-mereka yang lebih arif a.k.a Cik Yam dan Kak Zu. Dan sekali lagi, Allah beri bantuan ‘direct’ pada kami! Ada seorang lelaki Turki Muslim yang boleh berbahasa Inggeris, menolong kami dengan mencarikan bas yang betul untuk ke Rumelli Fortress. Terima kasih ya akhi..dalam kesuntukan masa nak ke solat Jumaat, msih sudi lagi menolong kami si musafir ini..semoga Allah memberkati dirimu.


Dalam bas tu, kami berjumpa seorang makcik yang sangat baik hati..makcik tu tunjuk kat kami kat mana kami patut berhenti nanti..memandangkan Bunga hanya faham bahasa Arab tapi tak boleh bertutur, Bunga dengar jelah celoteh cik Yam dengan makcik tu. Menarik..dan pastinya banyak input pasal Istanbul...


Akhirnya..yeaayy!! Sampi juga ke tempat destinasi!


-RUMELLI FORTRESS-


Subhanallah!! Sangat-sangat mengkagumkan Bunga! Apa yang terdetik dalam hati..


“Hebat sungguh jiwamu Al- Fateh..terserlah jelas kebijaksanaan akal dan dan strategic bernasmu!”



Itulah bukti kesungguhan dalam memperjuangkan Islam..itulah bukti kesungguhan jihad tentera-tentera Islam pada waktu itu! Kubu pertahanan tu sangat hebat! Besar! Sangat rapi binaannya! Dalam kepala Bunga, terlintas..


“Macam mana la mereka bina kubu besar dan tinggi macam ni pakai tangan?? Mereka angkat batu-batu tu semua pakai tangan ke??Hebat!”


Bukan tu je, kami juga berkesempatan ke Masjid Fateh dan menziarahi Makam Muhammad Fateh.



Kamu tahu apa yang Bunga dapat? Meh nak ‘share’...




SubhanaAllah..Bunga nampak kelibat seorang lelaki berserban putih sedang solat..kalian nampak tak? Ya Allah..kebesaranMu tiada tandingan ya Allah..


Jika kalian selusuri kisah penaklukan Constantinople (Turki) oleh Muhammad Al- Fateh, kalian akan lebih jelas bagaimana peribadi Mukmin hebat! Antaranya:


-Ada matlamat jelas dalam hidup (mahu menakluk Constantinopale dan sebar Deen Islam).


-Kuasa dalaman yakni semangat dan keinginan yang kuat (berusaha bersungguh-sungguh..yakin dengan kata-kata Rasullah..berjiwa kental)


-Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (hafaz Quran, kuasai 6 atau 7 bahasa, arif dalam ilmu perundangan Islam,Maths, dan macam-macam lagi).


-Mendapatkan bantuan daripada pakar (Beliau tak malu menuntut ilmu..siap ‘import’ orang-orang Hungary untuk buat meriam)



=KONKLUSI UNTUK KALI INI=


Lihat..sejarah dah menunjukkan..jiwa mukmin hebat dipenuhi ujian dan kejayaan! Bersemangat dan utuh kukuh berteras iman! Keyakinan yang total dengan janji Allah dan kata-kata Rasullah!


Sebab itu, WAJIB untuk kita ambil iktibar daripada kisah/seerah ni! Keyakinan yang sepenuhnya pada Allah..total! Kita pula bagaimana??


p/s: bersambung pada entry akan datang.

2 comments:

weda said...

wajib g nh. tapi ad spe2 nk buat tutorial arabic lang free x? hihi

Seri Bunga said...

hihi..mmg wajib p! ley berguru ngn kak yam!!hhihi..