4/11/2010

NOTA JIWA: TIDAK BOLEH UNTUK RAGU WALAU SETITIS!



=KITA YANG PILIH ITU!=


Bila terjadinya sesuatu perihal yang bertentang dengan kemahuan hati dan diri, majority daripada kita memilih untuk bersedih dan sesetengah, memilih untuk merasa marah. Apa yang terlintas di minda ialah persoalan kenapa kita yang dipilih untuk diberi ujian kesusahan ini. Di sinilah medan penguji keimanan. Akan tertapis..yang mana beriman sepenuhnya pada Allah, dan yang mana beriman hanya mengikut situasi.


“Iman itu bukan sekadar kata-kata, bukan sekadar angan-angan, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal”

[Hadith]


Itulah hakikatnya. Tidak cukup dengan kehebatan berkata-kata berkenaan KEIMANAN jika diri terlalu lemah untuk melahirkan keimanan dengan amal...kerana kita tidak mahu menjadi seperti:


“Dan di antara manusia ada yang berkata, ‘Kami beriman kepada Allah dan Rasul dan hari akhir’, padahal sesungguhnya mereka bukanlah orang-orang yang beriman

[Al-Baqarah:8]


Itu adalah manusia hipokrit! Dan kita tidak boleh menjadi seperti mereka jika syurga Allah matlamat kita!



=IA ISTIMEWA..KALIAN NAMPAK TAK??=


Sedarkah kalian, bahawa keimanan itu unik dan istimewa??


Ini contohnya. Beriman kepada Allah. Bila kita mengaku keimanan kita pada Allah, secara automatic, kita akan mengakui beriman dengan Rasul pilihanNya, kita akan mengaku beriman dengan malaikat-malaikat yang diberi tugas olehNya, kita juga akan mengakui beriman dengan setiap ketentuan qada’ dan qadar Nya, dan mengakui keimanan tentang hari akhirat yang menjadi medan timbangan amal dan hari pertemuan denganNya. Dengan pengakuan beriman kepada Allah, yakni Illah dan Rabb yang Ahad, ia membuahkan keimanan terhadap yang lainnya! Jelaskah kalian?




=HANYA YANG TERASA AKAN MULA MENGHARGAI..=


Baik diuji dengan ujian kesusahan atau kesenangan, manusia seringkali jatuh. Bila susah, Pemberi Kesusahan dipersalahkan..Bila senang, Pemberi Kesenangan dilupakan dan diketepikan..itulah hakikatnya, walaupun tak semua melihatnya sebagai kebenaran..


Bila seorang yang kaya raya diuji dengan kemiskinan atau ‘bankrupt’, barulah dia melihat kekayaan itu sebagai satu nikmat.. bila seorang yang sihat tubuh badan diuji dengan kesakitan, dia akan sedar bahawa kesihatan itu mempunyai nilai terbesar..dalam erti kata lain, HANYA MEREKA YANG KEHILANGAN AKAN MELIHAT APA YANG HILANG ITU SEBAGAI SATU ANUGERAH DAN NIKMAT!


Tetapi..ada juga antara kita yang seringkali kufur nikmat..terlupa untuk melafazkan dan melahirkan syukur..


“ Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang(biasa) kamu seru, kecuali DIA(ALLAH). Tetapi apabila DIA menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari ALLAH) dan manusia memang selalunya kufur”

[Surah Al-Israa’: 67]


Hanya kerana sedikit ujian, kita terlupa segala kesenangan dan kurniaan yang Allah beri pada kita. Hanya kerana sedikit kesusahan yang Allah timpa atas kita, kita dengan segera menunding jari,dan menembak persoalan kepadaNya. Sudahlah iman hanya selapis, dikoyak-koyak dengan mempersoalkan tindakan Allah! Dan peringatan pada diri Bunga dan kalian yang membaca, KITA TIADA HAK UNTUK MEMPERSOALKAN ITU!! Dan pastinya, ia berlaku bersebab dan sebabnya itu adalah yang terbaik untuk mereka-mereka yang diuji!


=TIDAK BOLEH UNTUK RAGU-RAGU!=


Sebab itu, keimanan tidak boleh bercampur-baur dengan unsur-unsur lain!


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar.”

[Al-Hujurat:15]


Lihatlah..ianya satu URGENSI untuk kita beriman tanpa rasa ragu-ragu, tanpa rasa sangsi! Tasdiq yang tak bercampur dengan sedikit pun elemen was-was! Dan inilah yang menjadikan kita PEMENANG di akhirat nanti..insyaAllah..


Sedar atau tidak, mereka-mereka yang bangun bangkit setelah diuji, jiwa mereka semakin hebat dan kuat! Terlahir satu rasa untuk mempertahankan diri agar dirinya menang dalam ujian itu!


Lihat sahaja contoh generasi para sahabat, yang mana keimanan mereka diuji, dan mereka semakin kuat setelah berjaya mengatasi ujian itu! Suhaib Ar-Rumi contohnya, dek kerana keyakinan terhadap Allah yang jitu, beliau tidak merasa apa-apa tatkala menyerahkan segala hartanya yang melimpah-ruah pada orang –orang kafir Quraisy yang menghalang perjalananya ke Madinah. Allah dijadikan keutamaan..Islam menjadi sumber kekuatannya..dan Rasullah sendiri mengiktiraf beliau sebagai ‘orang yang beruntung’! dan inilah keuntungan yang sepatutnya dicari dan dikejar!


Sumaiyah, yang pengakhiran hidupnya penuh terseksa oleh orang kafir, begitu yakin pada Allah, tiada ragu-ragu walau setitis! Sehingga nyawanya tercabut dari jasad, Allah yang beliau imani! Islam yang beliau anuti! Inilah hasil keimanan!


Dan paling teruji, sewaktu peristiwa Isra’ Mikraj...inilah fasa di mana tertapisnya mereka yang beriman dengan Allah dan RasulNya secara total dan mereka-mereka yang imannya hanya satu ilusi! Saat ini, ramai yang gagal dalam ujian keimanan dan berpaling kerana peristiwa ini tidak dapat diterima oleh logic akal mereka! Perlukah logic akal sedenagkan Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Hebat??Perlukah??


Apabila seseorang itu mengambil peraturan hidup selain daripada peraturan hidup yang Allah tentukan, itu maknanya dia ragu-ragu dengan peraturan Allah! Sedangkan Allah dah kata:


“Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah”

[Al-Baqarah:138]


Nampak tak??Tiada agama lain yang sebaik agama Allah! Jadi, jika kita beriman dengan Allah, wajarkah kita mempraktik peraturan hidup agama kuffar lain dalam kehidupan kita? Jika kita benar-benar beriman dengan Rasul pilihan Allah, mengapa seringkali kita menolak untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan kita dan memilih untuk beramal dengan amalan adat budaya kaum kuffar? Pernahkah kita lihat dan pertimbangkan itu?? Dan mengapa masyarakat tidak mahu bergerak ke arah itu?? Jika mereka tidak mengetahui, kita yang tahu memikul tanggungajwab untuk memberitahu mereka! Tetapi jika menolak setelah diberitahu, bagaimana pula??



Bunga sedar..dalam diri manusia yang serba kekurangan, pasti akan nada sedikit kekurangan dan jahiliyah dalamnya..lihat sahaja kisah Abu Dzar RA dan Bilal bin Rabah. Tatkala Abu Dzar memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan ‘anak hitam’, pantas Rasullah menegur:


“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya dalam dirimu masih ada jahiliyyah


Itu kisah sahabat termulia Rasullah. Kita pula..aduhai, terlalu banyak lubang sana sini..dosa tercalit merata..


Sebab itu, bila kita jatuh, kita perlu bangun! Fikiran perlu positif..bahawa ujian yang Allah beri ini sebagai pengajaran pada kita..dan sebagai satu tarbiyah untuk kita mempertingkat iman! Daripada yang lemah kepada yang hebat! Daripada yang jatuh kepada yang bangun!


Wahai teman-teman yang Bunga cinta, orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang beriman dengan Allah sepenuhnya tanpa sedikit pun rasa ragu. Mereka tidak pernah rasa ragu-ragu pada setiap perkara yang ditanzilkan oleh Allah. Mukmin hebat takkan pernah ragu dengan segala hukum dan ketetapan Allah! Inilah iman yang sohih dan yang wajib dipraktikkan dalam amalan kita! Ianya tak cukup jika hanya sekadar laju terlancar di bibir, malah ia perlu lahir dalam waqi’ harian!


=KENAPA BUNGA SUKA ULANG TOPIK SAMA?=


Mungkin ada yang perasan (atau mungkin juga ramai yang tak perasan), Bunga banyak kali mengaitkan topic keimanan ni dalam tulisan Bunga. Jawapan Bunga mudah:


“Kerana Bunga rasa semakin kuat untuk berdepan masalah bila Bunga persoal isu keimanan pada diri Bunga sendiri”


Seerah dah jelas membuktikan, bahawa hanya mereka yang punya keimanan hebat dan tinggi pada Allah sahaja yang beroleh perlindungan dan kasih sayang Allah. Nikmat kesusahan itu satu ujian, dan nikmat kesenangan itu juga satu ujian!


Apa lagi..mari pertingkat iman!





0 comments: