3/21/2010

PERKONGSIAN: LEEDS DAY 2



Seawal pagi, kami semua bersiap-siap nak ke program Peace of Palestine (POP). Yang adik-adik ni pula, leka ‘bertukang’ di dapur! Yeaayy!! Memang TERBAIK! Nikmatnya bila menjadi tetamu..hihi..


=TAK SANGKA!!=


Kami sampai ke lokasi program jam 10.30am. Alhamdulillah, ramai peserta hadir..pelajar daripada Warwick, Birm, Edinburgh, Sheffield dan yang pastinya, budak-budak Leeds sendiri!


Tengah dok leka-leka cari ‘seat’, ternampak kelibat seseorang yang sangat ‘familiar!’ Subhanallah..kawan sekelas masa Form 1 dulu! Zaida dengan Saidah! Terasa kecil dunia, kami dah 8tahun tak jumpa, tiba-tiba boleh terjumpa di England ni! Apa lagi, da macam acara jejak kasih la pulak! Hoho..[mode excited masa ni]


Dan kemudian..Bunga nampak kelibat ahli keluarga tercinta Bunga..Kak Ana Notts!! Aduhai..rindu sangat kat Kak Ana..huhuh...[hihi..pastu terjadla sekejap episode jejak kasih]..Di samping tu, kenal lagi dua orang kakak baru..kak Faizah dan kak Noni! Bertambah lagi talian ukhwah yang dibina..alhamdulillah..




=PROGRAM=


POP kali ini dimulakan dengan perkongsian kak Madihah, pelajar pergigian di New Castle. Akak ni berkongsi di bawah topik TURKI: ANTARA FATEH DAN KAMAL. Pengisian yang hebat..penyampaian berkesan! [pada Bunga la kan, pada orang lain,tak tahu la pula] Bab ni, Bunga akan kongsikan dalam entry khas kemudian. Tapi yang jelas, hari ini Bunga semakin tahu bagaimana Turki berjiwa Islam dahulu..bagaimana agen perubahan mengubah kondisi kehidupan rakyat Turki..dan juga bagaimana Kamal Antartuk menjadi ‘kambing hitam’ Yahudi dalam menghancurkan masa depan masyarakat Islam di Turki!


Hampir dua jam, sesi pertama tamat..jadi kami diberi ‘lunch’ percuma! Nasi Ayam LEEDS! Sekali lagi..syukur pada Allah sebab kedatangan ke sini memang dah terlalu dimudahkan dah! Makan free..buku pasal Palestin free..dilayan macam tuan puteri..nikmat yang teramat..[tiba-tiba teringat Surah Ar-Rahman..Allah ‘highlight’ nikmat yang Dia beri..Allah tanya berulang kali..

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?”



Mm..[mode me’reflect diri]

=PALESTIN!!=


Sampai juga ke part paling best! Pengisian pasal Palestin oleh Ustaz Burhan. Macam-macam Bunga nak cerita tapi insyaAllah, Bunga akan tulis entry khas pasal Palestin. Tapi kini Bunga semakin jelas, kenapa Palestin menjadi sasaran Zionis, apa yang terjadi pada saudara Islam kita di sana..bagaimana hilangnya ukhwah sesama negara Islam..bagaimana ‘selfish’ nya kita sendri sebagai umat Islam..dan yang jelas..APAKAH PERANAN KITA sebenarnya!!



Banyak ditunjukkan video pengalaman mereka-mereka yang pergi sendiri ke Semenanjung Gaza melihat mangsa-mangsa perang itu..Bunga tak mampu nak gambarkan betapa sakitnya,betapa menderitanya mereka..ada satu part ni, budak laki ni meraung kesakitan akibat terkena senjata kimia..ya Allah..badannya amat sakit..

“It’s killing my body!!”


Air mata mula menitik..ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara Islamku ya Allah..berikanlah mereka kekuatan untuk terus menghadapi ujianMu ini.. Bunga sendiri terasa sakit melihat mereka-mereka yang sakit..limpahan darah..tangisan anak-anak kecil..memang Zionis kejam! Manusia berhati syaitan!!


=PENUTUP=


Sesi terakhir..bersama seorang student Sheffield. Brother ni bercerita pasal CAMERA DSLR!! Aduhai..mula-mula Bunga pelik..apa pula kaitan kamera dengan Palestin?? Niat di hati nak lari je ‘time’ tu..tapi bila Cik Yam ‘explain’, baru la Bunga faham..



Setiap apa disekeliling kita, kita kena manfaatkan untuk Islam. ‘Even’ dengan kamera pun! Mereka yang tak faham, akan guna kamera hanya untuk suka-suka. Tapi kita sebagai mukmin,kena ‘manipulate’ kamera tu untuk bantu Islam! Kita boleh guna kamera untuk menyampaikan dakwah..menyampaikan mesej Islam! Bunga memang nak ‘share’ contoh gambar tu tapi dah puas Bunga tanya pakcik Google tapi tak berjaya pula..huuhu..


=PAKEJ PENAT BERSAMA MANFAAT=


Abis program dalam pukul 5..Kak Ana ajak kami ke rumah seorang temannya,jemputan makan!hihi..syok la kami! Kak Dila dan suaminya siapkan laksa Johor dan roti jala! Wahh..bukan senang nak jumpa makanan macam tu kat England ni! [kecuali kalau mereka yang SANGAT rajin masak!hihi]



Lepas dah kekenyangan, Kak Noni pula ajak makan kat rumah dia! Subhanallah!! Rezeki yang Allah bagi tak putus-putus! Kekenyangan lagi la kami dengan kuewtiow tomyam dan pencuci mulut dan kuih muih yang enak! [masa menulis ni pun..terasa lagi makanan di tekak..huhuh]


Tapi yang penting..Bunga dapat macam-macam arini! Bunga dapat:


-Kenal teman-teman baru! Dapat duduk dalam suasana ukhwah!


-Menambah kesedaran dan ilmu lagi berkenaan Turki dan Palestin..menambah rasa nak berjihad sehabis boleh untuk Islam!


-Dapat makan pelbagai jenis makanan!hehe..


..dan malamnya, terasa amat letih dan terus lena..menanti mentari hari esok..ohh..



2 comments:

Unknown said...

pray for palestine.

Seri Bunga said...

insyaAllah..pray for them too..semoga darah yang mengalir,menjadi bukti jihad mereka di hadapan Allah nnt..