3/02/2010

NOTA JIWA: ITU PENAWARNYA..


Pertama dan selamanya, lafaz syukur Bunga kepada Allah kerana masih memberi kesempatan kepada Bunga untuk terus bernafas sampai saat ini. Sekali lagi Allah izin Bunga dan teman-teman bersua wajah melepas rindu dengan niat mahu menambah kecintaan kepada Allah..dan kali ini, catatan Bunga lebih kepada peringatan nota buat Bunga dan kalian para pembaca mengenai ZIKRULLAH. ..penawar segala jenis penyakit..

Zikrullah = mengingati Allah


=APAKAH ITU??=


Soalan pertama: apa yang dimaksudkan dengan ‘mengingati Allah’?


Bunga suka dengan kata-kata Fathi Yakan:

“Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut nama-Nya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana zikir


Itulah zikirullah! Mengingati Allah itu bermakna setiap inci yang kita buat itu, adalah kerana, untuk, dan hanya Allah matlamat kita.


Adakah zikrullah itu cukup dengan sekadar lafaz kata-kata@zikir selepas solat sahaja? Jawapan Bunga: TIDAK!


“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”.

(Ali-Imran:191)

Sudah terang lagi bersuluh..dalam apa jua situasi..dalam apa jua kondisi, perlu zikrullah..perlu ingat Allah!


=MENGAPA PERLU ZIKRULLAH??=

Ketenteraman jiwa hanya datang bila kita mengingati Allah..

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.

(Ar-Ra’d:28)

Pengalaman Bunga sendiri, bila kita mengingati Allah, memang jiwa akan tenteram. Tak kira sehebat mana pun ujian yang Allah beri pada kita, jiwa akan mudah ditenteramkan andai Allah sentiasa dalam peringatan kita..bukan sahaja dalam lafaz kata-kata, tapi juga dalam perbuatan kita. Pokoknya adalah hati kita..letak Allah dalam hati kita..insyaAllah, itulah ubat penenang terbaik!

Paling utama, wajarkah kita melupakan walau sesaat..satu kuasa yang dah memberi terlalu banyak nikmat dalam hidup kita? Atau wajarkah kita mengingati sesuatu yang lain lebih daripada Pencipta dan Pemilik diri kita ini?? Jika itu yang kita lakukan, memang kita dalam golongan orang-orang yang tak tahu bersyukur dan berterima kasih!

Satu peringatan..Allah tak rugi atau untung pun kalau kita tak ingat Dia. Malah yang rugi itu kita! Kerana zikrullah itu manfaatnya berganda! Kepada siapa?? Kepada kita! Ya..pada kita yang asasnya hina..hina kerana kita ini hamba! Hamba kepada Allah!


=KELEBIHAN ZIKRULLAH=


Kalau nak cerita, sangatlah panjang sebab sangat banyak! Tapi Bunga mahu kalian lihat dengan jelas, yang zikrullah ini fungsinya sebagai ubat segala permasalahan manusia beriman! Dan insyaAllah..itulah matlamat kita!

1. Bila zikrullah menjadi amalan, kita akan rasa selamat. Kenapa?? Sebab kita rasa Allah sangat-sangat dekat dengan kita!


2. Waktu itu, kita akan rasa amat tenteram. Jiwa rasa tenang..tak ada yang mengganggu gugat jiwa! Kenapa?? Kerana Allah sentiasa ingat pada hambaNya yang ingat Dia!


3. Bila zikrullah mengalir dalam aliran darah dan denyut nadi kita, syaitan-syaitan semua lari. Sebab dalam diri kita terbina kukuh banteng pertahanan! Kerana keyakinan kita kepada Allah, Illah yang satu.. kuasa terhebat tiada bandingan! Dan pasti, syaitan tak mampu nak mendekati kita!


4. InsyaAllah, bila mana Allah sentiasa dalam ingatan dan zikrullah itu menjadi rutin lidah kita, diri kita akan didorong untuk melakukan perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Allah..kita tahu Allah at-Tawbah, kita akan bersemangat untuk bertaubat dan terus bertaubat. Kita tahu Allah ar-Rahim, kita tak henti-henti berkasih sayang dengan Allah. Indah kan??


Betapa hebat kesan zikrullah pada manusia beriman! [dan insyaAllah..kita juga dalam golongan beriman, selagi mana kita beramal dengan amalan-amalan orang beriman!]

..dan ketahuilah, zikir yang terbaik itu adalah kalimah shahadah!..

Satu hadith Rasullah yang Bunga yakin terkait rapat dengan zikrullah ini:

“Tidak akan mencuri seseorang itu tika mana dia mencuri, dia beriman. Tidak akan minum arak seseorang itu, tika mana dia minum arak, dia beriman. Tidak akan berzina seseorang itu, tika mana dia berzina, dia beriman”

Mana mungkin seseorang itu mencuri kalau dalam ingatannya ada Allah..mana mungkin dia minum arak andai Allah dalam hatinya saat itu.. dan tak mungkin seorang itu melakukan zina terkutuk andai Allah sentiasa dalam jiwanya!!


=BERSUARA UNTUK DIRI SENDIRI JUGA..=


Perkongsian dengan teman-teman Bunga hari ini (Maryam, Sabrina, Wani, Aufa, dan kak Zu..Bunga cinta kalian!) sungguh bermakna pada Bunga..


..kerana ia sangat menyedarkan Bunga.. Allah tak pernah lupakan hambaNya..malah kita yang melupakan Dia.. Astagfirullah..andai Bunga mati tatkala bersedihan memikirkan masalah sampai melupakan Allah..bagaimana nasib Bunga di akhirat nanti..?


..kerana saat Bunga memerlukan pengisian jiwa yang terkadang terasa kosong..saat Bunga merindui suasana riuh manfaat bersama teman-teman, ada mereka yang mengingatkan Bunga tentang Allah..tentang kasih sayang Allah..benarlah..

..jiwa seseorang mukmin itu selalu merindui suasana iman dan ukhwah..

..dan ketahuilah..jiwa orang mukmin itu terisi cukup dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


..renungkan..kita ini di tahap mana..?

p/s: sangat-sangat bersyukur dikurnia teman yang tak jemu memberi peringatan tentang Allah. Sesungguhnya, kalian sahabat terbaik Bunga..jazakumullahu khairan kathira..

0 comments: