3/09/2010

NOTA JIWA: DIA AMAT DEKAT..

Semalaman..jiwa Bunga terasa lemah. Dihimpit beberapa permasalahan dunia..yang pasti kuncinya adalah IMAN (Alhamdulillah..Allah beri Bunga rasa sebegitu)..


Hanya pada Allah Bunga tunduk..menyerah diri sepenuhnya..hanya pada Allah, Bunga menadah tangan..memohon doa..semoga Allah melapangkan dada..memudahkan segala perkara..ya..berdoa itu perlu!



=MASALAH ITU MENGUJI TAHAP PERGANTUNGAN MANUSIA=


Semua manusia adalah masalah. Si ayah pening memikir bagaimana mengurus kewangan keluarga yang kian meningkat..si ibu gusar melihat tingkah laku anak yang pelbagai ragam..pelajar pula dihimpit beban peperiksaan..muda mudi sesak dada dihimpit permasalahan cinta manusia.itulah hakikat!


Manusia itu penuh dengan dosa..Bunga sendiri, seringkali dihimpit kenangan dosa silam..saat ini, hanya Allah tempat memohon keampunan..bertaubat dan terus bertaubat..dan sekian kalinya..doa dikirim kepada Allah..


Saat dihimpit jutaan permasalahan..hanya Allah yang Maha Memberi Kemudahan..segala apa yang timbul akan menjadi medan ujian tahap pergantungan manusia kepada Allah.


Bila ini semua berlaku..kita meminta kepada Allah..kita merayu meminta belas kasih sayang Allah..inilah yang disebut doa.


Bunga seru..berhajatlah kepada Allah Taala..berdoalah..


=ALLAH ITU DEKAT..SANGAT DEKAT..=


Kita semua adalah fakir akan rahmat Allah.


“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji”.

[Al-Fathir:15]


Allah menyuruh kita berdoa kepadaNya..meminta pertolongannya..memohon rayu penuh jiwa hamba..kerana Allah itu amat dekat..lebih dekat daripada urat leher [Qaf:16]


Rasulullah pernah ditanya oleh seorang pemuda:


“Apakah Tuhan itu jauh sehingga kita perlu memanggil, atau dekat sehingga kita bermunajat kepada-Nya? Adakah Dia jauh hingga kita perlu panggil YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, atau kita bermunajat denganNya dengan tenang?”


Terdiam Rasulullah..sehingga turun firman Allah:


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabiladia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”

[Al-Baqarah:186]


Lihat..betapa Allah tak pernah menjauh daripada kita..Allah sangat dekat dengan kita..tapi kita sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada Allah..malah kita sombong! Tatkala susah, baru terhegeh mencari jalan pulang..betapa tidak bersyukurnya kita..




=DOA ITU IBADAH=


“Doa itu ibadah”

[Hadith Riwayat Ibnu Majah dari Nukman bin Basyir]


Bunga tak arif Bahasa Arab, tapi setahu Bunga, ‘ibadah’ berasal daripada perkataan ‘abd' yakni hamba atau perhambaan (betulkan Bunga kalau Bunga silap..)


Bila sebut sahaja ‘hamba’, apa yang terbayang adalah ketundukan..penyerahan diri secara TOTAL!


Seseorang itu mungkin solat tapi dek kerana tidak fokus pada solat, dia tak merasa ketundukan itu..seseorang itu sistematik berzakat tetapi mungkin juga tidak merasa nikmat ketundukan..


Akan tetapi..bila seseorang itu mengangkat tangan..berdoa..itulah saat dirinya benar-benar hamba..benar-benar menyerah diri pada suatu kekuasaan yang Maha Hebat..pada Bunga, itulah puncak kehambaan! Kerana hamba itu lemah..sentiasa memerlukan perlindungan..memerlukan pergantungan..iaitu Allah!


=’AKU BERDOA TAPI KENAPA ALLAH TAK PERKENANKAN??’=


Wahai teman kecintaan Bunga..


Suatu masa dulu, persoalan itu sering menghantui Bunga..seringkali berdoa tapi tak juga termakbul..persoalan KENAPA seringkali menggugat iman Bunga..


Ketahuilah..sesungguhnya ada hikmah disebalik penangguhhan doa itu..


Allah suka pada hambaNya yang berdoa..


“Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Wahai Jibril, apakah hamba-Ku berdoa kepada-Ku? Jibril menjawab: Benar ya Allah! Allah berfirman: Wahai Jibril, adakah hamab-Ku memohon permintaan kepada-Ku? Jibril menjawab: Benar, ya Allah. Lalu Allah berfirman: Wahai Jibril,akhirkanlah permintaan hamba-Ku itu, kerana Aku suka mendengar suaranya

[Hadith Riwayat Anas]


Lihat wahai teman..Allah sedang mengajar kita erti perhambaan..Allah mahu kita berdoa..sampai saat kita merasa nikmat manis mendekatkan diri dengan Allah..


..atau lebih ringkas Bunga coretkan, Allah tunda doa-doa kita kerana Allah suka dengar rayuan hambaNya..


Allah nak kita jadi kuat untuk melawan godaan syaitan, yang tak putus asa menggugat iman kita dengan cara membangkit keraguan kita terhadap kasih sayang Allah..


Tambah keyakinan yang ada..bahawa Allah itu Maha Pemakbul doa hamba-Nya..


Akan tetapi..


..perlu sentiasa beri peringatan pada diri..


“Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa dan permintaan kita jika pada masa yang sama,kita terus-menerus melakukan dosa??”

..yang itu..Bunga seringkali ingatkan diri sendiri. Ya..Bunga tahu manusia tak sempurna, tapi Allah mahu kita bergerak ke arah kesempurnaan! Yang penting..USAHA!


Bunga nak berkongsi..kata-kata nasihat daripada seorang ibu yang Bunga kenal di alam blog..tapi amat dekat di hati Bunga..


“tabahkan hati n berbaik harap dgn Allah. Nanti kita akn beroleh ketenangan. mmg kadangkala mnyesakkan perasaan...mengadulah selalu kpd Allah. menangislah dlm sujud kpdNya...insyaAllah kita akn dikasihaniNya. Anakda cubalah...di situ terbit kkuatan yg lama kesannya”


p/s: ummi, terima kasih ummi..Bunga akan pegang kukuh nasihat ummi ni..


=TERUS DAN TERUS..JANGAN PUTUS ASA..=


Saat diuji..berdoalah agar Allah memberi kekuatan untuk terus bersemangat menghadapi ujian..


Saat nikmat diberi..berdoalah agar Allah memberi rasa syukur dan rendah diri dalam hati..


Allah itu dekat..sangat dekat..setiap janji Allah itu pasti..apa lagi yang kita tunggu? Berdoalah..


p/s: Ya Allah..kekuatan jiwa ini datang daripadaMu..kelemahan yang kini terasa juga atas keizinanMu..andai nikmat ujian yang Kau beri dapat mempertingkat imanku ya Allah..aku redha atas ujianMu..


0 comments: