3/13/2010

HATI OH HATI...




Setiap manusia punya hati. Ya..ada yang hatinya sihat, ada juga yang hatinya sakit..tak terkecuali juga buat mereka yang berhati mati..


Hati itu adalah segalanya..segalanya buat manusia..


Sabda Rasullah:

“Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati (jiwa)”

[Riwayat Abu Ya’la]


“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu

(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


=PERANAN HATI=


Hati ini pencetus kebaikan dan kejahatan! Hati yang mengendalikan tubuh badan kita. Dan jelas bahawa hati bertanggungjawabkan atas diri manusia itu lakukan..dan ini akan disoalkan di akhirat kelak! Sedarkah kalian? Kita akan ditanya bagaimana kita mengendalikan hati!


“Dan janganlah kamu menginguti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan

[Al-Isra’: 36]


Bunga tergerak untuk berbicara berkaitan hati kerana ayat ini. Allah izin, Bunga ‘come across’ ayat ni, buat Bunga terfikir, sejauh mana hati Bunga berfungsi..membumikan apa yang Bunga tahu (ilmu)..


Kalian setuju tak kalau Bunga katakana yang hati ini ibarat raja? Kerana hati mengatur gerak segala perbuatan kita..baik atau buruk..


Lihat keliling kita, atau mungkin sahaja diri kita sendiri..betapa banyak jiwa-jiwa yang gagal mengawal tingkah laku..kerana hati tak berfungsi seperti yang sepatutnya! Hati tidak mengawal malah dikawal oleh nafsu!


“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya hat itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati

[Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir]


Nampak tak?? Kalau hati jahat dan kotor, abis pincang akhlaq pemilik hati itu! Dan hati yang baik itu..dipenuhi sinar iman, dipancang kukuh..menjadi rebutan..menjadi tauladan..


=KAMU PUNYA YANG MANA SATU??=


Mengikut bacaan Bunga, ada 3 jenis hati (kenyataan ulama). Jadi, jom kita tengok, hati kita yang mana satu ye..


a) Qalbun Sahih


Hah..maksud qalbun sahih adalah hati suci! Atau dalam erti kata lain, hati ni sihat! Tak sakit! Pemilik hati jenis ni membuat SETIAP perkara kerana Allah! Cintanya kerana Allah..bencinya kerana Allah..marah juga kerana Allah!

Hatinya dipenuhi iman..bersemangat berubudiyyah kepada Allah! Bukan sahaja ibadah khusus, tapi ibadah umum juga dikejar bersungguh-sungguh! Menuntut ilmu..berkongsi harta..dan macam-macam lagi!


b) Qalbun Mayyit


Maksudnya hati yang mati! Yang tak ada kehidupan! Yang tak kenal pencipta dirinya! Yang ingkar akan perintah Allah! Hati seperti ini dikawal nafsu dan syaitan..tertabur luas benih-benih sikap mazmumah..mereka tak kisah segala apa yang mereka buat itu diredhai Allah atau tidak..mereka biar syaitan mengurus hati mereka..mereka biar nafsu memenuhi ruang hati mereka..



MasyaAllah..semakin lama,mereka menjauhi Allah..mereka memekakkan telinga apabila diseru kembali kepada Allah..mereka menolak apabila diberi ilmu mengenal Allah..alangkah ruginya pemilik hati mati ini..


c) Qalbun Maridh


Bunga pasti, banyak di antara kita merasakn yang hati mereka jenis ini. Bunga pun rasa macam tu.. Qalbun Maridh ni maknanya hati yang sakit. Ya..hati yang ada penyakit. Masih ada kehidupan tapi memerlukan rawatan (yup..perlu rawatan segera!). Ada tertabur benih takabbur, dengki, sikap terlalu cinta dunia, riya’! Jangan ingat hanya luaran badan kena bersih, malah hati juga perlu sentiasa dibersihkan!


Sangat perlu untuk dibersihkan kerana hati jenis ini berada di tengah-tengah antara hati yang suci dan hati yang mati! Jadi, kita kena kasi ‘polish’ supaya bersih dan suci! Kalau tak, macam mana nak hubungkan hati dengan Allah? Macam mana nak mencintai Allah kalau hati sakit lagi berpenyakit??


Dan sekarang kalian dah tahu hati kalian jenis mana kan? Jadi, tunggu apa lagi! Bersihkan hati!


=PERLU..=


Wahai teman kecintaan Bunga..amat berbeza hati seorang mukmin dengan hati seorang kafir..


“Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala hati seorang kafir itu hitam dan berpenyakit

[pesanan Saidina Ali]


Didiklah hati kalian dengan iman..berebutla untuk mengisi hati kalian dengan ilmu..Bunga kata ini bukan hanya kepada kawan-kawan Bunga tapi juga pada diri Bunga sendiri..


Yang pasti, jangan sesekali biar syaitan menang dan kawal hati kita! Jangan!


Contoh:


1) Kalau dah bangun awal Subuh, jangan dengar bisik syaitan yang suruh kita sambung tidur (walaupun 5 minit!!) Kata kat syaitan..”AHH!! AKU TAK TERGODA DENGAN KAU! P BERAMBUS! AKU NAK SOLAT!).


2) Kalau ada lebihan makanan dan kita tak habis dan masih dalam kondisi baik, jangan biar rasa tamak menang!! Berikan makanan itu pada kawan-kawan atau sesiapa yang tengah lapar. Kalau tak, kita mungkin akan membazir! Dan pastinya, jangan tempah tiket untuk jadi kawan syaitan!


3) Kalau ada kawan-kawan kita ajak kita pergi buat maksiat (tengok konsert ke, pergi join kelab mengumpat ke, pergi ‘ushar’ jejaka kacak dekat gym ke), sila bagitahu mereka.. “Eh, sejak bila korang jadi ‘partner’ syaitan ni?!” (memang la keras bahasanya tapi kalau ni je cara sedarkan mereka, kenapa tidak??)



=KONKLUSI=


Sekarang ni Bunga nak sambung buat assgingment. Bunga taknak nafsu malas dan bisik goda syaitan mengawal hati Bunga... yang menyebabkan Bunga tidur dan buat benda-benda tak befaedah..oh...

3 comments:

Unknown said...

menyelamatkan hati dari mati.

Ameen Muslim said...

alhamdulillah akhirnya dapat juga saya hantar komen. syukran atas perkongsiannya. nice entry!

Seri Bunga said...

..insyaAllah..selagi nafas terhembus..selagi itu kite berpeluang hdupkan hati..