3/03/2010

..DAN KITA..BAGAIMANA?...

Entry kali ini, Bunga nak mulakan dengan bercerita. Semoga beri manfaat pada semua!


=KISAHNYA..=


Kisah 1

Ada sepasang sahabat sedang berjalan ke hulu sungai kecil. Tiba-tiba mereka terlihat seekor cicak naik atas badan seekor katak. Mereka terkaku melihat peristiwa itu. Katak itu membawa si cicak tadi menyeberangi sungai kecil. Dua sahabat tadi ikut sama menyeberangi sungai itu untuk melihat keadaan katak dan cicak tadi.

Kemudian, mereka ternampak seorang pemabuk yang tiba-tiba pengsan. Saat itu juga, keluar seekor ular dari celah-celah semak. Ular itu pantas membelit si pemabuk tadi. Tanpa diduga, cicak tadi melompat ke atas badan si ular..dan..PERGELUTAN berlaku! Mengkagumkan! Tindakan cicak tadi mnyebabkan ular tadi menyusup laju melarikan diri ke arah celah semak. Dan cicak kemudian naik semula ke atas badan katak tadi..dan mnyeberangi sungai itu semula. Kedua sahabat tadi lantas pergi ke arah pemabuk tadi dan cuba menyedarkan pemabuk tadi. Bila pemabuk dah sedar, mereka menceritakan apa yang telah terjadi.

Lelaki pemabuk itu menangis.. “Ya Allah, itu caranya Kau berurusan dengan orang yang mengingkari Engkau...agaknya bagaimana pula perlindungan Engkau pada mereka yang mentaati Engkau..”..Lelaki pemabuk itu memilih untuk bertaubat..


Kisah 2

Ada seorang nelayan yang hidup susah bersama keluarganya. Satu hari, si nelayan dapat tangkap ikan yang luar biasa saiznya...amat besar! Dengan senang hati, si nelayan bawa ikan tu ke pasar untuk dijual. Dalam perjalanannya, ada seorang lelaki sasa cuba merampas ikan si nelayan. Bila si nelayan melawan, si lelaki tadi mengetuk kepala si nelayan dengan sebatang kayu. Terjatuh si nelayan dengan kepala yang berdarah.

Ya Allah..Kau yang menjadikan aku lemah dan dia kuat. Jadi berikanlah balasan kepadanya dengan segera. Aku tak mampu menunggu sampai dia dibalas di akhirat nanti ya Allah. Pastinya balasan di sana amat berat”, berdoa si nelayan tulus.

Lelaki gagah tadi suruh isterinya bakar ikan itu untuk dimakan. Waktu si lelaki nak mencubit ikan itu, tiba-tiba ikan itu melompat daripada pinggan dan menggigit jari si lelaki itu. Dek kerana sakit yang amat, dia pun pergi berjumpa doktor.

“Cara terbaik adalah dengan memotong jari kamu ini, kalau tak, akan merebak ke seluruh tangan” kata doktor.

Namun, setelah jari dipotong, lelaki tadi masih rasa sakit yang amat, tapi kali ini dilengannya pula. Dan sekali lagi..doktor terpaksa memotong lengan lelaki tadi. Kesakitan yang teramat itu dah merebak ke tangan sebelah lagi. Akhirnya..kudunglah kedua-dua tangan si lelaki itu. Lelaki itu berdoa memohon pertolongan Allah.



Suatu malam, lelaki ini bermimpi. Dalam mimpi itu, dia bertemu seseorang yang berpesan.. “sampai bila kamu mahu anggota badan kamu menanggung sakit. Pergilah bertemu pada orang yang kamu dah berbuat salah padanya. Minta maaf padanya”.

Bangun sahaja daripada tidur, segera si lelaki ini bertemu dengan nelayan tadi. Lelaki ini meminta maaf bersungguh-sungguh pada si nelayan dan menyesal atas perbuatannya. Dan akhirnya si nelayan memaafkan si lelaki itu dengan sepenuh kemaafan. Alhamdulliah..Allah izin si lelaki itu sembuh daripada kesakitan walaupun kini dia telah kudung.


=ITULAH MANUSIA..=

Fitrah kejadian manusia..nasia..yakni lupa. Namun, bila kesedaran itu ada..bertaubat itu sesuatu yang wajib bagi seorang mukmin!

Lihat sahaja contoh di atas..betapa kasih, betapa cinta Allah pada hambaNya. Walaupun lelaki itu melupakan Allah, Allah tak pernah lupakan hambaNya. Ujian diberi, sebagai tanda kasih dan peringatan..betapa Allah mengambil berat perihal hambaNya..betapa cinta Allah pada kita. Tapi..bagaimana dengan kita? Adakah kita cinta Allah?


Setiap hari, ada sahaja dosa yang kita lakukan..sama ada kita sedar atau tidak..itulah hakikat.


Sabda Rasullah:

“Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu bintik hitam, sekiranya dia bertaubat, maka akan terkikislah bintik hitam itu. Sekiranya dia tidak bertaubat, maka akan merebaklah binitik hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

[Riwayat Ibn Majah]


Sedangkan Rasullah yang bersifat maksum pun bertaubat 100 kali setiap hari..apatah lagi kita??!


Amat berbeza orang beriman yang berdosa dengan orang tak beriman yang berdosa. Orang beriman merasa dosa itu seakan gunung yang menghempap, manakala mereka yang tak beriman menganggap dosa itu semudah menguis lalat yang hinggap di wajah. Nampak tak bezanya?


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

[Surah Al-Anfal: 2]

Lihat pula bagaimana seorang saudara seagama (Kisah 2) mendoakan untuk saudaranya yang lain. Walaupun disakiti, yang meniti di bibir adalah doa kebaikan untuk saudaranya! Bukan dikuasai amarah..tapi diutus doa penuh kerisauan..khuatir balasan azab untuk saudaranya di akhirat kelak! Renung pada diri..bagaimana kita dengan saudara atau sahabat kita? Bgitu juga kah?



=LEMBUTLAH WAHAI HATI-HATI..=

Apa pun..tunjangnya adalah diri kita..


Wahai manusia yang tak lekang berbuat dosa..mohonlah keampunan Allah..sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.


Dosa lama tak patut dilupa..diingat bukan untuk diungkit tetapi untuk dijadikan peringatan..itu yang Bunga selalu beritahu diri Bunga..


Sahabat-sahabat yang Bunga kasihi kerana Allah..jangan pernah berputus asa..mohonlah keampunan Allah..bertaubatlah atas dosa-dosa yang dah kita lakukan..sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas..keampunan Allah itu pada hamba-hambaNya yang ikhlas bertaubat..


Teringat Bunga pada suatu hadith yang pernah dikongsi oleh teman Bunga..yang mana memberi kesan yang teramat pada diri Bunga..Bunga tak ingat hadith penuhnya tapi maksudnya begini..


‘Ada manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga, ibarat syurga disebelahnya sahaja.Tetapi di pengakhiran hidup, dia beramal dengan amalan ahli neraka. Akhirnya tercampaklah dia ke dalam neraka. Ada pula manusia yang beramal dengana amalan neraka, ibarat neraka hanya selangkah daripadanya, tetapi di pengakhiran hidupnya, dia beramal dengan amalan ahli syurga. Akhirnya dia dimasukkan ke syurga’


Hati orang beriman itu insyaAllah lembut dan bisa dibentuk..yakinlah itu..


=SEMENTARA MASIH ADA..=


..Sementara masih ada nafas terhembus..bertaubatlah..mohonlah keampunan Allah..


..Sementara hati masih ‘hidup’..mohonlah taufiq dan hidayah Allah..agar Allah beri pimpinanNya pada kita..


..Sementara masih ada air mata..menangislah sebanyak..tanda kamu benar-benar menyesal dan insaf..tanda masih ada sinar iman dalam jiwa kamu..



..Sementara kamu masih hidup di bumi Allah ini..gunakanlah peluang yang ada ini..sebelum ajal datang menjemput kamu pulang..saat itu, terhenti segala usaha..hanya menanti pembalasan atas segala amal..


p/s1: kematian itu motivasi terbaik seorang mukmin..bersedialah untuk itu.

p/s2: Kisah di atas Bunga petik daripada buku ‘The Stories of Repentance’..oleh Muhammad Abduh Mughawiri.




0 comments: