3/06/2010

BERKONGSI: BERMULA DENGAN..

Ada sahabat yang bertanya..bagaimana Bunga boleh menulis fakta dan meletak rujukan fakta (Quran dan hadith) dalam penulisan Bunga..?

Jawapan Bunga: Membaca!

=MULA-MULA..=


Jiwa mukmin hebat sentiasa haus dengan ilmu..meronta-ronta minta diisi dan diisi lagi..


Bunga tak ingat mana Bunga dapat ayat-ayat itu..tapi yang pasti, kata-kata tu melekat sungguh dalam kepala.


Buat pengetahuan kalian, dahulu Bunga amatlah tak rajin nak membaca! Ohh..sangatlah malas. Tapi kalau baca novel cintan, komik Hajime Kindaichi..amatlah pantas skali!


Tetapi..Allah izin, kat bumi England ni, Bunga banyak terima input-input bermanfaat untuk kegunaan Bunga di dunia and insyaAllah pastinya akhirat. Jadi, mana-mana yang Bunga dengar..Bunga tulis dalam buku catatan. Tapi Bunga masih dengan tabiat malas membaca.


Allah izin Bunga bersahabat dengan teman-teman cinta yang amat rajin membaca. ‘Housemate’ Bunga sendiri, Maryam Fatin, sangat rajin membaca! Kalau naik train ke, naik bas ke..pergi ke mana pun mesti bawa buku! Dulu Bunga macam plik juga..

“Minah ni tak pening ke baca dalam train ni..kalau aku, dah berpinar biji mata!”


Maryam!

Hah..itulah antara bisikan hati Bunga! Serius, memang kagum dengan mereka-mereka yang rajin ni. Tapi Bunga masih tak rajin! Aiisshh..


=PERMULAAN KERAJINAN..=


Aha..terasa kasih sayang Allah bila Allah temukan Bunga dengan seseorang..


HUSNA!


Masa bulan puasa 2009, Allah izin ana banyak ‘spend’ masa berjaulah dengan Husna ke Scotland! Husna ni, memang ulat buku! Duduk dalam train yang hanya lalu dua tiga stesen pun sempat lagi buka buku! Kagum yang amat Bunga dengan dia!


Waktu tu, kalau dok sebelah dia, selalu gak ‘ngintai’ Husna membaca. Hihi..tapi ‘time’ tu Bunga selalu tak bawa buku. Jadi, Bunga akan ajak dia bual-bual. Ngee...tapi bual yang bermanfaat insyaAllah.


Walau macam mana bual pun, tangan dia tak lepas buku! Hah..serius!


Klimaksnya..masa Bunga pergi Dublin. Masa tu, memang Bunga bawa beberapa buku. ‘In case’ kalau mati kutu dalam ‘flight’ ke, dalam train ke, adalah bahan untuk menghilangkan bosan..hoho..

Waktu kat sana, Husna ada cakap..

“Nanti Bunga (bukan nama sebenar) ‘share’lah apa yang baca dari buku tu”

Aha..jadi, Bunga kena la baca!

Itu permulaannya..

Balik dari Dublin, Bunga ikut Husna balik rumah dia di London. Hah.. ‘time’ ni lah satu URGENSI untuk Bunga membaca!

Sebelum naik train..

Bunga (bukan nama sebenar), jangan lupa bawa buku”

Kat bilik Husna..

“Best tak buku tu?”

Nak keluar rumah lagi..

“Bawa buku tak??”


Hah! BUKU..BUKU..BUKU!! Masa tu lah Bunga jadi ‘terbiasa’ dengan buku! Dan sekarang..Bunga cinta buku!


=SEKARANG..=

Sebelum ni, Bunga pandang sepi segala catatan yang Bunga buat. Lepas catat je, terus simpan. Takda rasa langsung nak buka.


Tapi lepas di ‘tarbiyah’ secara tak langsung dengan Husna, baru Bunga bersemangat nak membaca! Malah ‘excited’ bila baca perkara-perkara baru! Alhamdulillah!


Bila membaca, Bunga suka tulis. Sikit-sikit pun tulis...bila dah ada blog ni, apa lagi..lagi banyak la Bunga tulis!yeayy!!


Lagi ‘best’, bila Bunga faham sesuatu yang baru atau ‘come across’ sesuatu yang baru..Bunga akan mula membebel dengan kawan Bunga! Aha..nasib baik dapat kawan yang sanggup dengar bebelan Bunga..hihi..


=TERIMA KASIH YANG AMAT..=


..pada Maryam..kerana kamu buat Bunga kagum dengan ‘habit’ membaca..tak hairan tutur kata kamu penuh berisi..dan sangat terkesan pada Bunga..dan insyaAllah pada yang lain juga. Terima kasih ‘soulmate’!!


..pada Husna..kerana Husna dah bagi satu kesedaran, teguran, ingatan..yang amat berkesan pada Bunga! Teguran Husna yang amat lembut tu lah yang seakan jadi ‘peringatan keras’ buat Bunga supaya membina tabiat membaca. Qudwah yang Husna tunjuk menjadi contoh dan inspirasi Bunga tau! Terima kasih ‘sahabat tercinta’!!


..pada kawan Bunga yang tak jemu-jemu dengar Bunga membebel, bertanya macam-macam dan pelik-pelik.. sampai kadang-kadang bertegang urat leher! Aha..kamu memang sangat memahami..kamu memang sangat sabar..Bunga sayang kamu! Terima kasih teman jiwa!!


..buat pembaca atau yang tak baca tapi singgah juga..kalian buat Bunga semakin bersemangat nak tulis. Bunga tak menanti sebarang komen, cukup kalau penulisan Bunga beri manfaat pada kalian..kalau tak banyak pun, secebis yang ada dah cukup buat Bunga senyum..Terima kasih ya!


Sebahagian daripada keluarga UK Bunga..

0 comments: