2/26/2010

NOTA JIWA: UJIAN YANG MENGUATKAN..

Dah beberapa hari Bunga tak sihat, terasa badan amat lemah. Terasa banyak sungguh ujian melanda..sampai satu tahap, Bunga rasa nak tumbang fizikal dan jiwa. Masa kritikal macam ni, Bunga rasa tak siapa faham Bunga..kecuali Allah..ya..hanya Allah yang Maha Memahami..


=UJIAN..APA TANDANYA?=

Kali ini, Allah menguji Bunga dengan ujian fizikal dan jiwa..mm..terbalik rasanya. Bunga diuji kekuatan jiwa, yang kemudiannya memberi kesan kepada fizikal.

Bunga terpaksa memilih..ya..memilih pilihan yang bukan sahaja kesannya pada saat ini, tahun ini, tapi juga untuk jangka masa panjang..rasanya tak perlu Bunga ceritakan secara penuh tapi cukup Bunga katakan..ujian kali ini semakin menguatkan Bunga walaupun pada awalnya, membuatkan Bunga hampir mengalah..

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Al-Ankabut:2-3]


Ya..ujian Allah itu untuk menguji keimanan. Allah nak tengok sejauh mana kita bergantung pada Dia..sejauh mana kita merayu-rayu padaNya..bagaimana kira kita mahu masuk syurga Allah jika kita tak mahu diuji..bagaimana kita mahu mempertingkat sabar andai kita tak diberi peluang untuk mengaplikasi sabar..bagaimana kira kita mahu menambah kekuatan jiwa andai kita tak diberi peluang untuk menggunakan kekuatan jiwa yang sedia ada..


Pada permulaannya, Bunga rasa serabut yang amat. Bunga tak tahu apa Bunga nak buat..Bunga tak nampak jalan! Teringat pula..selalunya Bunga nasihat kawan-kawan bila mereka ada masalah, tapi kali ini, Bunga diminta untuk membuktikan kata-kata Bunga sendiri:

“Bersabarlah..kuatkan jiwa..jangan menangis seakan Allah meninggalkan kamu”


Tapi air mata tak sabar nak ke bumi..menitis laju akhirnya..ya Allah..andai ujian kali ini dapat meningkat tambah keimananku..aku redha ya Allah..

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman” [Ali Imran:139]


Ayat ini menguatkan Bunga! Selama ni, Bunga selalu berdoa agar Allah beri kesabaran pada Bunga..kesabaran yang mampu menguatkan Bunga. Dan inilah peluangnya! Tak ada sebab untuk Bunga bersedih kerana diuji! SubhanaAllah!


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya [Al-Baqarah:286]

Ya..Allah pilih Bunga kerana Allah tahu Bunga mampu! Allah tak pernah zalim, Allah sayang Bunga, sebab tu Allah pilih Bunga..

Ada juga terlintas di kepala.. ‘mungkin hubungan aku dengan Allah ada yang tak kena, sebab tu Allah menguji tanda peringatan..’ ..mm..mungkin juga kerana selalu sangat Bunga terleka sampai lupa Allah...


“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” [Surah Al-Hadid ayat 22-23].

Ya Allah ya Al-Ghaffar..aku memohon dengan rasa penuh kehinaan..ampunkan aku ya Allah..aku telah melupakan Kau yang dah memberi nikmat teramat banyak padaku..sungguh aku tidak layak menjejak kaki ke syurgaMu..tapi aku juga tak mampu menanggung beban siksa nerakaMu ya Allah..ampunkan aku ya Allah..


=BUNGA PERLU SOKONGAN=

Buat mak dan ayah..Bunga perlu kalian untuk menyokong Bunga..apa yang terjadi, bukan Bunga yang minta..Bunga mintak maaf andai kalian terluka dengan Bunga, malu dengan sikap Bunga..tapi percayalah, Bunga sentiasa cuba untuk yang terbaik. Bunga cuma mahu kalian beri ruang untuk Bunga pilih jalan Bunga..janganlah hukum Bunga..walaupun dengan kata-kata..kerana ia amat menyakitkan Bunga..

Buat adik dan abang Bunga..terima kasih kerana memberi semangat pada Bunga. Bunga tahu kalian tak bersetuju dengan apa yang Bunga dah buat..tapi yakinilah yang Bunga buat itu kerana Allah. Bunga tak boleh teruskan apa yang Bunga dah buat sebelum ni kerana Bunga kini tahu yang Allah takkan redha dengan perbuatan Bunga..Bunga nak betulkan keadaan..bukan memburukkan keadaan..

Buat teman-teman Bunga..hanya Allah yang tahu betapa Bunga bersyukur dikelilingi teman seperti kalian..kalau tak, mungkin juga Bunga tumbang tewas..terima kasih yang tak terhingga..itu sahaja yang mampu Bunga katakan..

Buat mereka yang sakit kerana Bunga..maafkan Bunga..Bunga cuma mahu betulkan keadaan..bagaimana kalian sakit sebab Bunga, lebih sakit lagi Bunga yang membuat keputusan yang menyakitkan kalian yang Bunga sayang..berdoalah semoga apa yang terjadi diberi hikmah terbaik..sekali lagi,maafkan Bunga..


=DOAKAN BUNGA=

Bunga yakin yang ujian kali ini akan menguatkan Bunga, bukan melemahkan. Air mata yang mengalir ini bukan tanda lemah, tapi satu jalan untuk mengeluarkan sesak jiwa dalam dada..ya..sangat sakit..tapi Bunga syukur kerana sampai saat ini Bunga tak mengaku kalah lagi.

Walau satu dunia menentang Bunga, walau satu dunia menyalahkan Bunga, Bunga akan tetap berpegang dengan pendirian Bunga! Bunga akan terus dan terus berubah untuk capai redha Allah. Biarlah Bunga sakit sekarang, dipersalahkan dan dihukum..jangan di akhirat nanti Bunga sakit terseksa akibat dosa-dosa Bunga..nauzubillahi minzalik..

p/s: Air mata..berhentilah mengalir..

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

"Bersabarlah..kuatkan jiwa..jangan menangis seakan Allah meninggalkan kamu"

terima kasih utk artikel ini, sedikit sebanyak menguatkan hati ini, insyaAllah......=)