2/26/2010

LELAKI HEBAT..MUHAMMAD S.A.W!

(Niat dihati nak ‘post’ semalam tp atas beberapa sebab..hari ni baru dapat post..semoga bermanfaat)

Alhamdulillah..hari ini Allah izin rumah Bunga (Nurul Jannah@House 19) jadi tuan rumah untuk bacaan surah Kahfi. Sempat juga diadakan sedikit perkongsian mengenai ‘Maulidur Rasul’. Bunga dapat ilmu baru, insyaAllah hajat nak berkongsi dengan pengunjung-pengunjung blog Bunga.

=PERIBADI RASULLAH=

NABI MUHAMMAD S.A.W! Baginda lelaki terhebat! Kehebatan Baginda..tak perlu dipersoal. Hebatnya Baginda sebagai pemimpin..hebatnya Baginda sebagai ayah..hebatnya Baginda sebagai suami kepada isteri yang ramai..hebatnya Baginda sebagai teman kepada sahabat-sahabat! Sifat Baginda yang penyayang..sifat jenaka Baginda..sifat lembut tapi tegas..sifat sabar..macam-macam lagi sifat hebat yang Rasullah ni. Jadi, Bunga cadangkan kalian cari buku “The Sealed Nectar” atau “When the Moon Split” dan BACA!! Memang buku ni secara total cerita pasal biografi Rasullah..jadi BACALAH!

=RASULLAH DAN SAHABAT-SAHABAT BERKORBAN SEGALA UNTUK KITA!=

Tapi Rasullah dah tiada..yang Baginda tinggalkan adalah Quran dan Sunnah. Kita dengan mudah dapat rasa Islam..sampai kadang-kadang kita tak menghargai nikmat Islam yang kita terima. Kita lupa pengorbanan Rasullah dan sahabat-sahabat..yang mempertaruh nyawa demi sampaikan Deen Islam ni..yang sanggup ketepikan harta dunia mereka..semata-mata untuk pastikan Islam itu sampai pada kita hari ini!

Tapi kita??Bagaimana?? Persoalkan diri! Sekadar kalimah shahadah bermain di bibir tanpa ada pembumian/pembuktian melalui amal..satu perkara SIA-SIA! Para syuhada’ berperang demi Islam, mengalir darah merah seluruh badan..tapi kita?? Berperang dengan nafsu pun kita tak mahu..bukan sahaja tak mahu, tapi suka-suka je biar nafsu menang! [Bunga..sila SEDAR DIRI!]

=TUGAS KITA=

Rasullah dah selesaikan tugas-tugas Baginda. Kini masa kita pula! Sampaikan dan terus sampaikan. Ingatkan dan terus beri peringatan. Kalau susah sangat nak sampaikan dan peringatkan orang lain, kita mulakan dengan diri kita dulu. Boleh kah? Pasti lah!!

Jangan dok leka depan laptop tengok RAJA LAWAK! Jangan dok sia-sia perabis masa tengok BOLA je! Jangan dok leka dengan FACEBOOK dok melayan merapu-rapu! Jangan dok melepak BERGOSSIP benda sia-sia! Ingat, Allah sentiasa tengok kita..setiap inci amal kita dicatat!

=PERKONGSIAN=

(..tiba-tiba nak menulis dalam Bahasa Inggeris..woohhaa!!)

There are so many stories about Rasullah..surely you can read in detail from various sources. I just want to share a few video clips that might be useful for us as Muslims..ask ourselves..

“..can we consider ourselves as Muslim if we didn’t do or follow Allah’s guidance? Can we tell others that we are Muslims if we did things that Allah hates/ forbids? You ask yourself..”

…Wa Sallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh





ada lg video tapi Bunga tak dapat nk upload..apasal tah..jadi Bunga letakkan link nye sahaja lah ye..

KAU ISTIMEWA

IF HE IS NOW WITH US..


1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.