2/25/2010

LANGKAH BARU


=MULA=

TERUJA..itu yang Bunga rasa bila kawan Bunga kata “blog dah siap”. Aisshh..teruja kerana ada satu medan untuk Bunga berinteraksi dengan sahabat-sahabat Bunga, baik yang dikenali rapat mahupun kenalan maya. Sebelum terlupa, terima kasih yang amat kepada sahabat Bunga yang cukup sabar dan bersungguh-sungguh menyiapkan blog Bunga..ohh..dikaulah sahabat terbaik!

“Kenapa sekarang?”..ada kawan-kawan Bunga tanya bila Bunga bebel-bebel pasal blog. Sebenarnya, keinginan itu sudah lama ada cume persediaan itu mungkin kurang. Tapi insyaAllah selepas ini akan lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat-sahabat. Chaiyokkk!!!!



=KENAPA?=

Kenapa menulis? Kerana Allah! Itu jawapan Bunga kalau teman-teman tanya. Bunga nak dekat dengan Allah. Dan Bunga yakin dengan penulisan blog ini, sedikit sebanyak ilmu yang ada dapat dikongsi..yang silap akan dibaikpulihkan..yang lemah akan diperkukuhkan..yang renggang akan dirapatkan..Benar kah?? InsyaAllah..

“Setiap amal itu disertai niat, setiap orang apa yang diniatkan olehnya, barangsiapa yang berhijrah ke arah Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia, untuk mendapatkan habuannya, atau kerana perempuan untuk menikahinya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hijrahkan kepadanya” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

InsyaAllah..niat Bunga menulis kerana Allah. Bukan kerana nama..bukan kerana bangga..Biarlah apa yang Bunga bakal tulis nanti adalah salah satu usaha untuk Bunga mengikat hati Bunga dengan Allah..usaha untuk Bunga menambah faham akan fahaman Bunga..usaha Bunga untuk bermesra-mesraan dengan ilmu..disamping perkongsian rasa jiwa dengan teman-teman. Bagaimanapun, andai apa yang Bunga tulis tak benar atau penuh kesilapan, tegurlah..andai merasakan tulisan Bunga lebih berbunyi riak atau takabbur, sedarkanlah.. andai ada yang menyakitkan, beritahulah..

“Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” [Al-Asr:2-3]

Saling menasihatkan..itu pegangan Bunga. Ilmu di dada masih cetek tapi semangat sangat membara untuk berkongsi apa yang ada. Yang sikit dimanfaatkan, semoga dapat ditimba tambah. Matlamat hanya satu..REDHA ALLAH.


InsyaAllah..sumber utama Bunga dalam penulisan blog Bunga adalah:

· Al-Quran

· Al-Hadith

· Pengalaman diri

· Hasil bacaan kitab dan buku

· Perkongsian dengan teman-teman


=KONKLUSI=

Bunga masih bertatih dalam bidang penulisan ini. Jadi, mungkin permulaan penulisan akan lebih bersifat peribadi tetapi insyaAllah pasti ada manfaatnya. InsyaAllah..

Siapa bilang menulis memerlukan bakat? Aha..yang penting: NIAT+ILMU+USAHA! Perkukuh dengan istiqomah..perbaiki dengan ilmu..seterusnya serah pada Allah.



0 comments: