2/25/2010

JAHILIYYAH..KITAKAH DI DALAMNYA?



Alhamdulillah..malam tadi Bunga diberi peluang sekali lagi bersama teman-teman tercinta melepaskan kerinduan yang amat sambil berbicara berkaitan JAHILIYYAH. Seringkali telinga dihujani persoalan jahilliyah.. “wujudkah jahilliyah itu?”, “jahiliyyah tu orang-orang bodoh kan?”, “bukan ke zaman jahilliyah tu masa zaman Nabi je ke?”..aha..kalian rasa bagaimana ya? Jahiliyyah itu apa?

Sempat juga sok sek dengan teman di comp lab td..barangkali dia punya idea apa itu jahilliyah. Katanya “jahiliyyah itu ialah apa-apa yang bertentangan dengan Islam”. Bagaimana dunia hari ini? Dunia jahiliyyah kah? Jelas lagi nyata akan lambakan amalan bertentangan Islam..aha..macam ye?..ohh...

=DEFINISI=

Kalau dihayati ayat-ayat Allah dalam Quran, terlalu banyak ayat yang terkait secara jelas dengan istilah jahiliyyah ni. Bunga tertarik dengan penerangan Ibn Taimiyyah berkenaan makna lughawi ‘jahl’:

..Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran, dia disebut jahil murakkab. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, dia tetap disebut jahil meski pun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan haq.”

Apa yang Bunga nampak kat sini, definisi jahil ni terangkum dalam tiga skop iaitu pengetahuan, keyakinan dan praktikaliti. Bukan hanya mereka yang tak tahu, hatta mereka yang tahu tetapi menolak juga adalah boleh digolong sebagai golongan jahiliyyah! MasyaAllah..macam mana mereka-mereka yang mengetahui atau belajar secara dalam pasal Deen Allah ini tapi tak praktikkan dalam kehidupan? Bagaimana pula mereka-mereka yang berpegang pada sesuatu yang mereka tahu salah hanya kerana demi keseronokan semata-mata? Bagaimana pula mereka-mereka yang diberi peluang untuk menambah ilmu tapi menjauhkan diri daripada peluang yang ada? Bagaimana..? Bagaimana..? Ohh...

=JAHILIYYAH [yang disebut dalam Quran]=

Berdasarkan perbincangan kami beserta rujukan kitab [kakak tercinta yang refer..Bunga dengar je..ngeee], jahiliyyah dalam Quran diguna pakai untuk menerangkan:


· JAHIL terhadap HAKIKAT ULUHIYYAH serta CIRI-CIRINYA

Cuba lihat ayat Allah di bawah:

“Dan kami seberangkan Bani Israel ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala mereka, Bani Israil berkata: Hai Musa buatlah untuk kami sebuah sembahan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa sembahan. Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.” [Al-A’raf:138]

Kalian perasan tak, bagaimana jelasnya fitrah manusia yang suka menyembah? Itulah fitrah! Kita punya keinginan untuk menyembah satu kuasa [sapa setuju..sila angguk].. Tapi jahilnya sesetengah manusia ini tatkala mereka memilih Illah lain selain daripada Allah. Mereka nak sembah sesuatu yang mereka Nampak.. yang mereka boleh rasa..sedangkan:

“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata.” [Al-An’aam:103]

Kerana Allah bukan MAKHLUK! Dan pastinya sifatNya bukan bersifat makhluk!

”Tidak ada sesuatu pun serupa Dia [As-syuura:11]

Andai Bani Israel itu faham hakikat uluhiyyah itu, mana mungkin mereka meminta kepada Nabi Musa sedemikian rupa..yang amat terang menunjukkan kejahilan mereka. Setujukah kalian dengan Bunga?


· JAHIL terhadap HAKIKAT SULUK (tingkah laku)

Ahaa... yang ini rasanya Bunga tak perlu la nk cerita banyak. Sebab Bunga amat yakin bahawa kalian lebih tahu dan lebih jelas. Tak perlu nak tengok jauh..tengok keliling kalian..rasanya banyak contoh dah. Make up berlebihan..pergaulan tanpa batas..gelak bagai nak tercabut anak tekak! Ohooo...[seperti berkata di depan cermin pula..uhuu..]


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” [Al-Ahzab:33]

Secara peribadi, Bunga rasa berhias itu tidak salah tapi ada caranya. Bukanlah berlebihan kerana tidak ada keperluan untuk itu! Wahai perempuan-perempuan yang cantik [sila senyum wahai perempuan], yang cantik itu perlu dijaga..dengan cara menutup sebaiknya..indah maruah perlu dipertahan..dengan cara pelihara apa yang Dia kurniakan..Allah dah bagi seribu satu macam kelebihan..kita cuma perlu MEMILIH untuk menjaganya..kerana apabila kita yang PILIH, akan ada kekuatan untuk kita pertahankan! Percayalah..cubalah..hasilnya lebih nikmat..teringat kata seorang teman “takkan kita nk jadi barang second hand kot?!” Oucchh..

Bukan hanya fizikal, malah banyak juga praktikaliti jahiliyyah yang boleh kita lihat. Bergaul dara teruna secara ‘luar biasa’ seakan jadi lumrah..padahal ia bukanlah fitrah Islami.

Mm..ada kawan Bunga cakap “tak best la kalau kawan dengan kaum sejenis je. Tak berkembang minda!”.

Aiiyyookk..boleh berkembang minda ke kalau kawan dengan kaum berlainan jenis? Hoho..perlu fikir dan rujuk pada sumber sohih ni..Bunga TAK PERNAH kata TAK BOLEH cuma ada batasanya [sekali lagi terasa seperti berbicara depan cermin..]. Islam itu cantik..wujudnya ia penuh terjaga..adanya ia dapat menjaga..

Masih ingat doa Nabi Yusuf semasa beliau digoda perempuan-perempuan?

“Dan jika Engkau hindarkan daripada aku akan tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung (memenuhi keinginan jahat mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang jahil” [Yusuf”33]

Hah..KITA macam mana? Berdoa tak? Berusaha untuk tidak menjadi jahil tak? Atau KITA yang menarik orang lain untuk menjadi jahil?? Tanya dan tanya pada diri! Jawab depan cermin!




=REFLEKSI DIRI=

Kalau dikenang-kenangkan..Bunga sendiri dah banyak beramal dengan amalan jahiliyyah..tapi bagi Bunga, perubahan itu WAJIB setelah kita diberi fahaman yang jelas. Bukan setakat diberi, tapi MENCARI fahaman itu! Yang lama jangan dilupa..bukan untuk diungkit tetapi sebagai peringatan..jadikan ia batasan..supaya kita tak lagi TERBABAS beramal dengan amalan jahiliyyah itu!

Suatu masa dulu, Bunga rasa betapa banyak dosa Bunga..adakah Allah akan mengampunkan Bunga..?Adakah layak Bunga untuk jejak kaki dalam syurga hebat Allah..adakah layak Bunga berhimpun bersama golongan-golongan peribadi mukmin hebat di akhirat nanti? Tapi Allah itu Maha Penyayang..Maha Pengampun kan? Apa yang perlu adalah mohon keampunanNya. Allah tak pernah lokek dengan keampunan. Percayalah sahabat-sahabat tersayang..makin kita dekat dengan Dia, makin Dia dekat dengan kita..makin kita cinta Dia, makin Dia cinta dengan kita..itulah Illah kita..itulah Rabb kita..yang Maha Hebat dan Maha Pengasih..yang amat-amat..yang amat-amat!

“Tidak ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku, sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku benar-benar akan melindunginya.” [HR Bukhari]


=KONKLUSI=

Jelas yang jahiliyyah bukan hanya pada zaman Nabi atau zaman pop yeh yeh atau a-go-go ye! Kalau KITA terus beramal dengan amalan orang-orang jahil [orang yang tak tahu atau yang buat-buat tak tahu], zaman kita juga akan DIIKTIRAF sebagai ZAMAN JAHILIYYAH@ZAMAN KEGELAPAN! Jangan benarkan ia berlaku!JANGAN dan JANGAN!

Penuhkan diri dengan ilmu..teruskan hidup dengan kehidupan tarbawi..gesa diri untuk istiqomah dalam proses tarbiyah diri..wujudkan biah soleh! Ingatlah, kita tiada pilihan..mahu masuk syurga HEBAT, peribadi dan amal perlu HEBAT! Jika tidak, syurga TAKKAN terima kita! Natijahnya..NERAKA! Nauzubillah...



p/s: Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik wa thoa'tik.

[Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu dan dalam ketaatan]

0 comments: