2/27/2010

ISLAM..APA YA?? [Bhg 1]

‘Adakah mereka yang mengetahui itu juga memahami apa yang mereka tahu?’

Itu yang terlintas dalam minda Bunga sepanjang petang tadi. Ramai yang tahu pelbagai jenis ilmu tapi tak semua yang faham apa yang mereka tahu. Aiisshh..apa yang TAHU..apa yang FAHAM ni??

Kali ini..fokus Bunga: ISLAM dan TA’RIFANnya.



=KENAPA KENA TAHU??=

Formula Bunga, mudah je:

TAHU+FAHAM+BUAT=ISLAM SEBENAR


Bila kita tahu, barulah boleh menghayati. Bila penuh penghayatan, akan timbul keinginan untuk melaksana. Bila kita melaksana, baru lah boleh faham! Aha..kalau ikut ‘learning theory’ (yeehaaa..!!), maksudnya LEARNING BY DOING!

Dalam konsep Islam ini sendiri, masalah dikalangan umat Islam ni timbul bila tidak faham. Bila kita buat sesuatu amalan/perkara yang kita tak faham, tindakan salah akan terhasil! Sebab?? Sebab buat benda yang kita tak faham tapi ‘budget faham’!

Jelas kan?? Jadi, kena +wajib+mesti faham apa itu Islam! Baru boleh bertindak seperti yang Islam gariskan, yakni apa yang Allah tetapkan!



Topik ni pernah dikongsi dan dibincangkan, jadi kali ini Bunga pula nk ‘share’ dengan kalian setakat yang mampu [kalau tulis panjang berjela..pengsan pula kalian! Ohh..]



=TA’RIF ISLAM=

Waktu perkongsian tu, ada 6 ta’rifan secara jelas telah dibincangkan. Tapi untuk entry ni, Bunga nak ‘share’ dua je dulu. Yang lain, akan menyusul.

1. Takrif pertama adalah berdasarkan hadith di bawah:

Malaikat Jibrail datang dalam bentuk jelmaan seorang Arab dan bertemu Rasullah (waktu tu Baginda bersama beberapa orang sahabat).


Jibril: Khabarkan padaku wahai Muhammad tentang Islam.

Rasullah: Islam itu bahawa kamu mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, keluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, naik haji ke Baitullah jika engkau mampu pada jalannya.


Hadith yang lain, tapi maksud yang sama:


“Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar (r.a) katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda “Dirikanlah Islam atas lima (rukun), syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad Rasul Allah, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]



Bunga berkata: Lihat..kalimah tauhid ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah’ menjadi perkara POKOK dalam Islam. Itu asas Tauhid Uluhhiyah [tauhid mengEsakan Allah @Allah sebagai Illah yang AHAD]! Itu juga asas dakwah para rasul!


“Dan tidak Kami utus sebelum engkau dari seorang Rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah kamu akan Daku”

[Al-Anbiya: 25]



Selepas ditekankan kepentingan mentauhidkan Allah, diterangkan juga cara pelaksanaan ke arah kalimah tauhid tu (mendirikan solat, puasa di bulan Ramadhan, keluar zakat,menunaikan haji). Jelaskah?? Jadi, jika kita betul-betul seorang Islam, pastikan KALIMAH TAUHID @ KALIMAH SHAHADAH kita berfungsi!



Tanya diri kita:


Islamkah kita bila kita lebih yakini sesuatu perkara melebihi kita yakin Allah??

Contoh: Ponteng kuliah Subuh sebab nak baca buku untuk ‘exam’! Sedangkan kuliah Subuh tu mampu buat kita tambah kenal Allah, Illah@Rabb@Tuhan yang menetapkan kita lulus cemerlang dalam exam atau tak!



Islamkah kita bila kita sembah Allah tapi dalam masa yang sama buat perkara yang Allah larang?

Contoh: Kita solat jemaah 5 waktu [well done!!] tapi lepas abis solat jemaah, kita ‘jemaah’ mengumpat tok imam dan kereta ‘lama’nya! [sengal!!]



Islamkah kita bila kita kata Nabi Muhammad Rasul kita, tapi beramal tak ikut Sunnah, malah beramal dengan amalan orang kuffar?

Contoh: [yang ni amat banyak..jadi pilih je mana-mana sebagai contoh!]


Ringkasan: Islam adalah apabila kita mengaku Allah sebagai Tuhan satu-satunya yang kita sembah, Muhammad sebagai Rasul Allah, melaksanakan perkara-perkara yang membuktikan kalimah shahadah kita iaitu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.


Nota: Bunga nak ‘explain’ banyak sebab hal ini luas. Tapi ruang terhad + tak mahu kawan- kawan ‘confuse’. Prinsip Bunga: BIAR SIKIT TAPI BERMAKNA!



2. Islam = tunduk serah diri dan taat Allah secara total! Serah dan taat ni mesti dalam keadaan sedar, bukan terpaksa! Kalau tunduk sebab terpaksa, tak timbul la dosa pahala.


Bunga berkata: Itulah beza manusia dengan yang lain.


Malaikat: Dicipta untuk taat Allah sepenuhnya. Jadi, tiada dosa pahala.


Binatang dan tumbuhan: tak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dengan dosa pahala. Mereka tak ada akal, mereka buat seperti yang dah ditetapkan Allah.


Manusia: Kita ada aqal, jasad, roh yang ditaklifkan dengan dosa pahala! Kenapa?? Sebab kita ada kesedaran untuk memilih!



“Apakah mereka mencari Deen (cara hidup) yang lain daripada Deen Allah swt padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi baik dengan suka mahupun secara terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”

[Ali-Imran: 83]



Nampak tak?? Kita diberi kesedaran untuk memilih! Kenapa nak pilih Deen lain sedang Allah dah cakap dengan jelas yang:


“Sesungguhnya Ad-Deen (yang diredhai) disisi Allah adalah Al-Islam”

[Ali-Imran: 19]



Satu lagi ayat Allah yang jelas:


“Pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamu Deen kamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmatKu dan telahKu redhai Islam itu menjadi Deen bagiMu”

[Al-Maidah: 3]




Jelas sekali yang Allah suruh kita pilih Deen sempurna Islam ini sebagai jalan hidup kita. Kita ada kesedaran untuk memilih! Jadi, kita pilih sebab sedar, bukan terpaksa!



Deen Islam yang penuh sedar dan rela inilah yang dikhususkan untuk ummat Muhammad saw. Nampak tak betapa istimewanya kita wahai Muslim dan Muslimah sekalian!? Jadi, sila jadi golongan bersyukur kerana terpilih!! [..bercakap dengan penuh semangat depan cermin...]



Ringkasan: Islam adalah tunduk dan patuh dengan Allah secara penuh sedar! Sebagai bukti kesedaran ialah dengan mematuhi segala peraturan yang Allah wahyukan kepada Rasullah yang tugasnya menyampaikan kepada umat manusia!



=SETAKAT KALI INI..=

Bunga harap, penjelasan ta’rif yang dua ini jelas dan dapat bantu kalian tahu,hayati dan faham Islam.

Dah hadam yang ini, nanti Bunga tulis lagi 4 ta’rifan ye..semoga manfaat dikongsi bersama!

p/s1: Bunga tulis ini berdasarkan perkongsian Bunga dengan kawan-kawan dan juga bahan yang diberikan semasa perkongsian online, disampaikan oleh akhi joe.

p/s2: Ta’rifan ini adalah berdasarkan ta’rifan Dr. Abdul Karim Zaidan.

0 comments: