2/26/2010

DEDIKASI UNTUK TEMAN JIWA


Kerinduan yang amat..itu enzim pencetus hari ini! Seharian Bunga terkenang teman-teman Bunga..mereka yang ketawa bersama, menangis bersama, bersemangat bersama..segalanya bersama. Indah kan ukhwah? Aissshh..susah lah nak ekspressi perasaan..Ringkasnya, Bunga cinta MEREKA! Jadi, Bunga dedikasi tulisan Bunga kali ini untuk teman-teman Bunga. Bunga juga nak pelawa KALIAN 'join' MEREKA untuk jadi teman Bunga? Sudi tak? [sebab Bunga nak CINTA kalian juga..]


TEMAN JIWA

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu..
Kerana kamu ..teman jiwaku..
Mendengar bicaramu ..seolah bara..
Yang menyala..terang bercahaya....

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu..
Kerana kamu ...teman jiwaku..
Melihat peribadimu.. terbina indah..
Asasnya iman..pakunya tarbiyah..

Biar dunia tahu..engkau jiwaku..
Biar dunia tahu..engkau cerminku..
Biar dunia tahu..engkau sahabatku..
Biar dunia tahu..aku cinta kamu..

Jika hari ini aku melukakanmu..maafkan aku..
Jika hari ini aku melupakan kamu..sedarkan aku..
Jika hari ini aku mengasarimu..tegurlah aku..
Kerana aku..takkan pernah sama denganmu..

Kerana Allah..aku pilih kamu..
Sebagai teman jiwa..berkongsi segala..
Berbeza rentak..itu aku dan kamu..
Hakikatnya..matlamat kita sama..
SYURGA ALLAH..itu yang satu..



Buat sahabat Bunga..kalian JIWA Bunga..kalian CERMIN Bunga..kerana Allah kita bertemu dan insyaAllah satu hari kita berpisah juga kerana Allah.

p/s: Dedikasi ini juga khas untuk seorang TEMAN Bunga..kamu buat Bunga tersenyum gembira..kamu buat Bunga menangis duka..kadangkala pemikiran kita jauh beza..tapi ketahuilah kamu bahawa Bunga sayang kamu..TEMAN JIWA Bunga..itu kamu..

0 comments: