2/26/2010

DEDIKASI BUAT KHAIRUL MUZAMMIR



Entry kali ini, Bunga tulis istimewa untuk KHAIRUL MUZAMMIR...kerana 26 FEB adalah hari lahirnya! Selamat hari lahir Amir! 24 tahun lamanya engkau bernafas..semoga setiap nafas itu bermanfaat untukmu di akhirat kelak! Ingatan penuh rasa sayang daripada Bunga..semoga selepas ini semakin bersemangat engkau menambah amal soleh dan menjadi lelaki berperibadi hebat! I love u so much!


=SIAPA KHAIRUL MUZAMMIR@AMIR??=

Ahaa..dengan bangganya..Bunga perkenal..

DIA ABANG KANDUNG BUNGA!

Yeayy! Amir abang kedua Bunga, abang kecintaan Bunga. Hihi..kacak kan? Tengoklah abang siapa..hahah..



Masa kecik-kecik, Bunga tak rapat sangat dengan Amir. Bila dah besar, hubungan kami semakin erat [lagi erat daripada dulu-dulu lah], yelah..dah dewasa la katakan. Hihi..dulu dia selalu kutuk Bunga! Betul! Dia cakap Bunga GEMUK! Hahah..time tu, Bunga balas balik..JERAWAT BATU! Ngeee...tergelak sendiri bila teringat..gurauan kanak-kanak la katakan..Bila dah besar ni, lebih banyak berkomunikasi walaupun merapu!

Hihi..kelebihan abang Bunga ni:

· Dia kacak! [dia selalu cakap camni kat kami adik beradik..poyos!]

· Dia sporting! [selalu belanja makan masa Bunga study kat KL dlu]

· Dia rajin menyapu sampah dan vacuum ‘carpet’ kat rumah [ohh..yg ini selalu dipuji bonda kami]

· Berkemampuan meng’ayat’ perempuan! [oppss..hihi..]

· Banyak lagi tapi tak mahu ‘list’ kan..nanti berlagak pulak dia..wooohaa!!!


Namun..ada kekurangannya! [abislah kau Mir, akan kubuka PEKUNGmu!]

· Dia ni suka sangat ‘copy paste’ kalau buat ‘assignment’! [last-last..Bunga juga kena ‘edit’..ishh3..]

· Dia ni suka beli benda tak berapa penting, kemudian tayang kat kami adik beradik! [e.g.: beli handphone canggih-ada WiFi, beli laptop ‘limited edition’, beli kereta!]

p/s: eleehhh..tak la hebat mana pun!Haha!



=AMIR, KAU ABANG YANG HEBAT!=

(..Bunga menggunakan bahasa kami adik-beradik. Harap maklum..)



“Amir, arini umur kau dah 24 tahun. Alhamdulillah.. Kaklang tak pernah cakap ‘sopan’ macam ni kat kau. Tapi Kaklang nak kau tahu, kau abang terbaik! I’m proud to have you as my brother! Apa pun kau buat, Kaklang doakan kau berjaya capai matlamatnya..semoga Allah redha atas apa juga yang kau buat..aku sayang kau! Aku akan cuba jadi adik terbaik untuk kau..sebab kau abang terbaik aku”

Dari Abu Bazrah r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tidak akan beredar kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya mengenai 4 perkara: Umurnya, dimanakah dihabiskannya? Ilmunya, apakah yang dilakukan dengannya? Hartanya, daripada manakah didapatinya dan dibelanjakannya? Dan mengenai jasadnya, kemanakah dibawanya?"

[Hadis Riwayat at-Tarmizi]




Ya Allah... kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kepada ABANGku ini...ya Allah..limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd ABANGku ini... jangan Kau sempitkan dia dengan belenggu masalah.. jangan Kau hukum dia kerana kekurangan dan kelemahan yang ada dalam dirinya...permudahkanlah urusan ABANGku ini ya Allah... ya Allah... tempatkan ABANGku ini dikalangan kekasih-kekasihMu.. tinggikan darjat ABANGku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah ABANGku ini di dunia dan akhirat kerana aku amat mengasihi ABANGku ini... Demi Tuhan sekalian alam.. ABANGku ini telah mmberikan ketenangan..kegembiraan kepadaku... Engkau satukanlah hati-hati kami Ya Allah..

0 comments: