2/26/2010

CINTA@KITA..ASYIKKK!!!


Sambil-sambil makan ‘tortilla chips’, sempat juga mengintai website Hilal Asyraf [Bunga suka gaya penulisan beliau!]. Wahh..artikel beliau kali ini sangat Bunga suka! Kenapa? Kerana ideology CINTA beliau diterima oleh Bunga sepenuhnya! Yeeaayy!! Cukup kalau Bunga katakan..itulah CINTA! Fitrah CINTA itu bersih..yang mengotorkannya adalah KITA!

p/s: CINTA yang dibincangkan kali ini adalah CINTA antara manusia [fokus kepada CINTA lelaki dan perempuan]. Yang pasti, CINTA pada Allah itu hakiki!




=CINTA..APA ITU YA?=

Petikan KCB pasal istilah CINTA..[terasa terbang di awangan..ohh...]

Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah sakit jadi sihat,
mengubah bakhil jadi dermawan,
mengubah padang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA...

Ada juga meng ‘interview’ beberapa orang teman pasal definisi CINTA..dan ini antara jawapan-jawapan mereka:

• Cinta = setia pada yang satu dan tak kawan dengan ramai kawan berlainan jantina.

• Cinta itu bila kita sanggup buat apa sahaja demi orang yang kita cinta.

• Cinta maksudnya bila kita couple.


Haii..anda pula bagaimana? Yang pertama kah..yang kedua kah..yang ketiga kah? Bunga?? Aha..ini definisi CINTA pada mata Bunga:

1) Suatu ketika dahulu..Bunga anggap CINTA itu adalah bila seorang lelaki dan perempuan berpasangan, tak kira yang kahwin, belum kahwin, atau tak mahu kahwin...Ohh...

2) Tak lama lepas tu, Bunga ‘ubah suai’ makna cinta tu kepada pasangan yang menjalin hubungan kasih tapi ‘konon-konon’ menjaga batas@alim [e.g. : tak ‘dating’ di kawasan sunyi, SMS sekali sehari je, berborak pasal agama]. Ohh..

3) Kini, bila menjejakkan kaki di bumi Plymouth yang indah ni, Bunga semakin mengenal CINTA! Ya..Bunga semakin mencintai CINTA! Lagi-lagi bila Hilal ‘highlight’ balik definisi CINTA pada pandangan beliau:

“Kita hendak masuk syurga Allah dengan dia”


Saat kini, itulah CINTA pada Bunga! Jadi, apa-apa perkara yang menjadi tali untuk kita masuk dalam syurga Allah semasa berCINTA, Bunga yakin adalah DIBENARKAN! Hah..kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana dan apa caranya, kena baca entry Hilal la ye..






=SEJARAH CINTA=


Ingat kisah Adam dan Hawa?? Eh..bukan lagu Misha Omar tu ye! Hoho..Kisah nabi kita..Nabi Adam a.s. Bunga nak imbas serba sikit kisah Nabi Adam dan Hawa. .syok wooo!!

Kisahnya begini...Nabi Adam sedang lena ketika Allah mencipta Hawa daripada tulang sulbinya. Terkejut nabi bila nampak ada seseorang di sebelahnya.

Adam: Kamu siapa?

Hawa: Aku wanita.

Adam: Siapa namamu?

Hawa: Aku Hawa.

Adam: Untuk apa engkau diciptakan?

Hawa: Agar engkau tenang disisiku.

Lihat! Wanita dicipta dengan tujuan untuk menenangkan lelaki! [ahaa..sila catat dan tampal kat peti ais ye!]. Jelas sudah yang wanita mampu untuk beri ketenangan kepada lelaki. Apa ‘connection’ nya?? C.I.N.T.A! Takkan ada seorang pun yang mampu hidup tanpa CINTA! Kalau ada yang bertanya ‘kenapa?’, Bunga akan jawab:

“Kerana CINTA adalah naluri dan fitrah”


Macam mana nak hurai ye? Sebab Bunga bukanlah arif pasal istilah-istilah ni. Tapi pada Bunga, naluri ini faktor yang meningkatkan kehidupan. Mustahil untuk musnahkan CINTA, apatah lagi untuk tidak pedulikannya.

Kalau lihat pada kisah Nabi Adam dan Hawa tadi, terpapar bagaimana CINTA yang dianggap fitrah manusia. Yelah, syurga Allah semuanya ada..makanan enak, indah hebat suasana..tapi masih lagi Adam rasa kesunyiaan.. Nah..inilah yang dinamakan tuntutan fitrah..yang tak boleh kita nafikan!



=LELAKI vs WANITA=

Ahaa..kalau nak cerita pasal CINTA muda mudi sebelum nikah ni..aiisshhh..Bunga pun pening. Jujurnya, Bunga ada pengalaman berCINTA tanpa ilmu ni..dan Bunga cadangkan untuk kalian tidak berCINTA kalau tak ada ilmu. Ilmu apa? Ohh..ilmu Deen Islam. Bila kalian tahu intipati Islam dan betapa syumulnya Islam, baru kalian boleh fikir nak berCINTA. Tengok, Islam tu sempurna..CINTA itu boleh tapi ada caranya. Ha..yang ni kena tanya pakar dalam deeniyah Islamiyah..Bunga sendiri pon..aaiiisshh..[tersipu-sipu malu kerana kekurangan ilmu..]

Coopppp!! Bunga nak cerita pasal kesinambungan lelaki dan perempuan sebenarnya..memandangkan Bunga belum walimah lagi [ohh bonda..gelora jiwa melanda..], Bunga kena la ‘refer’ pada buku..hihi..insyaAllah praktikalnya ‘coming soooonnnnn’..

Aha..adanya beza lelaki dan perempuanlah yang menjadi antara faktor wujudnya CINTA. Tak percaya? Jom..kita ‘go through’ sama-sama..


1. Hawa dicipta semasa Nabi Adam sedang tidur. Rasa-rasanya kenapa ek? Aha! Berdasarkan pembacaan Bunga, waktu terlelap tu berfungsi sebagai bius..agar Adam tak rasa sakit.

Lihat: Seorang perempuan melahirkan darah daging yang bernyawa dalam keadaan BERJAGA..dalam keadaan SAKIT.
Konklusi: Lelaki takkan boleh menahan rasa sakit seperti mana wanita dapat tahan rasa sakit [aha..ada yang tak setuju ke? Sila kembangkan hidung! Hahah..]

2. Adam dicipta dari tanah...benda mati yang keras dan padat. Sebab itu bila berinteraksi dengan lelaki, respon mereka selalunya keras dan kasar..al maklumlah..ibarat berinteraksi dengan benda mati [tanah].

p/s: Dalam buku tulis macam ni tau!hoho..jangan marah!

Lihat: Hawa dicipta daripada sesuatu yang hidup [tulang sulbi]. Sebab itu interaksinya lebih lembut dan penuh perasaan..ohh..
Konklusi: Bezanya dua jantina ini saling melengkapi..perbezaan yang bermakna..kesannya terasa..yuhuuu...

Hah..bagaimana? Beza kan? Tapi saling melengkapi..saling memenuhi..dengan itu, lahir lah CINTA! [kalau tak setuju..duduk jejauh..aiisshh..]



=CINTA YANG INDAH=

Jom kita tengok seerah! Kita ‘ushar’ kisah CINTA hebat!

• Amru bin Ash pernah jumpa dan tanya Rasullah:

Amru: Siapakah orang yang paling engkau kasihi?

Rasullah: Aisyah.

Pendapat Bunga: Tengok! Betapa bangga Rasullah beritahu tentang kecintaan Baginda pada isterinya. Tapi suami-suami sekarang? Ohh...


Nabi Ibrahim sangat cinta isterinya, Sarah. Walaupun Sarah tak boleh melahirkan anak, Nabi Ibrahim mampu hidup 80 tahun dengan Sarah. Malah Nabi Ibrahim kahwin dengan Hajar pun atas permintaan Sarah.

Pendapat Bunga: Zaman sekarang ni, lain pula kisahnya. Si suami pula yang ‘offer’ nak bagi ‘teman sejawatan’ kat isteri! Konon-konon nak bagi isteri payung emas..Aiiyyookk..sadis tu!


• Ada seorang sahabat yang geram dengan perangai isteri dia yang selalu marah dan kadangkala meninggikan suara. Jadinya, dia pergi bertemu Umar al-Khattab..nak pergi mengadu la kononnya. Sampai je depan pintu, sahabat ni dengar suara isteri yang lebih tinggi daripada suami. Sahabat ni pun agkat kaki la..apa lagi. Tetiba, Umar buka pintu..

Umar: Bukan ke kau mahu jumpa aku?
Sahabat: Aku datang nak mengadu pasal rumahtangga aku. Tapi nampaknya keadaan kita sama.

Aha.. kalian tahu apa Umar cakap? Jeng jeng jeng!!!

Umar: Isteriku adalah orang yang memberi kesan terbaik, membersihkan pakaian, mengemas rumah, didik anak..sedangkan tugas-tugas tu bukanlah atas perintah Allah. Jadi, kenapa aku tidak mampu kalau hanya untuk mendengar suara tinggi isteriku?

Pendapat Bunga: Bunga nak suami macam ni! [ bonda..ohh..].



=KITA PULA? NAK CINTA YANG MACAM MANA?=

Cakkk!! Sila bangun! Bukan bangun dari kerusi lorhh...tapi bangun dari mimpi! Kalau dah ‘gelora jiwa’ yang amat, kahwin la segera [menyuarakan rasa hati sendiri sebenarnya..hahahha..bonda, sila amik tindakan]. Tapi kena pastikan kelengkapan JIWA dah ada.

ILMU+AKHLAK ISLAMI

Sesetengah orang kata, kewangan juga perlu stabil. Hakikatnya, benar! Tapi, bukanlah itu perkara utama. Kerana fokusnya adalah pada dalaman diri. Kena jadi soleh/solehah..barulah aman rumahtangga..yelah, pegangan Islam jadi pertahanan. InsyaAllah, Allah redha! Betul tak?? [hanya yang da walimah sahaja boleh jawab..yeehaaa!!]

“ Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas dalam (pemberian-Nya), Maha Mengetahui." - Surah AN-Nur : 32.




Jadi..fikir apa lagi? Hanya kalian yang mampu mencorak bentuk CINTA yang kalian mahu..yang selebihnya, serah pada Allah.

“Mulakan perhubungan dengan cara yang paling Allah redha..smoga perjalanannya juga Allah redha..pengakhirannya juga Allah akan redha..”

0 comments: